t h r e e

161 30 0
                                    

No one's pov

Midam berjalan keluar dari biliknya namun langkahnya terhenti apabila melihat wajah eommanya. Matanya langsung tidak bertembung dengan mata eommanya itu.

"nak pergi mana pagi-pagi ni?" soal eomma lee.

"jog dekat taman"

Eomma midam menganggukkan kepalanya.

"ingat pesan eomma. Jangan jumpa lagi dengan budak tu"

"wae? Sebab eomma lah midam putuskan hubungan kami" midam mula meninggikan suara.

Tangannya dikepalkan. Kemarahannya mula meledak. Dia tak pernah rasa semarah ini pada eommanya.

"nampaknya midam dah pandai melawan eomma. Mesti budak tu yang ajar kan?" eomma lee menjeling ke arah midam.

Dia sudah lama memerhati gadis itu. Dia langsung tidak menyukainya.

"midam jadi macam ni semuanya sebab eomma. Midam penatlah. Hidup midam semuanya dikawal oleh eomma"

Midam menutup pintu biliknya dan dia berjalan keluar dari rumah.

"midam! Lee midam!"

Midam tidak berpaling langsung. Biarlah dia mencari ketenangan. Banyak bebanan yang diterimanya di rumah. Eommanya tak berhenti membebel tentang chaerin.

Midam's pov

"apa bezanya chaerin dengan perempuan lain? Dia baik dan cantik" aku mula merungut.

Penat betul hidup ni. Aku asyik kena ikut kehendak eomma. Apa gunanya aku hidup kalau hidup aku asyik dikawal?

Aku mula berlari-lari anak di sekeliling taman. Nak kekal fit kan. Selepas beberapa pusingan aku mula berhenti.

"kesiankan dia. Tak sangka dia boleh terseliuh teruk macam tu"

"itulah. Aku nak tolong tapi dia asyik menolak je" telinga aku menangkap perbualan dua orang lelaki.

Nampaknya ada orang terseliuh dekat kawasan ni. Susah betul kalau terseliuh ni. Lagi teruk kalau kaki dah mula membengkak.

Aku dah pernah ada pengalaman menjaga orang yang terseliuh ni. Ambil masa jugaklah dia nak pulih. Chaerin tu memang selalu cuai sampaikan kakinya terseliuh.

Aku pandang seorang perempuan yang duduk di bangku. Wajahnya tak dapat aku lihat dengan jelas. Kakinya diurut-urut dari tadi.

Rasanya,dialah yang terseliuh tadi.

"awak okay?" soal aku.

"eh saya okay je" dia mengangkat kepalanya.

Jantung aku mula berdegup laju. Ianya chaerin. Mata aku dikelipkan berkali-kali. Apa dia buat dekat kawasan ni?

"chaerin"

Chaerin tersenyum nipis. Aku tak tahu sama ada dia suka aku ada di sini atau pun dia rasa tak selesa dengan aku.

"awak jog dekat taman ni?" soal aku.

"haah. Baru je mula minggu lepas"

Aku mengangguk. Aku terus mencangkung di hadapannya dan lihat kakinya yang terseliuh. Tak adalah seteruk yang dulu tapi boleh tahan sakitnya.

"nak pergi klinik?" dia terus menggeleng laju.

"tak apa sikit je ni" chaerin mula berdiri.

Dia macam nak larikan diri dari aku. Tapi dengan keadaan kaki dia yang macam tu,aku takkan biarkan dia pergi seorang diri.

[끝] with you ; lee midamWhere stories live. Discover now