n i n e

92 20 0
                                    

Midam's pov

Semangat aku nak ke set penggambaran hari ni. Tak sangka shooting untuk webdrama ni bermula lebih awal. Padahal baru je minggu lepas meeting diadakan.

"chaerin,mana baju saya?" kata aera.

Aera merupakan salah seorang watak utama untuk webdrama ni. Dia ni drama queen sikit jadi kena melayan jelah perangai dia tu.

"sila ikut saya,cik aera" chaerin tersenyum padanya.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik persalinan. Aku pula menunggu giliran untuk bersiap. Tak naklah raena yang siapkan aku nanti.

Untuk pengetahuan anda semua,raena tu rakan sekerja chaerin. Jadi dia tu salah seorang stylist jugaklah.

"haa dah siap pun" aku terus berlari ke arah chaerin.

"chaerin,tolong keritingkan bahagian atas rambut saya ni"

Chaerin mengangguk. Kami berdua masuk ke dalam bilik persalinan. Aku duduk di atas kerusi manakala chaerin sibuk mencari hairdryer.

"awak nampak penat" kata aku.

"mana ada" chaerin tersengih.

Dia mula menyikat rambut aku. Hairdryer dihidupkan dan dia menggunakan roller untuk mengeritingkan rambut. Aku tahu chaerin boleh lakukannya.

Lagipun dia selalu menggayakan rambut aku dengan gaya tu. Cuma sedikit keriting pada bahagian atas.

"chaerin,nak air" seonho mencelah.

Eh dia ni tak tahu ke chaerin ni bekerja sebagai penggaya. Dia bukannya pembantu set pun. Seonho ni pun satu. Suka sangat nak kacau daun.

"eh,pergilah minta pada wen hyung. Chaerin ni stylist bukannya pembantu set" aku menyuarakan pendapat hati.

Pada aku,chaerin tak perlulah lakukan kerja yang tak berkaitan dengan bidangnya. Dia hanya fokus dalam menggayakan artist sahaja.

"yelah" seonho berjalan lemah keluar dari bilik persalinan.

"tak eloklah cakap macam tu pada dia"

Haa mulalah tu nak back up seonho. Aku ni cuma nak selamatkan dia daripada jadi hamba artist yang lain. Diorang ni bukan boleh percaya. Mula-mula minta tolong bawa air.

Lepas ni suruh belikan air pulak. Pantang betul kalau aku tengok artist yang jenis mengarah macam tu.

"saya buat demi kebaikan awak" kata aku.

"yelah. Em kejap bibir awak pucat,sekejap yaㅡmana ni" chaerin mencari warna lip tint untuk bibir aku.

Dia memang selalu keliru code lip tint yang selalu dia pakaikan pada aku. Jari aku terus menunjuk ke arah liptint yang sering dipakaikannya pada aku.

"yang ni. Kan warna dia lebih terang berbanding yang tu"

Chaerin tersengih.

"saya asyik terlupa je. Okay duduk diam-diam"

Chaerin mula meletakkan lip tint itu pada bibir aku. Sedikit demi sedikit. Waktu itulah aku mengambil peluang untuk mencuri pandang wajahnya.

Bulu matanya yang melentik membuatkan matanya nampak cantik. Senyuman dia pergh boleh buat aku koma dua hari dua malam.

"dah puas tengok muka saya?" soal chaerin.

"belum lagi" aku mencebikkan mulut.

Dia terus tersenyum. Chaerin ni suka sangat tersenyum. Aku takut ada lelaki lain jatuh cinta pada dia disebabkan senyumannya itu.

Mana boleh macam tu. Aku seorang je boleh jadi boyfriend chaerin. Tak ada sesiapa pun yang boleh ganti tempat aku.

"okay,okay. Dah nak mula ni"

Aku mula berdiri dan bergerak ke set. Aku tak boleh buat director marah. Kita mana tahu dia nak buat apa-apa ke nanti. Kot-kot dia ubah watak aku kepada watak sampingan.

No way.

Harin's pov

Aku pegang tangan aunty seerat yang boleh. Aku tak mampu kehilangan midam. Aku dah mula jatuh cinta pada sepupu aku sendiri.

"aunty,midam oppa. Dia dah ada girlfriend ke?" soal aku.

"eh mana ada"

Laju kepala aku digelengkan. Habistu haritu siapa? Takkanlah dia boleh nak bersweet macam tu dengan kawan dia.

"hari tu harin nampak dia makan dengan seorang perempuan ni. Kalau tak silap harin, nama dia chaerin" kata aku.

Muka aunty mula berona merah. Aku tahu kenapa mukanya terus berwarna merah. Dia marah.

"aunty dah suruh midam putuskan hubungan dengan budak tu. Nampaknya midam ni degil" aunty mula mengeluarkan telefon bimbitnya.

Mesti nak telefon midam lah tu.

"sekejap aunty. Daripada aunty pujuk midam oppa, apa kata kita gunakan cara kasar untuk putuskan mereka berdua?" aku menjongketkan kening.

"cara kasar? Apa maksud kamu? Aunty macam berminat saja dengan cadangan kamu ni"

Aku mula tersenyum sinis. Sekejap saja lagi lee midam. Kau akan jadi milik aku. Chaerin, kau langsung tak layak untuk midam. Dia hanya untuk aku.

Chaerin's pov

"nice work today!" director menepuk tangannya kuat.

Baguslah. Cuma ada beberapa scene yang perlu diulang berkali-kali untuk menjadi lebih sempurna. Yang penting penggambaran untuk hari ni dah tamat.

Aku mula mengangkut rak baju dan diletakkan di dalam van. Segala pakaian yang dipakai oleh para pelakon tadi turut diletakkan di dalam van.

"aku balik dululah weh. Betul ni,kau tak nak balik sekali dengan aku?" kata raena.

Aku menganggukkan kepala laju.

"iya. Nanti kawan aku datang. Hati-hati bawa van tu. Esok jangan lambat tau" pesan aku.

"orait bos" banyaklah dia. Aku bukannya bos dia tapi aku ni cuma rakan sekerja dia.

Segan pula aku bila dia asyik panggil aku bos. Midam dari jauh tersenyum pada aku. Dia mesti nak ajak aku balik ke rumah bersama-sama.

Tahulah nak sweet. PEWIT(๑ ิټ ิ) .

"dah nak balik ke?" soal midam.

"haah. Barang semua dah simpan dalam van"

"jomlah balik"

Seperti biasa,raesung akan memandu. Aku dan midam pula duduk di tempat duduk belakang berasmara dana ewah.

"nak pergi mana lepas ni?" soal midam.

Aku menjongketkan bahu. Langsung tak terlintas pada fikiran aku nak singgah ke mana-mana tempat.

"kalau macam tu kita pergi rumah chaerin lah. Midam nak hot chocolate buatan chaerin" midam mengelipkan matanya berkali-kali.

Aku mengangguk laju.

"yelah. Raesung, nak jugak?" soal aku.

"eh tak payahㅡ" ayat midam tergantung kerana dipotong oleh raesung

"nak!" raesung menjerit.

Bukan main semangat raesung. Dia pun nampaknya penat bekerja sebagai manager. Apatah lagi aku yang bekerja sebagai stylist ni.

"okay dah sampai. Jom hot chocolate!" raesung mematikan enjin keretanya.

Tbc.

[끝] with you ; lee midamWhere stories live. Discover now