t w e l v e

88 21 0
                                    

Midam's pov

"aku dah aturkan press conference untuk kau dan chaerin. Bolehlah korang beritahu segalanya pada wartawan nanti" kata raesung.

Aku menganggukkan kepala laju.

"baguslah macam tu. Ramai ke wartawan yang kau jemput?"

"bolehlah ramai" raesung menghirup sedikit iced cocoa.

Baguslah. Tak adalah kami nak sorokkan hubungan ni lagi. Nak keluar date pun kena sorok-sorok.

Tak seronok langsung.

"pukul berapa?"

"2 petang nanti. Kita ambil chaerin dan gerak sekali ke dewan tu" baguslah raesung ni.

Tak sia-sia aku ambil dia bekerja sebagai manager aku.

"habis press conference ni nanti,aku belanja kau makan nak?" aku pandang ke arah raesung lama.

Dia meletakkan cawan iced cocoanya dan memandang ke arah aku lama.

"kau demam ke? Tak pernah-pernah nak belanja aku" raesung melekapkan tangannya pada dahi aku.

"aip. Mana ada aku demam. Suhu badan aku normal je hari ni. Kau nak aku belanja ke tak?" soal aku.

Raesung mengangguk kepalanya laju.

"makan dekat mana?" soal raesung.

"ikut kaulah. Nanti kau pandulah ke sana. Aku belanja apa yang kau nak"

Raesung tersengih. Sukalah tu sebab aku nak belanja. Bila lagi aku nak belanja kan
(๑ ิټ ิ) .

Skip

"okay,kami nak buka sesi soal jawab" kata raesung.

Seorang wartawan mencapai mikrofon dan tersenyum lebar.

"sᴇʟᴀᴍᴀᴛ ᴘᴇᴛᴀɴɢ,sᴀʏᴀ ɴᴀᴋ ᴛᴀɴʏᴀ  ʙᴇʀᴀᴘᴀ ʟᴀᴍᴀ ᴋᴀᴍᴜ ʙᴇʀᴅᴜᴀ ᴅᴀʜ  ʙᴇʀᴋᴇɴᴀʟᴀɴ?" soal wartawan itu.

Chaerin memandang ke arah aku dan kami bertentangan mata buat seketika. Erm sempat lagi ya. Aku mencapai mikrofon.

"kami berdua dah berkenalan dari sekolah tinggi lagi" aku malas nak mention berapa tahun.

"ᴊᴀᴅɪ ᴋᴀᴍᴜ ʙᴇʀᴅᴜᴀ ᴅᴀʜ ʙᴇʀᴄɪɴᴛᴀ sᴇᴊᴀᴋ sᴇᴋᴏʟᴀʜ ʟᴀɢɪ?" 

Chaerin menggelengkan kepalanya. Mikrofon itu dihulurkan kepadanya.

"kami berdua bercinta waktu selesai hari graduasi" kata chaerin lalu tersenyum.

"ʙᴇᴛᴜʟ ᴋᴇ ᴀᴘᴀ ʏᴀɴɢ ᴋᴀᴍɪ ᴅᴇɴɢᴀʀ, ᴄɪᴋ ᴄʜᴀᴇʀɪɴ ᴛᴇʀᴄᴇᴅᴇʀᴀ ᴋᴇʟᴍᴀʀɪɴ?"

Chaerin mengangguk.

"ya" balasnya ringkas.

Baguslah chaerin. Dia tak gementar pun waktu menjawab soalan daripada wartawan ni. Kalau aku pergh gementar gila.

"ᴄɪᴋ ᴄʜᴀᴇʀɪɴ sᴜᴅᴀʜ ʙᴇʀsᴇᴅɪᴀ ᴋᴇ ɴᴀᴋ ᴍᴇɴɢʜᴀᴅᴀᴘ ᴘᴇᴍɪɴᴀᴛ ᴍɪᴅᴀᴍ ʏᴀɴɢ ᴍᴜɴɢᴋɪɴ ᴀᴋᴀɴ ᴍᴇɴʏᴇʀᴀɴɢ ᴄɪᴋ?" 

"ya,saya dah bersedia sepenuhnya. Lagipun kalau mereka betul-betul peminat midam, mereka takkan menyerang saya"

Wow. Unbelievable. Chaerin aku pandai berfikir. Kenapalah dia tak jadi isteri aku je?HAHAHAHAHA.

"ʙɪʟᴀ ᴍɪᴅᴀᴍ ɴᴀᴋ ᴍᴇʟᴀᴍᴀʀ ᴄɪᴋ ᴄʜᴀᴇʀɪɴ?"

Aku memandang ke arah chaerin dan chaerin memandang ke arah aku. Dia tersengih. Mikrofon dihulurkan kepada aku.

"bila saya dah belikan cincin untuk dia nanti HEHEHE" aku tersengih.

Gatal.

"okay itu saja soalan untuk kali ini. Terima kasih atas soalan yang diberikan. Sila tulis artikel yang menarik" kami bertiga menunduk hormat kepada para wartawan.

Chaerin's pov

Aku gembira dapat beritahu segalanya. Akhirnya, semua orang tahu midam milik aku(๑ ิټ ิ) . Nampak macam psycho tapi hehehe saya bukan begitu.

"kita nak pergi mana lepas ni?" soal aku.

"oh, hari ni midam nak belanja makan. So aku dah pilih restoran tofu paling terkenal" kata raesung.

Aku terus menepuk tangan kuat. Macam sedap je bunyinya. Tofu hmm hebatlah.

"bukan restoran tofu je. Kita akan pergi singgah kedai aiskrim yang jual aiskrim gelato perisa tofu"

"wow sedapnya" aku menahan air liur daripada mengalir.

Semuanya kedengaran sedap. Macam manalah iman aku ini tak kuat.

"kalau macam tu kita pergi kedua-dua destinasi ni. Yang pertama kita pergi restoran tofu yang terkenal tu dulu"

Raesung mula menekan pedal minyak. Stereng dikawalnya dan kami bertiga menuju ke restoran tofu.

Sabar ya perut. Tak jauh pun restoran tu.

"alright dah sampai" raesung menolak pintu kereta.

Pergh. Aku tak pernah tahu kedai sekecil ni boleh jadi terkenal. Hebatlah pemilik kedai ni. Agaknya apalah menu istimewa kedai ni?

Tbc.

[끝] with you ; lee midamWhere stories live. Discover now