t h i r t e e n

87 17 0
                                    

Chaerin's pov

Aku pandang hidangan yang berada di hadapan kami. Ada soft tofu dan jjamsun. Jjamsun ni nampak menyelerakan.

Jjamsun ni adalah soft tofu yang dihidangkan bersama dengan spicy seafood soup.

"okay jom makan" kata raesung.

Kami mula mencedok menggunakan sudu dan disuapkan kedalam mulut. Pergh rasanya macam terbang di awangan gitu
(๑ ิټ ิ) .

"wow! Sedapnya weh" midam mula makan dengan penuh berselera.

Aku tersenyum melihatnya. Comel.

"sedap tak,chae?" soal raesung.

"sedap" aku tersenyum pada raesung.

Terima kasih sebab bawa aku ke restoran ni. Lepas ni kalau craving boleh datang lagi. Kalau bawa yujin ni mesti dia tak nak makan.

Dia bukannya suka pun makan tofu ni. Lainlah macam aku ni(๑ ิټ ิ) .

Selepas beberapa minit kami makan,akhirnya licin kedua-dua mangkuk itu. Kalau order seorang semangkuk tadi memang tak habislah rasanya. Nak habiskan yang kedua-dua mangkuk ni pun dah penat.

"jom,kita pergi makan aiskrim pulak" kata midam selepas selesai membuat pembayaran.

Kami bertiga keluar dari restoran itu dan hanya aku dan midam yang menuju ke arah kereta.

"eh rae,kau nak pergi mana? Kereta dekat sini" jerit midam.

"kita jalan kaki je. Lagipun kedai tu dekat je"

Kami berdua menganggukkan kepala. Mati- mati ingatkan raesung salah jalan tadi. Dia pun satu. Bukannya nak bagitahu yang kita akan berjalan kaki ke sana.

"panjang gila line nak beratur. Nampaknya kedai ni memang famous" kata aku.

Kami mula beratur.

"memang famous pun. Visual gelato dekat sini pun memang jjang!" raesung terus memberikan thumbs up.

Selepas lima belas minit kami menunggu, akhirnya kami tiba di kaunter.

"tiga perisa soft tofu dan satu perisa injeolmi" kata raesung.

Kami bertiga duduk di tempat duduk selepas membuat pembayaran. Satu soft tofu gelato untuk setiap seorang dan injeolmi gelato tu kami kongsi bersama-sama.

"sedap" aku meneruskan memakannya.

Nanti cair dah tak sedap pulak. Kami bertiga meneruskan makan gelato tanpa bersuara. Nampaknya kami bertiga betul-betul menikmati gelato tu.

"nice. Aku suka injeolmi" kata midam.

"sama" aku dan raesung berkata serentak.

Perisa injeolmi betul-betul menepati citarasa kami bertiga. Dahlah beli satu je tadi.

"dah jomlah balik. Korang mesti penat" raesung mula memandu kereta.

"gila ke tak penat. Nak jawab soalan dari wartawan lagi" midam merungut.

Aku hanya tersengih.

Skip

"bye!" aku melambaikan tangan ke arah midam dan raesung.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah selepas kereta milik raesung hilang daripada pandangan aku.

Aku pandang ke arah yujin yang berada di atas sofa.

"woi" aku melompat naik ke atas sofa.

Yujin menunjukkan riak wajah masam, "kau ni dah kenapa masam-masam"

Pipinya aku cubit kuat. Mana boleh masam-masam bila dengan aku. Aku pantang betul kalau nampak orang yang masam-masam ni.

"aku lapar"

Tangan aku terus menjentik dahi yujin. Aku ingatkan dia ada problem ke. Entah apa-apa je.

"sakitlah woi" yujin mencebikkan bibirnya.

"alolo sorrylah" aku mengusap dahinya.

"sebenarnya,aku nak pergi bercuti. Tapi tak tahu nak ajak kau ke tak"

Aku menolak yujin jauh-jauh. Kaki aku turut menendang yujin. Dari tadi dia masam sebab  fikir nak ajak aku ke tidak.

"sampai hati kau tak nak ajak aku" aku menjelingnya.

"tapi tak tidur sanalah. Balik hari" kata yujin.

Aku tersengih. Lengan aku dililitkan pada lengan yujin.

"nak ikut" aku membuat bubbly eyes. Mana tahu dia bagi aku ikut dia ke.

"yelah. Esok pagi kita gerak"

Aku terus tersengih. Nasib baiklah schedule aku kosong esok. Shooting pun tak ada esok. Yeay seronoknya boleh bercuti.

"uye esok berjalan!" aku menjerit.

"take me to london,paris,new york city deul~" aku mula menyanyikan lagu bol4.

Tbc.

[끝] with you ; lee midamWhere stories live. Discover now