f i v e

126 24 1
                                    

Midam's pov

"chaerin-ah, nak minum kopi sama-sama tak?"

"boleh juga" chaerin tersenyum lebar.

Kami berdua menuju ke kafe berdekatan. Aku memesan latte dan americano. Itu yang biasa dipesan oleh aku dan chaerin.

"jom duduk situ" kata aku.

Dua cawan kopi itu dibawa oleh aku sehingga di meja. Americano dihulurkan kepada chaerin dan latte pula untuk aku.

"em sedapnya kopi dalam cuaca yang sejuk ni" aku tersengih.

"awak ingat tak waktu sekolah dulu?" soal chaerin.

Kepala aku laju dianggukkan. Takkanlah aku nak lupakan memori manis macam tu je.

"waktu hari pementasan awak. Awak nampak gementar waktu tu"

Flashback

Hari pementasan dah tiba. Lagi beberapa minit saja pementasan akan bermula. Aku sebagai watak utama mula cemas.

"kenapa ni midam?" raesung mendekati aku.

"em aku nervouslah weh"

Aku menggosok-gosok tangan aku. Muka aku dah berpeluh dan tangan aku menggeletar.

"relaks. Kau akan okay je nanti atas pentas tu" kata raesung.

Dari jauh aku dapat lihat chaerin melambaikan tangannya pada aku. Senyuman dibibirnya menyejukkan hati aku.

"awak okay tak midam? Berpeluh sangat ni" chaerin mengelap peluh aku menggunakan tisu.

"saya gementar je"

Chaerin menggelengkan kepalanya.

"janganlah gementar. Saya takut awak terlupa skrip je nanti" chaerin fokus mengelap peluh aku.

Wajahnya terlalu dekat. Jantung aku berdegup dengan laju kerananya. Bibir aku mengukirkan senyuman.

Aku takkan kecewakan chaerin. Dialah manusia yang paling gembira bila melihat aku berdiri di atas pentas.

"okay peserta boleh naik atas pentas sekarang"

"buat yang terbaik,midam. Fighting!"

Aku tersenyum padanya.

"saya akan buat yang terbaik demi awak" aku mencubit pipinya sekali.

Ini kali pertama aku lakukan skinship dengan chaerin. Aku terus naik ke pentas. Aku takkan kecewakan chaerin. Itu janji aku.

End flashback

"waktu tu,awaklah yang paling gementar sekali" chaerin tergelak kecil.

"macam manalah saya tak gementar waktu tu. Ada bidadari yang lihat saya dari bawah pentas"

Aku tersenyum ke arah chaerin. Waktu itu aku dah mula menyimpan perasaan padanya. Aku agak pemalu jadi aku tak luahkan perasaan aku lebih awal.

"main-mainlah. Siapa bidadari tu? Biar saya belasah dia. Bukan main lagi awak menggatal dengan bidadari tu" chaerin memuncungkan mulutnya.

Takkanlah dia tak tahu. Bidadari itu adalah dirinya. Apalah chaerin ni? Nasib baik comel.

"bidadari tu awaklah,chaerin. Apa ni muncung-muncung?" aku mencubit pipinya.

"oh saya ke?" chaerin tergelak kecil.

"oppa"

Harin's pov

Aku ternampak midam di dalam kafe dengan seorang gadis. Siapa budak tu? Takkanlah sebab dia midam tak nak bercinta dengan aku?

"oppa" aku mendekatinya dengan senyuman.

"kau buat apa dekat sini?" soal midam.

Bukan main kasar bahasa dia bila dengan aku. Tak eloklah midam. Kalau aku mengadu pada makcik mesti dia akan marahkan midam.

Padan muka.

"oppa yang suruh harin datang sini kan?" soal aku.

"siapa ni midam?" gadis itu memandang ke arah midam.

"ini sepupu saya. Abaikan je dia ni" berani midam cakap macam tu depan aku.

Dia ingat aku ni patung ke dekat sini? Berani dia tak endahkan aku.

"oppa jangan nak berlakon lagilah. Sanggup oppa duakan harin" aku memandang ke arah midam seakan tidak percaya.

Midam menjeling ke arah aku.

"baik kau balik jelah harin. Kau tu yang berlakon. Bolehlah menang oscar nanti" kata midam.

Aku ambil gelas yang berisi air dan dicurahkan pada wajah gadis itu. Berani dia rampas midam dari aku.

"harin!" midam menengking aku.

Rambut gadis itu sudah basah lencun. Muka midam sudah berona merah.

"jom chaerin" midam memeluk bahu gadis itu dan membawanya keluar dari kafe.

Chaerin. Kau tunggu. Aku takkan biarkan perempuan miskin macam kau ni rampas midam daripada aku. Dia lebih layak untuk aku berbanding kau.

Tbc.

[끝] with you ; lee midamWhere stories live. Discover now