t w o

174 32 0
                                    

midam's pov

Aku pandang topi pemberian chaerin yang berada di atas meja. Dia memang degil. Aku dah beritahu yang aku jarang pakai topi tapi dia masih berdegil nak belikan untuk aku.

"ᴄᴀɴᴛɪᴋʟᴀʜ ᴛᴏᴘɪ ɴɪ. ʟᴀɢɪ ᴄᴀɴᴛɪᴋ ᴋᴀʟᴀᴜ  ᴀᴡᴀᴋ ʏᴀɴɢ ᴘᴀᴋᴀɪ"

Tak sanggup aku nak buang topi tu.

"kau dah lewat ni,midam" raesung menarik tangan aku.

Aku baru sedar yang jam dah menunjukkan tepat pukul 10 pagi. Aku dah terlewat untuk temubual pertama aku.

"kau ni kan. Kalau aku tak jemput tadi, mesti kau tak sampai-sampai ke sini" mulalah raesung nak membebel.

"gomawo. Aku masuk dulu"

Aku berjalan masuk ke dalam bilik temubual bersama beberapa orang pelakon yang lain. Aku cuma watak sampingan tapi tak sangka aku dijemput ke press conference ni.

Satu demi satu soalan ditujukan kepada watak utama drama ini. Aku pula hanya duduk dan tersenyum pada lensa kamera.

Macam tak ada fungsi je aku ada di sini?

"soalan terakhir untuk lee midam, pelakon remaja kita. Adakah awak pernah bercinta?"

Wartawan itu tersenyum.

"terima kasih untuk soalan itu. Saya mengaku saya pernah bercinta" kata aku.

"adakah hubungan itu kekal sehingga hari ni? Siapakah gadis bertuah itu?"

Eh tadi bukan main lagi beritahu ini soalan terakhir. Kuat menipu ya kamu ni.

"maaf,saya tak boleh berikan jawapan untuk soalan itu" aku menunduk.

Aku takut jawapan tu akan melukakan banyak pihak. Eomma,peminat,wartawan dan terutamanya chaerin. Aku tak nak hatinya terguris lagi.

Aku mengeluh sebaik saja press conference itu tamat. Tak perlulah aku menghadap flash dari kamera yang menyakitkan mata aku.

"terima kasih sebab hadir hari ni,midam" nam joo hyuk menepuk bahu aku.

"sama-sama,hyung. Saya balik dululah. Hari pun dah mendung"

Aku menunduk hormat kepada joohyuk hyung. Kaki aku laju melangkah keluar dari bangunan itu. Aku kena sampai ke rumah sebelum hujan turun.

"ᴋᴀɴ ᴅᴀʜ ʙᴀsᴀʜ. sᴀʏᴀ ᴅᴀʜ ʙᴀɴʏᴀᴋ ᴘᴇsᴀɴ  ʙᴀᴡᴀ ᴘᴀʏᴜɴɢ ʟɪᴘᴀᴛ"

Aku pandang langit yang sudah mula gelap. Aku berlari sementara hujan belum turun. Sekurang-kurangnya aku sempat tiba di bus stop nanti.

"aduh" disebabkan terlalu risaukan tentang hujan, aku terlanggar seseorang.

Payung lipat berwarna merah jambu terjatuh berdekatan aku. Aku mengambilnya dan menghulurkan pada gadis itu.

"midam" gadis itu bersuara.

Aku memandang wajahnya yang sudah merah. Chaerin. Dia nampak terkejut bila terserempak dengan aku.

"chaerin. Payung awak" kata aku lalu menghulurkan payung miliknya.

Dia menggeleng dengan senyuman pada bibirnya. Matanya mula dipenuhi dengan air mata.

"awak lebih perlukannya berbanding saya. Simpanlah" dia menolak payung itu kembali kepada aku.

Dia menunduk hormat dan terus beredar. Aku tak sempat memberikan semula payung ni.

Flashback

"saya akan belikan awak payung nanti. Nak warna apa?" soal chaerin.

"merah jambu pun cantik juga" chaerin tergelak kecil.

"apa? Tak boleh ke kalau saya nak warna merah jambu?"

Chaerin menggelengkan kepalanya laju. Dia mesti frust tengok aku suka sangat warna merah jambu. Tak adalah taksub pun.

"yelah. Nanti saya belikan payung warna merah jambu untuk awak"

End flashback

Air hujan mula turun setitik demi setitik. Aku membuka payung lipat itu dan melindungi diri aku daripada terkena hujan.

Badan aku dipalingkan ke belakang dan aku dapat lihat chaerin berlari meneduh di bawah  bumbung kedai serbaneka.

Chaerin's pov

Aku menekan butang hijau apabila menerima panggilan daripada yujin. Mesti dia nak marah aku ni. Confirm.

"ᴋᴀᴜ ᴅᴇᴋᴀᴛ ᴍᴀɴᴀ? sᴜᴋᴀ ʜᴀᴛɪ ᴊᴇ ʟᴀʀɪ ᴅᴀʀɪ ᴛᴇᴍᴘᴀᴛ ᴘᴀʀᴋɪɴɢ"

"mianhae. Aku ada kerja sekejap tadi" sengaja aku mengelak daripada yujin.

"ʏᴇʟᴀʜ ᴋᴀᴜ ᴅᴇᴋᴀᴛ ᴍᴀɴᴀ? ᴀᴋᴜ ᴊᴇᴍᴘᴜᴛ ᴋᴀᴜ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴋᴇʀᴇᴛᴀ ɴɪ"

"aku dekat kedai serbaneka yang ada dekat dengan area cafe tadi"

"ᴏᴋᴀʏ. ᴀᴋᴜ ᴏɴ ᴛʜᴇ ᴡᴀʏ"

Aku mematikan panggilan tersebut. Aku memang sengaja lari tadi.

Aku ternampak midam dari jauh dan aku terus berjalan mendekatinya. Niat aku nak menegurnya tapi dia pula terlanggar aku.

Kebetulan dah lama aku sediakan payung lipat dalam beg aku. Itu payung lipat khas untuk midam.

"aku gembira dapat beri payung tu pada dia" kata aku lalu mengelap air mata aku yang mengalir.

Tbc.

[끝] with you ; lee midamWhere stories live. Discover now