t e n

86 24 0
                                    

Chaerin's pov

Aku menolak rak pakaian masuk ke dalam set penggambaran. Raena sedang sibuk menyiapkan artis yang lain.

"weh chaerin, kau tertinggal satu lagi beg pakaian dalam van" kata raena apabila dia memeriksa satu persatu barang.

"oh aku pergi ambil kejap"

Aku terus berjalan keluar dari set penggambaran. Aku mengalihkan beg pakaian itu dan meletakkan di atas lantai.

Aku menutup pintu van dan mahu berjalan masuk ke set penggambaran semula. Satu cahaya menusuk ke dalam mata aku dan menyebabkan aku memejamkan mata.

Satu kereta mendekati aku dan hampir melanggar aku. Aku jatuh terduduk.

"chaerin,buka mata awak" lengan aku ditarik oleh seseorang.

Mata aku dibuka dan midam memandang aku dengan penuh kerisauan. Jantung aku berdegup laju. Bukannya sebab midam tapi kerana insiden tadi.

"awak okay tak?" soal midam.

Aku mengangguk. Tangan midam yang melingkar pada pinggang aku masih lagi tidak dilepaskan.

"bahaya betul. Nasib baik awak tak apa-apa"

"terima kasih. Saya nak kena hantar beg pakaian ni" kata aku.

Midam melepaskan pelukan kami. Baru saja selangkah aku pergi,tangannya terus menarik tangan aku.

"kaki awak luka tu"

Aku melihat kaki aku yang sedikit berdarah. Aku terus tersengih padanya.

"sikit je ni"

Midam terus menggeleng laju. Beg pakaian itu diambilnya dan dia menarik tangan aku sehingga kami masuk ke dalam bilik persalinan.

Tubuh kecil aku ditolaknya dan dia menyuruh aku duduk di atas kerusi. Dia menggeledah bilik persalinan dan mencari sesuatu.

"ada pun"

Midam berjalan ke arah aku. Plaster yang ada pada tangannya dikoyakkan. Dia mengelap kaki aku yang berdarah menggunakan tisu basah dan melekatkan plaster padanya.

"done!" midam tersenyum seakan berpuas hati dengan hasil kerjanya.

"mana chaerin?" raena bergegas masuk ke dalam bilik persalinan.

Dia memandang kami berdua lama dan midam terus berdiri.

"hari ni shooting cancel. Aera tak dapat datang" kepala aku dianggukkan.

Jadi buat penat jelah aku angkut segala barang ni keluar. Hm aera aera. Kau ni pun satu hal. Kenapalah tak inform awal-awal?

"sekejap saya simpan semua barang dalam van" kata aku.

"eh tak payahlah. Dengan kaki kau yang luka tu,hm aku tak izinkan"

Apahal raena ni? Luka sikit je woi.

"weh,luka sikit ni je kau dah halang aku dari buat kerja. Kalau aku kena gigit nyamuk, agaknya aku boleh cuti sehari tak?" raena menjeling ke arah aku.

"dah biar aku tolong kau"

Aku masih berdegil. Rak pakaian itu ditolak oleh aku sehingga diletakkan di dalam van. Beg-beg pakaian itu turut disusun di dalam van.

"dah-dah. Cukuplah tu. Dah banyak sangat yang kau tolong ni" kata raena.

Dia memandang ke arah midam yang baru keluar dari bilik persalinan. Tangannya dilambaikan dan dia memanggil midam.

"midam,sini kejap" midam mendekati kami berdua.

"haa ada apa ni?" soal midam.

"hantarkan chaerin balik rumah. Jangan biarkan dia balik naik teksi"

Midam tersengih dan menganggukkan kepalanya. Eleh bukannya dia tak tahu. Aku ni selalu sangat balik dengan midam.

"baiklah. Kalau macam tu kami balik dulu" kata midam.

Dia terus memegang bahu aku dan kami berdua berjalan memasuki kereta. Selalunya raesung dah ada dalam kereta tapi kali ni dia lesap pula.

Mana pulak raesung menghilang?entah-entah dia mengorat raena. Nama dahlah dekat-dekat sama.

"pedih tak luka tu?"

"taklah. Awak ni pun risau sangat" kata aku.

Midam mengeluh.

"macam manalah saya tak risau,chaerin. Awak tu girlfriend saya. Tadi tu awak hampir dilanggar tahu tak? Nak gugur jantung saya tadi"

Midam memandang aku dengan wajah tidak puas hatinya.

"yelah. Tapi kenapa kereta tu nak langgar saya? Jalan tu punyalah luas" aku mula terfikirkan insiden tadi.

Lagipun kereta itu datang dari arah yang berlawanan dengan van kami tadi. Takkanlah ini semua dirancang? Takkanlah. Takkan kot.

"patutlah saya rasa tak sedap hati je dua tiga hari ni" kata midam.

"maksud awak?" soal aku.

Dia memandang ke arah aku lama.

"ini mesti rancangan eomma. Dia boleh buat apa saja untuk pisahkan kita berdua"

Kepala aku laju digelengkan. Dia tak boleh syak eommanya macam tu.

"tak eloklah tuduh macam tu je,midam"

Midam pula menggelengkan kepalanya.

"tak,hari tu harin ada datang rumah kami. Mesti dia rancang semuanya bersama dengan eomma"

Midam's pov

Aku yakin ini angkara mereka berdua. Siapa lagi yang sanggup lakukan semua ni pada hubungn kami berdua?

Sasaeng fans? Mereka bukannya tahu aku dan chaerin bercinta.

"saya ada rakaman cctv untuk setiap kawasan rumah tu" kata aku.

Aku perhatikan eomma dari jauh. Mana tahu dia ada nak ugut aku ke dan mana tahu dia ada bawa lelaki lain tidur dekat rumah tu ke. Bukannya nak bersangka buruk.

Ini cuma untuk langkah keselamatan.

"saya percayakan awak,midam" chaerin tersenyum.

Kalaulah semua ni angkara mereka,aku takkan sesekali maafkan mereka berdua.

Tbc.

[끝] with you ; lee midamWhere stories live. Discover now