Bab 6

1.4K 94 20
                                    

Daniel dan Adam yang baru sahaja selesai bermain golf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Daniel dan Adam yang baru sahaja selesai bermain golf. Itu adalah hobi mereka setiap hujung minggu. Mereka berdua duduk berehat di atas bangku.  

"Lepas ni nak pegi mana pulak?" tanya Adam kepada Daniel yang termenung memandang luasan padang.

"Sekarang baru pukul 12:00 tengahari." kata Daniel yang melirik ke jam tangannya yang berjenama tag heuer.

"Itulah pasal. Awal lagi lah nak balik. Aku kat rumah bukan buat apa pun." ucap Adam

"Kita pegi tengok wayang lah. Ada cerita baru keluarkan? Tak silap aku Aquaman." cadang Daniel.

"Woa nais! Jom lah gerak sekarang."

Mereka melangkah keluar dari situ. Masing-masing pergi ke kereta sendiri dan pandu untuk ke cinemas yang berdekatan.






Elisya membawa turun segala barangnya untuk masuk ke dalam kereta. Dibantu jugak oleh Pn Mariamdan suaminya.

Setelah siap semuanya Elisya bersalam salaman dengan mereka.

Elisya memandu ke rumah sewanya yang akan diduduki. Semasa ditraffic light yang menandakan merah untuk berhenti. Dia memandang ke arah kereta sebelah kanannya.

'Bmw 3 series black, macam pernah nampak je kereta ni. Oh ni kereta yang curi parking haritu. Siap sedialah!' getus hatinya.

Selesai traffic light bertukar hijau. Kereta myvi milik Elisya memandu laju dan memotong kereta BMW 3 Series Black itu. Dengan cepat Elisya masuk ke kanan tanpa memberi signal. Kereta tersebut memberi hon yang panjang untuk Elisya.

Elisya hanya ketawa senang hati. Walaupun bahaya tapi hati dia puas!








Sampai sahaja dirumah sewanya. Elisya masuk ke dalam bilik dan meletakkan barang-barang yang telah diambil dalam kereta tadi.

Keadaan rumah begitu sunyi. Mungkin Ezrin keluar memandangkan harini adalah hari minggu. Elisya mengemas pakaian dan terus mandi untuk solat.

Seusai solat, dia turun kebawah untuk menonton televisyen. Sedang leka dia menonton. Pintu utama dibuka oleh Ezrin. Lalu Ezrin duduk di sofa yang berdekatan dengan Elisya.

"Bila awak sampai?" tanya Ezrin kepada Elisya. Sesekali dia melirik ke arah wajah Elisya. Sangat cantik pujinya.

"Baru je dalam pukul 12:00 tadi. Awak cuti ke harini?" Tanya Elisya. Dia berasa senang berbual dengan Ezrin. Walaupun mereka hanya baru berkenalan.

"Eh takde lah. Harini saya cuti. Esok hari isnin baru start kerja. Awak kerja apa?" tanya Ezrin.

"Saya tengah cari kerja. baru 3 minggu graduate. Susah jugak nak cari kerja zaman sekarang kan?" soal Elisya

"Oh cari kerja. Kerja apa yang awak cari?" kini Elisya pula disoal. Mana tahu Ezrin dapat membantunya.

"Architecture." jawab Elisya.

"Seriously?! Alhamdulillah. Company yang saya kerja ni sekarang memang tengah cari macam bidang awak. Sebab staff yang lama accident dan tak berkhidmat lagi disitu. Saya kerja sebagai PA bos. Baru-baru ni dia suruh saya post dekat our website company tentang pencarian arkitek baru. Kalau macamtu awak kerja dekat tempat saya sajalah." cadang Ezrin.

"Yeke? Bos awak nak ke terima saya? Saya ni tiada experience pun." tanya Elisya sangat gembira.

"Itu awak tak perlu risau. Awak datang je esok bawak document yang penting. Esok pukul 9 pagi awak datang office saya. Jangan lambat sebab bos saya tu memang pantang kalau staff dia lambat. Nak-nak lagi awak adalah staff yang baru untuk interview esok. Insha Allah dia akan terima awak bekerja." terang Ezrin.

"Thankyou awak! Esok pergi kerja dengan saya jelah?" pelawa Elisya.

"Esok saya masuk pukul 8 pagi sebab saya nak kene susun jadual untuk bos saya. Maklumlah kerja sebagai PA ni leceh jugak tau. Saya akan sent alamat company dekat awak. Saya naik atas dululah eh."

Elisya hanya mengangguk dan tersenyum. Dia harap segala urusanya dipermudahkan. Elisya menyambung melihat siaran ditelevisyen.





Elisya mengenakan perfume favaritonya di badan. Dia keluar dari bilik itu dan tidak lupa jugak dengan fail ditangan.

Dia mengalas perut dengan air holicks sahaja. Elisya masuk kereta dan memandu dengan cermat.

Elisya sampai agak lewat di Miracle Holdings kerana kesesakan jalan raya. Tambahan pula ada accident tadi. Dia mengerling ke arah jam di tangan. '9:10 minit!? Mati lah kau Lisya' getusnya dalam hati.

Dia menekan-nekan punat lif. Lif terbuka dan dia ingin melangkah masuk tetapi dia dilanggar oleh seseorang yang ingin melangkah keluar. Habis berterabur file miliknya.

'Aduh tiang besi bergerak mana pulak langgar aku pagi-pagi ni. Orang dah la tengah lambat! Aduhai. lagi satu pulak masalah yang timbul' mulut Elisya berkumat kamit memarahi gerangan yang melanggarnya.

Sambil dia membebel, dia tunduk untuk mengutip file interview yang dah berselerak jatuh. Kerana dilanggar oleh tiang besi bergerak.

"Mata tu letak dekat mana? Kat lutut ke apa! Alahai habis renyuk baju aku tahu tak!" Daniel memperbetulkan bajunya walaupun dia yang juga bersalah.

"Eh hello? setakat baju je renyok kot. Yang saya ni, nak bergegar kepala hotak awak langgar tahu tak? At least say sorry lah. Cakap jangan ikut sedap je. Awak yang langgar saya lepastu cakap saya yang tak ada mata? sepatutnya saya yang tanya awak letak mata tu dekat mana?!" Marah Elisya sambil melihat muka gerangan yang melanggar.

Kedua-duanya terpaku merenung antara satu sama lain.

"Do I care?" Daniel malas hendak melayan gadis dihadapanya. Dia terus berlalu pergi meninggalkan tempat itu.

'Dah la maaf takde pastu main blah je . Setakat muka je handsome tapi akhlak takde tak guna jugak la bro!' bebelnya sendirian.

Elisya menekan button lif untuk naik memandangkan dia sudah lewat 15 minit.

Sampai sahaja diatas. Dia segera pergi ke arah Ezrin yang sedang menunggunya dipejabat.

"Kenapa awak lambat?" tanya Ezrin.

"Saya mintak maaf. Jalan jem teruk gila tadi dengan ada accident Rin. Bos awak dah tunggu eh?"

"Awak datang esok jelah Elisya. Dia baru je keluar pegi jumpa client." terang Ezrin.

"What?! Saya lambat 15 minit je kot." Elisya tidak berpuas hati. Memang lah salahnya kerana lambat. Tapi salah ke kalau dia tunggu sekejap?

"Kan saya dah cakap. Jangan lambat. Awak datang je esok okay? Dia pun tak masuk office lepas ni." pujuk Ezrin.

Elisya mengeluh dan melangkah keluar dari bangunan yang gah ini iaitu Miracle Holdings.

Vote&Comment ⭐️💯
Thankyou!❤️

T R U E  L O V EWhere stories live. Discover now