Bab 11

1.7K 130 33
                                    

Hari berganti hari, genap sebulan Elisya bekerja dibangunan yang cukup gah lagi berkembang pesat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










Hari berganti hari, genap sebulan Elisya bekerja dibangunan yang cukup gah lagi berkembang pesat. Lain tidak bukan, Miracle Holdings.

Elisya yang sedang leka melukis plan di atas kertas tidak merasa bahawa masa bergerak sangat pantas. Jari jemarinya laju melukis plan mengikut permintaan yang diminta oleh client. Pintu biliknya dibuka dan dia tahu gerangan siapa yang berani ceroboh biliknya.

"Babe. Tak pegi lunch ke?" tanya Ezrin yang terjegul depan pintu.

"Wait one minutes. Kemas barang sat. Awak pegi lah tunggu dulu dekat depan lif. Nanti saya menyusul." Elisya mengemas segala kertas harta pusaka diatas meja. Kerja sampai bila pun tak pernah siap! Baik isi perut dulu yang memang tengah kebulur ni.

Laju dia mencapai purse di dalam handbag. Manakala iphone6s miliknya diselitkan ke dalam poket seluar. Elisya melangkah selaju yang mungkin memandangkan perutnya sudah menjerit-jerit minta diisi. Macam tak makan setahun lagaknya!

Sampai sahaja ditempat makan. Elisya mengambil tempat duduk ditepi Ezrin yang masih kosong. Kali ini hanya dia dan Ezrin sahaja yang lunch.

Seorang lelaki menghampiri mereka berdua dan menyerahkan buku menu. Lelaki itu meletakkannya di atas meja.

"Iya cik nak makan apa?" lelaki waiter itu menyoal sambil ditangan sudah tersedia kertas dan pen. Ingin mencatat apa yang dioder oleh pelanggan.

"Nasi Ayam Penyet satu bahagian peha and Teh O Ais Limau. Rin nak makan apa?" tanya Elisya kepada kawannya yang sedang sibuk membelek buku menu ditangan.

"Sama dengan you lah babe." Ezrin pun mengambil menu yang sama. Macam sedap saja sambal ayam penyet itu. Yummy!

"Hello girls. Can we join you?" ucap Adam sambil mengenyitkan mata belah kanan kearah Elisya.

"Eh Cik Adam and Tuan Daniel. Duduk lah lagipun kita orang berdua je. Boleh lunch sama-sama betul tak Elisya?" Ezrin menyiku lengan Elisya yang hanya memandang hp ditangan.

"Err.. Yeah sure." balas Elisya sambil senyum sumbing ke arah dua lelaki didepannya.

Laju sahaja Adam mengambil tempat duduk. Bak kata orang, sudah mengantuk disorongkan bantal pula. Adam dan Daniel duduk di hadapan bertentangan Ezrin dan Elisya. Adam mengambil tempat di hadapan Ezrin manakala Daniel duduk disebelah Adam iaitu berhadapan dengan Elisya.

"Elisya.. Cantik nama dan secantik tuan badan." Adam memberikan senyuman yang cukup manis ke arah Elisya.

"Er-eeer Thankyou." ucap Elisya segan.

"By the way my name is Adam. You can call me Adam or Abang also can." Adam mengenyitkan matanya. Buat sekian kali depan Elisya.

T R U E  L O V EWhere stories live. Discover now