Elisya diperkenalkan kepada semua staff yang akan sama-sama menjalankan projek bersamanya oleh Daniel sendiri.Kira-kira dalam 8 orang. Kebanyakkan adalah lelaki berbanding wanita. Elisya hanya tersenyum dan menundukkan kepala tanda salam perkenalan kepada kaum Adam manakala bagi Hawa dia akan berjabat tangan.
Daniel meminta Elisya mengikut langkahnya untuk menunjukkan bilik.
"Ni bilik you. Semua keperluan I dah sediakan. Memandangkan ini ex bilik staff I. Jadi fail-fail Razman ada dekat sini. You boleh semak and belajar. I juga akan suruh Kak Siti ajar you. Lagipun you tiada pengalaman. And good work!" terang Daniel sesekali dia memandang Elisya yang hanya mengangguk.
"I keluar dulu. Anything please refer with Kak Sit. Sebab dia staff yang lama dekat sini." Daniel keluar dari bilik Elisya.
Elisya duduk diatas kerusi dan memandang ke ruangan biliknya.
Besar dan cantik.
Dia menyemak fail-fail milik Razman yang berada disebelah kabinet meja. Sedang leka dia menyemak fail tersebut, bunyi pintu biliknya diketuk. Terjegul wajah seorang wanita yang tersenyum kearahnya.
"Masuklah Kak Siti." jemput Elisya lalu menutup fail yang dia sedang semak tadi.
"Maaflah kalau akak menganggu awak. Saja nak berborak sikit dengan staff baru." ucap Siti sambil tersengih.
"Ish! Takde apa lah kak. Saya okay je kalau akak nak kacau. Nanti saya tak faham saya akan rujuk dengan akak."
"Elisya ni umur berapa?" tanya Siti ramah.
"24 kak. Asal dari Pahang."
"Oh, muda lagi. Akak ni dah 30. Akak datang sini saja je nak melawat Elisya. Tadi Daniel suruh akak ajar Elisya pasal kerja kalau Elisya tak faham. Tapi sebelum tu, akak nak tanya satu soalan boleh?" ujar Siti dan dia
Anak mata memandang raut wajah jelita milik Elisya.
"Tanya lah kak. Apa benda tu?"
"Elisya ni ada mix ke? Sebab cantik sangat. Akak perasan semasa Elisya diperkenalkan tadi staff lelaki asyik tengok je Elisya tau." jawapan yang keluar dari Siti membuatkan Elisya meletuskan ketawa perlahan.
"Mana ada kak. Saya asli melayu. Biasa je saya ni kak. Akak pun apa kurangnya. Cantik dan nampak awet muda." puji Elisya ikhlas.
"Terima kasih. Akak keluar dululah. Kang Daniel nampak kita tengah 'kopitiam' mampos akak. Apa-apa Elisya nak tanya, masuk je bilik akak eh? Nak join lunch dengan akak pun boleh jugak. Tapi akak lunch dengan Ezrin PA kepada Daniel." ajak Siti lalu bangun untuk beredar.
"Alright." jawab Elisya sambil tersenyum memandang Siti.
'Boleh tahan ramah jugak Kak Siti ni.' Getus hatinya.
Elisya sambung menyelak kembali fail di atas meja tadi yang tergendala.
Elisya leka menyelak fail di atas meja. Pintu dibuka dengan mengejut. Otaknya juga berasa lenguh membaca dan melihat hasil dari tangan Razman. Banyak lagi yang perlu dipelajari.
"Oit! Jom lah lunch." ajak Ezrin yang berdiri didepan pintu bilik Elisya.
Elisya mengerling ke arah jam di tangan. Pukul 12:00 tengahari. Patutlah perutnya menghasilkan konsert tadi.
Dia menutup dan meletakkan fail semula ditempat asalnya. Tangan pantas mencapai beg tangan dan keluar bersama Ezrin serta Siti.
Elisya, Ezrin dan Siti yang sedang berdiri dihadapan lif untuk naik ke pejabat. Waktu rehat sudah pun tamat.
Sebelum memulakan kerja, mereka akan menunaikan solat fardhu terlebih dahulu. Mereka bertiga masuk setelah pintu lif dibuka.
Elisya yang hanya menunduk tidak perasan akan keberadaan Daniel dibelakang.
Lif terbuka dan ramai staff yang masuk menyebabkan Elisya semakin melangkah kebelakang.
Dia menyandar di dinding belakang tapi cepat-cepat dia kedepan semula. Merasa bukan dinding lif yang dia sandar. Tapi mungkin susuk tubuh seseorang.
Daniel terkejut apabila merasa badan Elisya melekat denganya.
Elisya hanya menundukkan kepala kerana malu akan kesilapan diri sendiri. Entah lelaki atau perempuan pun dia tidak pasti. Tapi firasat mengatakan seorang lelaki!
Mereka berdudukan sangat rapat. Lif terbuka dan ramai staff mula keluar. Laju sahaja kakinya melangkah keluar mengikut jejak rakannya yang sudah keluar dari lif.
Nafasnya terasa tersekat akibat tak cukup oksigen. Tambah lagi dengan kesalahan dirinya yang tanpa sengaja menyandar pada orang. Nak mintak maaf pun terasa segan!
Elisya melangkah pergi ke pantri untuk membancuh air nescafe panas.
Daniel yang baru bertemu Siti untuk perbincangan tapak projek. Dia menghentikan langkah yang terlihat Elisya dipantri.
Elisya tidak perasan akan dirinya dipandang Daniel.
"Ehem." Daniel berdeham.
Elisya yang perasan terus menoleh ke pintu pantri.
"Best sandar kat lif tadi?" tanya Daniel yang mengangkat sebelah kening kanan miliknya.
"What do you mean? Oh! Jadi awak ke dibelakang saya?" mukanya entah kenapa terasa seperti hendak berasap. Malu!
'Tolong.Cakap.Bukan.Dia!' pohon Elisya dalam hati.
"Entah. Maybe yes." jawab Daniel yang bersahaja.
Dia meletakkan tanganya kedalam poket seluar belah kanan. Dia melangkah pergi dan meninggalkan Elisya yang terpinga-pinga.
'Gosh. Dia ke belakang aku tadi? Mak aih malunya aku!'
Elisya segera membawa air yang telah dibancuh tadi kedalam bilik untuk menyambung kerja. Dia malas ingin memikirkan perkara yang dikata Daniel tadi.
Daniel yang merenung dinding atas bilik mewahnya memandang kosong.
Dia meletakkan tangan kanan sebagai mengalas kepala.
Tersenyum mengingatkan kejadian dilif selepas habis waktu lunch tadi. Entah kenapa jantungnya berdebar apabila badannya bersentuhan dengan Elisya walaupun berlapik.
Badannya juga keras. Kaku. Bagaikan tiang elektrik.
Malas hendak melayan perasaan aneh yang tiba-tiba muncul. Dia menarik selimut tebal membaluti tubuh.
Kelopak mata ditutup. Cuba mengusir perasaan aneh yang mahu bertandang. Matanya makin lama, makin memberat. Dia juga berharap esok harinya lebih indah dari hari ini.
Vote&Comment ⭐️💯
Thankyou!❤️
YOU ARE READING
T R U E L O V E
Romance[MY FIRST BABY] GEDEBUK 'Aduh! Badan besi bergerak mana pulak langgar aku pagi-pagi ni. Dah la tengah lambat. Alahai lagi satu pulak masalah yang timbul.' omel Elisya dalam hati. "Mata tu letak dekat mana? Kat lutut ke apa? Ishh habis renyuk baju ak...