Bab 2

1.5K 106 8
                                    

Elisya meletakkan segala barangnya didalam bonet kereta dibantu ayahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






Elisya meletakkan segala barangnya didalam bonet kereta dibantu ayahnya. Sebentar lagi dia akan bertolak ke Kuala Lumpur.

"Jaga diri baik-baik ye sayang dekat sana. Nanti dah sampai rumah maksu bagi tahu ibu dengan ayah." pesan Pn Roziah kepada Elisya dan mendakap erat tubuh itu.

"Ibu jangan lah risau. Bila Lisya dah sampai, Lisya terus roger ibu dan ayah." jawab Elisya yang mencium tangan tua Pn Roziah.

Kini Elisya beralih pula kepada En Kamarul pula. Sempat tangan sasa ayahnya mengusap kepala Elisya dengan lembut. Sambil menitipkan beberapa pesanan.

"Ayah tahu kamu ni pandai jaga diri. Tapi yang paling penting solat tu jangan lupa. In Sha Allah, Allah SWT akan memudahkan segala urusan Lisya. Ayah percayakan kamu. Kalau duit tak cukup bagi tahu ye."

"Baik ayah. Buat masa sekarang, cukup lagi duit yang ayah kirim. Ini pun dah banyak. Elisya akan balik setiap bulan. Bukan jauh pun, Pahang dengan KL." jawab Elisya. Kalini dia memeluk tubuh ayahnya dengan erat.

"Ingat semua pesan akak dekat adik. Belajar rajin-rajin. Apa-apa terus telifon akak. Jangan nakal!" Elisya memesan ke arah Emira. Tangan menarik tudung adiknya kedepan. Apa lagi, muncung sedepan mulut Emira.

Dengan berat hati dia memasuki kedalam kereta. Enjin kereta sudah dipanaskan terlebih dahulu. Dia melambai ke arah keluarganya. Dengan lafaz Bismillah, Elisya memulakan perjalanan.







Aku memakir kereta di hadapan rumah Pn Mariam. Sampai sudah kealamat yang aku tuju. Aku merenggangkan otot dan barulah melangkah keluar dari perut kereta.

'Aik macam takde orang je dekat rumah maksu ni. Takkan lah ibu tak bagi tahu yang aku nak datang harini.'

Aku meninjau-ninjau kawasan rumah yang sunyi sepi. Dengan bantuan waze, aku selamat sampai ke rumah teres dua tingkat milik Pn Mariam di Damansara.

"Assalamualaikum. Maksu oh maksu.. Elisya dah sampai ni." laung aku memberi salam. Loceng yang berada tepi dinding aku tekan berkali-kali.

"Waalaikummussalam. Ha sampai jugak budak ni. Jenuh maksu tunggu Elisya dari tadi, tak sampai sampai pun. Jalan jem ke?" soal Pn Mariam. Dia berjalan menghampiri pintu pagar untuk beri aku masuk.

"Biasalah maksu. Jalan jem tadi. Time-time macam ni kan orang baru balik dari kerja. Itu yang lambat sikit sampai. Aik sunyi je rumah. Mana yang lain?" aku menyalam tangan Pn Mariam.

Mataku meliar mencari dua orang adik-beradik kecil comel iaitu Irsyad dan Balqis. Anak buahku.

"Sunyilah budak berdua tu pegi mengaji. Kejap lagi baru diorang balik. Jom lah kita masuk dulu. Nak dah senja ni."

Aku membuat mulut berbentuk 'O' dan kepala mengangguk tanda mengerti.

"Kejap lagi suami maksu balik. Kita makan malam sama sama ye. Makanan semua maksu dah siap masak. Sementara tunggu kamu tadi maksu sempat masak. Elisya pegi naik atas. Bersihkan diri dan berehat. Kejap lagi maksu panggil turun untuk makan malam." arah Pn Mariam kepada aku.

Aku hanya menuruti arahnya. Kaki kubawa menaiki tangga bersama luggage yang aku seret. Tombol pintu bilik aku pulas lalu menutupnya perlahan.

Beg roda aku letak di tepi almari baju. Tanpa membuka tudung, aku terus merebahkan diri atas katil.

Boleh tahan sakit pinggang. Mana tidaknya, drive selama 2 jam tadi.

Tangan meraba hand bag. Aku mengeluarkan iphone6s miliku. Hand bag berjenama Gucci aku letak di sisi. Tangan laju aku menaip hantar mesej kepada ibu mengatakan aku sudah selamat sampai.

10 minit jugak aku berkeadaan begini. Tudung aku cabut berlahan. Badan yang baring aku tegakkan. Aku mulai bangun dan mengeluarkan baju untuk bersihkan diri.

Sementara menunggu maksu panggil makan untuk malam. Segara aku menunaikan perkara yang 'wajib' setelah mendengar azan waktu Maghrib berkumandang.




Seusai solat, laju langkah Elisya turun ke bawah. Pn Mariam sudah menyiapkan sajian makanan untuk makan malam.

Dia duduk di meja makan bersebelahan dengan anak buahnya Irsyad dan Balqis. Manakala En Abas dan Pn Mariam duduk di hadapan Elisya.

"Elisya dah cari kerja yang sesuai dengan bidang kamu ke?" Tanya En Abas suami Pn Mariam kepada Elisya.

"Belum lagi paksu. Elisya ingat esok nak pegi cari baju dulu dekat KLCC. Lama jugak tak window shopping." Elisya menjawab sambil
mengelus rambut anak buahnya Irsyad.

"Kalau macam tu baguslah. Esok hari weekend. So maksu ingat nak bawak budak-budak ni berjalan esok. Sambil-sambil tu boleh tunjuk jalan dekat Elisya." Pn Mariam menuangkan air oren kedalam cawan.

"Yeay! Esok mama dengan papa nak bawak pegi jalan lah! Yahoo bestnya!" Irsyad dan Balqis bersorak gembira. Mendengar Pn Mariam hendak bawak mereka berjalan keluar.

"Amboi, Kalau keluar laju aja ye budak berdua ni. Lepas makan naik atas siapkan homework after that sleep. Dah siap kerja sekolah yang cikgu bagi baru esok kita keluar okay?" Pn Mariam mengerling ke arah Irsyad dan Balqis.

"Ai Ai Captain!" Irsyad serta Balqis mengangkat tangan dan diletakkan kedahi masing-masing tanda 'tabik' secara serentak.

"Goodlah anak papa ni. Jomlah kita makan. Abang dah lapar sangat ni yang. Jemput makan Elisya." pelawa En Abas.





"Maksu. Pinggan ni semua biarlah Elisya yang basuh. Tadikan maksu dah penat-penat masak. Maksu pergi lah berehat pulak."

Elisya lantas bangun dan mengangkat segala pinggan mangkuk yang kotor ke dalam sinki. Bekas sisa makanan Elisya buang ke dalam tong sampah.

"Ish ada pulak cakap macam tu. Elisya tu tetamu tau. Takpe biar maksu tolong. Bukan susah pun." jawab Pn Mariam pula. Dia mengambil kain basah untuk mengelap meja makan.

"Tak ada jadi masalah pun lah maksu. Elisya bukan tak biasa buat semua ni." jawab Elisya. Tangan laju membilas pinggan yang telah disabunkan.

"Memanglah awak tu dah biasa. Tapi tetap maksu nak tolong jugak." Pn Mariam masih melawan.

Setelah selesai mengemas dapur. Elisya memanjat anak tangga untuk solat isyak dan merehatkan diri. Pn Mariam sekeluarga awal-awal lagi sudah masuk kebilik masing-masing.

Vote&Comment ⭐️💯
Thankyou!❤️

T R U E  L O V EWhere stories live. Discover now