Elisya yang baru sahaja menunaikan solat subuh terus melipat kain telekung. Dia meletakkan diatas ampaian.Iphone 6s yang berada diatas katil berdering. Elisya tersenyum gembira melihat nama yang tertera discreen iphonenya.
"Assalamualaikum anak ibu" sapa Pn Roziah di corong telifon.
"Waalaikummussalam ibu. Ibu sihat?" tanya Elisya kepada ibunya.
"Alhamdulillah, semua sihat sayang dekat sini. Lisya macam mana duduk sana? Rumah dah cari ke?" tanya Pn Roziah kepada anak kesayangannya.
"Syukur alhamdulillah ibu. Rumah sewa dah dapat. Kemungkinan esok Lisya akan pindah sana. Lagipun kejap lagi dalam pukul 10 Lisya nak pegi interview. Ibu doakan supaya urusan Lisya harini dipermudahkan tau." ceria sahaja suara Elisya.
"Bagus lah kalau macam. Ibu dengan abah sentiasa doakan anak-anak ibu. Ni dah sarapan belum?"
"Belum lagi ibu. Lisya baru je lepas solat subuh ibu dah call. Ibu tengah buat breakfast ayah dengan adik ke tu?"
"Dah siap semua dah. Ni baru nak pegi kejut adik bangun. Nanti Lisya call ibu ye sayang? Jaga diri baikbaik dekat sana." pesan Pn Roziah kepada anak sulungnya.
"Insha Allah. Ibu jangan lah risau. Kirim salam rindu dekat ayah dengan adik. Sayang ibu. Assalamualaikum" Elisya mematikan panggilan setelah mendengar Pn Roziah menjawab salam.
Dia mengemas katil dan pergi ke almari untuk memilih baju yang sesuai. Memandangkan mahu pergi interview, dia mengambil baju kurung cotton berwarna peach. Dipadankan pula dengan tudung hitam. Elisya membawa baju dan tudung untuk diiron.
Elisya turun kebawah beserta file di tangan. Dia duduk di meja makan untuk mengalas perut.
Kelihatan anak-anak buahnya sudah berangkat ke sekolah pukul 7:30 pagi tadi. Elisya menuang air milo panas yang telah disedia oleh maksunya kedalam cawan.
Dia bangun lalu mengambil pinggan yang berada didapur dan mencedok mihun goreng. Siap sahaja makan, dia mengemas meja dan membasuh pinggan cawan yang telah dia guna.
Sampai sahaja didestinasi. 'ceh destinasi kau author' Sebelum turun dari kereta dia menyemak file. Takut ada sebarang helaian kertas penting yang dia tertinggal.
Dia mulakan perjalanan walaupun dalam hati berdebar. Ini adalah kali pertama untuk dia pergi interview. Dia menekan butang lif tingkat 5.
Keluar daripada lif dan menuju ke arah receptionist.
"Yes, apa boleh saya bantu cik?" tanya gadis receptionist itu yang bernama Atikah kepada Elisya.
"Nama saya Elisya. Saya datang ni untuk interview architecture." jawab Elisya.
"Sila isi borang dulu ni Cik Elisya. Cik sila duduk dulu dekat situ. Dah siap semua bagitahu saya." gadis itu memberi sehelai kertas untuk diisi.
"Terima kasih." jawab Elisya lalu mengambil borang itu dan duduk di kerusi yang ditunjukkan.
Elisya memanggil Atikah untuk memberi kertas borongan itu. Atikah menyuruh Elisya tunggu sebentar dan dia berjalan masuk kedalam pejabat.
Selang beberapa minit, Atikah keluar dan memanggil Elisya. Elisya hanya mengikut langkah kaki Atikah dan berhenti dihadapan sebuah bilik.
Elisya membaca nama yang tertera. 'Dato'Jamal'. Atikah mengetuk pintu bilik dan mengajak Elisya masuk setelah mendengar arahan masuk dari Dato'Jamal.
"Dato, This is Elisya yang datang untuk interview architecture." terang Atikah.
Dato'Jamal memandang Elisya atas bawah dan menyebabkan Elisya berasa tidak sedap hati. Namun dia menghadiahkan senyuman kepada Dato'Jamal supaya tidak nampak gementar.
"Jemput duduk Cik Elisya. Atikah, awak boleh keluar sekarang." arah Dato'Jamal kepada Atikah. Gadis itu mengangguk dan beransur pergi.
Elisya mulai duduk.
"I tengok record you. Memang berkebolehan. Cuma tiada pengalaman sahaja." terang Dato'Jamal. Sesekali anak mata nakal memerhati gadis cantik dihadapanya.
"Terima kasih Dato." ucap Elisya. Dalam hati tidak putus-putus dia berdoa. Sungguh berasa tidak selesa apabila ditenung lelaki tua didepannya.
Dato'Jamal bangun dan meletakkan dua belah tangganya dibelakang kerusi Elisya. Dia mendekatkan bibirnya ditepi telinga Elisya.
Elisya agak terkejut dan menjauhkan jarak dari lelaki itu.
"Relax, I tak buat apa-apa pun. Kenapa takut ni?" Tanya Dato'Jamal kepada Elisya. Sesekali tanganya ingin mengusap lengan Elisya tetapi dengan pantas ditepis.
Dato'Jamal hanya tersenyum melihat kesombongan gadis cantik itu. Bukan dia tidak biasa. Ditaburi duit sahaja ramai yang akan jatuh ketangannya.
"Dato'Jamal please behave! Please respect. Saya hormatkan Dato. Jangan sampai saya hilang hormat." Elisya mengeluarkan suara keras.
Dia tidak boleh menahan sabar dengan lelaki tua ini. 'Dasar miang!'
"Shh. Jangan marah-marah. Setakat gaji architect tu apalah sangat. Baik you jadi scandal I. Apa yang you nak i akan bagi. Cakap je. Rumah? Kereta? Emas? Perempuan macam you ni senang je nak cair kan? Lagipun you sangat cantik." pujuk Dato'Jamal dengan sengihan gatalnya.
Matanya galak memandang Elisya atas bawah. Sungguh dia tertarik dengan kecantikan gadis itu. Dia ingin mencuit dagu Elisya tetapi ditepis.
"Biadap! Dato jangan ingat yang Dato boleh beli saya dengan duit. Saya bukan perempuan macam tu. Saya ada harga diri. Maaf saya tak terima. Cari lah perempuan lain yang boleh melayan miang keladi Dato ni. Terima kasih atas layanan Dato dekat saya. Tujuan saya datang sini untuk mencari rezeki. Belum apa- apa lagi perangai Dato macam ni. Saya tak kerja sini pun saya tak lokek!" Bentak Elisya lalu bangun dari kerusi. Dia mengambil begnya dan berlalu pergi.
Elisya menghempas pintu dengan kuat. Walaupun dia tahu itu mengundang mata-mata staff memandang ke arahnya. Tetapi apa dia peduli? Dia keluar dari pejabat itu dengan hati yang marah.
Elisya dengan cepat memandu untuk pulang kerumah Pn Mariam. Dia perlukan rehat. Sakit kepalanya dengan apa yang terjadi tadi. Sungguh tak disangka. Dia harap itu adalah kali terakhir dia melihat muka lelaki tua gatal itu.
"Macam mana Elisya pergi interview harini? Dapat kerja tak?" Soal Pn Mariam.
Mereka yang berada di meja makan untuk makan malam memandang ke arah Elisya yang hanya diam selepas pulang dari interview.
"Rela tak dapat kerja lah maksu. Dapat bos gatal miang keladi macam mintak garu pakai pisau je. Ada ke patut suruh Elisya jadi scandal dia?" luah Elisya. Sesekali menayangkan reaksi muka geli hampir ingin muntah.
"Dia ada nak sentuh Elisya ke?" gini giliran En Abas pula menanya soalan.
"Memang paksu, tapi Elisya tepis. Ish! Taknak la cerita pasal lelaki tua tu. Meremang bulu roma Elisya." Elisya sedaya upaya ingin melupakan kejadian harini.
Mendengarkan itu, mereka hanya mulai makan. Elisya juga ada cerita yang esok dia akan pindah ke rumah sewanya.
Vote&Comment⭐️💯
Thankyou!❤️
YOU ARE READING
T R U E L O V E
Romance[MY FIRST BABY] GEDEBUK 'Aduh! Badan besi bergerak mana pulak langgar aku pagi-pagi ni. Dah la tengah lambat. Alahai lagi satu pulak masalah yang timbul.' omel Elisya dalam hati. "Mata tu letak dekat mana? Kat lutut ke apa? Ishh habis renyuk baju ak...