Bab 7

1.3K 107 6
                                    


Elisya melangkah keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke arah lif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






Elisya melangkah keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke arah lif. Seperti tayangan ulangan yang berlaku. Dia melirik ke arah jam tangannya yang menunjukkan pukul 8:45 minit pagi.

Ya. Dia sekarang berada di hadapan lif Miracle Holdings. Sampai sahaja di tempat yang ingin ditujui, dia meliarkan mata memandang seluruh ruangan Miracle Holdings.

Dia berasa terpegun melihat seni bina yang tampak unik dan elegan. Bagaikan semalam dia tidak pernah menjejakkan kaki kesini. Mana tidak, dia kalut memikirkan yang dia lambat.

Tapi harini syukur kerana dia awal 15 minit. Elisya berpaling ke belakang apabila merasa ada tangan yang memegang bahunya.

"Awal sampai?" tegur Ezrin sambil memegang fail yang berada ditangan.

"Kalau lambat boleh jadi pisang berbuah dua kali. Bos awak dah sampai ke?" tanya Elisya sambil melihat persekitaran office.

Masih ramai yang belum sampai. Memandangkan ada lagi 10 minit sebelum waktu bekerja bermula.

"Dia memang suka datang awal. Pukul 8:30 pagi dia dah sampai. Saya dah inform dia. Awak duduk dulu dekat kerusi tu. Nanti saya ambilkan borang untuk awak isi." arah Ezrin dan menunjukkan kerusi yang berdekatan.

Elisya hanya membuat tanda tangan isyarat "OK" lalu duduk dikerusi yang diarah Ezrin tadi.

Sementara menunggu Ezrin panggil untuk masuk. Elisya tidak berhenti-henti membaca doa dan berselawat untuk menenangkan hatinya. Agar diterima bekerja disini.

Dia merasakan jantungnya tidak mengepam darah dengan baik. Mungkin pertama kali datang untuk temuduga. Ezrin tersenyum ke arah Elisya dan memanggil untuk Elisya masuk ke dalam bilik bosnya.

Ezrin mengetuk dahulu pintu. Menerima sahaja kebenaran masuk, barulah dia memulas tombol pintu.

"Bos, ini Cik Elisya yang bos akan interview. Borang juga dia sudah isi. Saya letak atas meja ni." ujar Ezrin lalu meletakkan borang yang telah isi di atas meja.

Dia melirik ke arah majikannya yang duduk membelakangi sambil menyelak fail.

"Thanks. Awak boleh keluar." arah lelaki itu. Setelah mendengar PAnya menutup pintu.

Dia mengarah gadis dibelakangnya untuk duduk tanpa memalingkan kerusi. Dia mendengar kerusi dibelakangnya ditarik. Lalu diduduk.

Barulah dia memalingkan kerusi untuk melihat gerangan yang bakal mengganti tempat staffnya iaitu Razman.

"Kau?!"

"Awak?"

Dua-dua menundingkan jari antara satu sama lain. Terkejut. Terpaku.

Suasana menjadi sepi selama beberapa saat. Elisya hanya memandang tapak kaki. Sesekali mulutnya berkumat kamit beristighfar.

'Oh No! Im die.' getus Elisya dalam hati.

Daniel berdehem dan mengawal riak muka. Dia membelek fail keterangan mengenai Elisya.

Elisya masih diam tidak bersuara. Kepala juga lebih selesa memandang tapak kaki.

'Why must him?!' hanya itu yang mampu Elisya luah didalam hati.

Daniel masih meneliti borang Elisya.
Sesekali dia menganggukkan kepala mungkin kagum melihat keputusan cemerlang gadis dihadapannya.

Hampir 15 minit dia membelek fail yang berada ditangannya. Daniel menutup dan meletakkan semula di atas meja.

Dia memandang tepat ke arah Elisya yang hanya menundukkan kepala.

"When you can start work?" soal Daniel kepada Elisya.

"Kalau saya diterima. Esok pun saya dah boleh start kerja." jawab Elisya sesekali matanya dilarikan dari memandang ke arah Daniel.

Tak tahu kenapa jantungnya berdegup apabila melihat anak mata hazel milik lelaki itu.

"Sound good. Kau boleh masuk kerja esok. Sharp 9 am tomorrow makesure you already at office. Aku tak suka orang lambat even 1 minutes." tegas Daniel berkata-kata.

Dia melihat Elisya menganggukkan kepala tanda faham apa yang cuba dia sampaikan.

"Kiranya saya dah diterima kerja?" tanya Elisya lurus.

Jika betul dialah orang paling bahagia kerana dipermudahkan segala urusannya pada hari ini.

"If not kenapa aku suruh kau datang esok?" soal Daniel sambil melirik ke arah wajah gadis dihadapanya.

Cantik. Hanya itu yang dapat dia ungkapkan.

"Alhamdulillah. Terima kasih." ucap Elisya dan dia meraup muka tanda bersyukur. Senyuman ikhlas dia berikan kepada Daniel.

"Kalau tak ada apa-apa kau boleh keluar. Ingat esok jangan lambat." arah Daniel.

Dia mengambil beberapa fail yang berada di atas meja dan membelek setiap helaian.
Banyak kerja yang harus dia siapkan hari ini.

"Baik. Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat dicompany Cik Daniel. " Elisya bingkas bangun dan mencapai beg serta fail untuk pulang.

Dia melihat Daniel hanya menganggukkan kepala. Walaupun mata tidak beralih dari menyemak fail.

Elisya keluar dengan perasaan yang gembira dah tak sabar untuk memberitahu berita ini kepada keluarganya dikampung.

Daniel memandang pintu yang telah ditutup oleh Elisya. Dia menyambung kembali kerjanya.






Elisya sibuk mengacau ayam gulai di atas api. Malam ini dia merajinkan diri untuk memasak makan malam.

Selepas pulang sahaja dari temuduga. Dia singgah di Pasaraya Giant untuk membeli barang keperluan dapur.

Ezrin yang baru sahaja pulang dari kerja mengambil cawan di rak dan menuangkan air untuk diminum.

"How your interview today?" soal Ezrin kepada housematenya.

"Alhamdulillah. Esok saya dah boleh masuk kerja. Terima kasih Rin sebab awak banyak tolong saya." terang Elisya, sungguh dia berasa beruntung kerana ada rakan serumah sebaik Ezrin.

"Alhamdulillah, syukurlah kalau awak dah boleh start kerja esok. Lagipun benda kecik je Elisya. Dah memang rezeki awak." balas Ezrin sambil membasuh cawan yang telah digunakan.

"Awak pegi lah mandi dan berehat. Saya ada masak lauk ayam gulai. Sambal belacan. Dan kubis goreng. Malam nanti kita makan sama-sama okay?"

"Sedapnya! Patutlah perut saya ni terus bernyanyi bila masuk rumah. Saya naik atas dulu, nanti pukul 8 kita makan." ucap Ezrin lalu memanjat anak tangga.





Hambar right? I know 😞🤦🏼‍♀️




Vote&Comment ⭐️💯
Thankyou!❤️

T R U E  L O V EWhere stories live. Discover now