"Minggu depan InshaAllah Lisya balik kampung. Rindu sangat dekat ibu, ayah dan adik." Elisya menuruni tangga sambil berbual dengan ibunya.Dia mengambil cawan dan membilas terlebih dahulu sebelum digunakan.
Sepaket milo 3in1 dituang dan dia mengacau sehingga sebati menggunakan sudu. Dia berjalan sambil tangan membawa milo panas ke meja makan untuk duduk.
"Baru nak masuk 3 minggu duduk sana dah rindu? Manja betul anak sulung ibu ni." sakat Pn Roziah
"Ish. Apa cakap macam tu ibu? Mestilah Lisya rindu. Nak berkepit bawah tiak ibu dengan ayah nanti bila balik kampung." jawapan Elisya itu mengundang tawa kecil ibunya.
"Iyelah sayang. Pegi kerja tu hati-hati. Ibu nak masuk class mengajar dah ni."
"Okay ibu. Sayang ibu. Assalamualaikum." Elisya tersenyum selepas dapat berbual dengan ibunya.
Rindu sungguh untuk pulang ke kampung halaman. Rindu semakin membuak-buak. Rindu masakkan ibunya. Rindu bilik tidurnya. Semua dia rindu!
Dia menghabiskan milo yang sudah menjadi suam-suam kuku. Suis lampu semua sudah ditutup sebelum dia melangkah keluar untuk pergi keoffice.
"This is a great design i think. Memandangkan client juga minta kita gabungkan zaman moden and zaman dulu." terang Elisya kepada Akmal sambil tangannya menunjukkan beberapa rekaan ekslusif di layar kertas atas meja biliknya.
"Bagus jugak idea awak ni Elisya. Tak sangka saya awak memang ada bakat. Walaupun baru seminggu kerja." puji Akmal kepada Elisya.
"Biasa je. Ini yang terlintas dekat fikiran saya. Saya masih belajar lagi. Tidaklah sehebat Razman. lagi satu kita kenalah puaskan hati client. Itu adalah tugas kita." jawab Elisya.
Jujur dia akui. anyak lagi yang harus dia belajar. Untuk memuaskan hati pelanggan adalah matlamat dalam hidupnya. Dia juga yang untung nanti.
Sedang mereka berbual. Bunyi ketukkan dari pintu. Tanpa sebarang kebenaran, Daniel masuk ke bilik Elisya.
"Sorry disturb you. After your discussion with Akmal, can you come in my room Elisya? Cause i have something important i that want too tell you. " ucap dingin sahaja muka Daniel yang memandang ke arah Elisya dan Akmal bersilih ganti.
"Sure sir." angguk Elisya.
Setelah itu Daniel beransur pergi.
"Kalau macam tu saya keluar dululah Elisya. Boss nampak macam nak sangat jumpa awak tu. Takut saya tengok muka ketat dia macam singa." Akmal mengemas kertas-kertas yang berada di meja Elisya lalu mengulungnya.
"Ish. Apa cakap macam tu. Buatnya dia dengar? Awak nak ke kena lahap dengan dia?" soal Elisya yang sengaja ingin menakutkan Akmal.
Berani mati betul Akmal ni menamakan Daniel sebagai singa. Buatnya kalau didengar. Mahu terbalik meja biliknya ini. Tidak takut kah dia?
YOU ARE READING
T R U E L O V E
Romance[MY FIRST BABY] GEDEBUK 'Aduh! Badan besi bergerak mana pulak langgar aku pagi-pagi ni. Dah la tengah lambat. Alahai lagi satu pulak masalah yang timbul.' omel Elisya dalam hati. "Mata tu letak dekat mana? Kat lutut ke apa? Ishh habis renyuk baju ak...