"Sayang..." meleret leret Daniel memanggil kekasih hatinya. Siapa lagi kalau bukan Tengku Syahira.
"Yes b?" Tengku Syahira menopang dagu dan memandang kearah Daniel. Dia memberikan senyuman yang cukup manis.
Daniel mengeluh sebelum memulakan ayat. Fikiranya buntu sekarang. Ayat disusun sehabis baik agar tidak menyakiti hati gadis kesayangannya.
"I nak you jujur. You serious dengan hubungan ni or not?" tanya Daniel dengan agak lembut.
Kini dia dan Tengku Syahira berada di kedai makan yang serba indah. Ala-ala candle light dinner gitu. Music romantik dimainkan serta lampu yang sedikit malap membuatkan lagi suasana cukup aman dan romantik.
Membuatkan Tengku Syahira mengeluh secara spontan.
"Nape b tanya macam tu? Daniel, you tahu kan yang I ni memang cinta mati dekat you. Kenapa tiba-tiba tanya macam ni. Hm?" lembut Tengku Syahira menjawab soalan Daniel.
Walaupun dalam hati rasa nak pecah jantung. Dia dapat menggagak soalan seterusnya yang akan di tanya Daniel.
"Kalau macam tu, I nak kita kahwin. I nak you stop your work as a modelling. I mampu sara hidup you. Tak lama lagi I akan jadi CEO dekat company ayah I sendiri. And you pun tak payah nak penat-penat untuk kerja. Cause I nak jadikan you permaisuri hidup I Syira." Daniel memandang lembut anak mata Tengku Syahira sebelum menyambut ayatnya "And one more thing is, I tak suka dengan cara dressup you. Pakaian you buat I sakit mata tengok. Jujur I tak suka orang lain tengok you." jelas Daniel dengan seperti memujuk.
Nampak dari riak muka kekasihnya dia sudah agak jawapannya. Muka gadis itu tampak merah menahan marah walaupun cahaya malap ketika ini. Hati cuba disabar sehabis mungkin. Bukan tidak pernah mengajak gadis itu untuk berkahwin. Tapi Tengku Syahira masih menggunakan alasan yang sama iaitu mereka terlalu muda.
Salahkah dia kerana ingin menghalalkan hubungan ini? Dia bukan lelaki yang hanya pentingkan nafsu semata mata selepas berkahwin. Dia hanya ingin Tengku Syahira berada disisinya. Kalau dibangkitkan soal anak sekalipun, dia tidak kisah. Janji dia sudah mengikat gadis itu dengan pertalian yang sah.
"Sayang you tahukan modelling adalah cita-cita I? I terlalu muda Daniel. I tak ready nak ada komitmen. Lagipun I ada contract stay at London for 2 years. I promise. Lepas I balik kita terus kahwin okay?" pujuk Tengku Syahira. Tangannya ingin mencapai milik tangan Daniel tetapi lelaki itu mengelak.
Tengku Syahira memang tak ready untuk jadi isteri kepada Daniel. Bukan tidak cinta, tapi dia masih muda dan modelling adalah cita-citanya sejak kecil. Dia belum puas enjoy lagi.
"Syira look.. I ajak you kahwin sebab i nak ikat you sayang. At least biar semua tahu you tu dah jadi milik I. Pasal komitment nothing to worry sebab i faham kerja you. Pasal anak kita boleh rancang right?" Daniel masih cuba memujuk.
Tengku Syahira mengangkat tangan supaya Daniel henti untuk bercakap. Telinganya mula panas. Hati juga seperti terbakar dengan sikap Daniel yang tidak faham bahasa.
Daniel mengeluh lagi. Tiada guna dia masih memaksa kalau gadis dihadapannya mengambil mudah tentang perasaannya. Sudah 5 tahun hubungan mereka terjalin. Sejak Daniel bersekolah menengah sampailah menamatkan pelajaran dengan keputusan yang cemerlang. Harta? Lebih dari cukup kalau gadis itu mahu. Apa lagi yang kurang dengan dirinya?
Bidang model dia tidak akan sekat. Soal anak juga dia faham dan tidak memaksa. Soal Harta pula? Dia mampu menampung hidup Tengku Syahira walaupun umurnya masih muda. Hanya satu yang dia mahu, Tengku Syahira berada disisinya.
Masa Tengku Syahira juga limited berbandingnya yang sentiasa memberikan perhatian walaupun sibuk. Dia menjaga hati gadis itu sehabis baik. Tapi apa yang dia dapat?
"Sayang can you just understand my job? Why stubborn sangat ni?!" suara Tengku Syahira naik seoktaf. Mata dijegil memandang Daniel.
"Its okay, Fine. I dah agak you akan cakap benda macam ni. I pun dah malas nak paksa you lagi. You're not love me Syira. And you're not serious with our relaytionship. You hanya pentingkan diri sendiri. Sorry syahira I dah penat dengan you." luah Daniel.
Biarlah kali ini jodoh yang menentukan mereka. Dia sudah penat mengejar benda yang tidak pasti. Semua takdir dia serahkan kepada Allah.
"Kalau you nak kahwin sangat, pegi lah cari perempuan lain! I ni tak ready lagi lah nak kahwin. Lagipun kalau kahwin nanti ada anak then badan I akan jadi gemuk you tahu tak Niel?! Dah la I ni model terkenal. And masih dalam contract. Oh my gosh!" Tengku Syahira membuat gaya memicit kepala kerana pening dengan situasi ini.
Daniel hanya diam dan menunggu ayat yang akan keluar dari mulut kekasihnya atau mungkin akan jadi bekas kekasih?
"And lagi satu! Pasal dressup I? sejak bila you pandai tegur pasal cara dressup I ni? Dulu you okay je I pakai macam mana sekalipun. Why sekarang nak tegur pulak. Daddy I pun tak pernah tegur okay Daniel!" kali ini dia Tengku Syahira sudah naik hantu. Kawasan sekeliling juga tidak diperhatikan.
"I tak sangka you macam ni. I kecewa. Sorry. You can go ahead with your carier. I have my own limit Syira." luah Daniel. Dia rasa ini adalah keputusan yang terbaik.
Dia sudah penat untuk menjaga hati diri sendiri.
"If you already say like that, why we're still together? Actually, I pun dah naik rimas lah dengan soalan you yang asyik nak kawin. Gatal sangat kan? Go Daniel! Find a new one! "
Tengku Syahira memandang sinis. Dia tahu lelaki itu sayang akannya. Mana mungkin Daniel akan meninggalnya. Dalam hati bersorak riang.
"We're over!" Daniel mengetap gigi lantas bangun dan terus meninggalkan Tengku Syahira.
Dia membawa kaki keluar dari sini. Bersama hati yang terluka, Daniel nekad takkan kembali kepada hidup seorang Tengku Syahira!
Tengku Syahira hanya tersenyum sinis dan memandang langkah kaki Daniel keluar. Hatinya juga puas sekarang.
'We'll see Daniel. Aku takkan pernah lepaskan kau. Keep wait for me sayang.' getus Tengku Syahira dalam hati. Dengan senang hati dia menyuap makanan kedalam mulut sambil tersenyum penuh makna.
_______________________________Daniel termenung sambil menghadap memandangan luar di syarikatnya.
Tiba-tiba mindanya berputar teringat akan kejadian 2 tahun lepas. Dimana hatinya cukup hancur seperti dilumat.
Ya, dia sudah move on dari Tengku Syahira. Dia harap wanita itu tidak akan muncul lagi dalam kamus hidupnya.
Dari khabar angin, Tengku Syahira sudah berjaya menjadi model yang terkenal di luar negara. Lepas dari kejadian itu, dia tidak berhubung lagi. Walaupun gadis itu ada datang memujuk, tapi itu sudah tidak terkesan.
Vote & Comment ⭐️💯
Thankyou❤️
YOU ARE READING
T R U E L O V E
Romansa[MY FIRST BABY] GEDEBUK 'Aduh! Badan besi bergerak mana pulak langgar aku pagi-pagi ni. Dah la tengah lambat. Alahai lagi satu pulak masalah yang timbul.' omel Elisya dalam hati. "Mata tu letak dekat mana? Kat lutut ke apa? Ishh habis renyuk baju ak...