"Weh." panggil Adam yang memandang ke arah Daniel.Daniel sibuk berlari di atas treadmill. Mereka menghabiskan masa hujung minggu dengan aktiviti workout di gym.
Selain golf, gym juga aktiviti setiap hujung minggu mereka. Adam menarik satu earphone yang terselit di telinga Daniel.
"Apa kau ni kacau je." marah Daniel yang masih berlari walaupun peluh sudah membasahi satu anggota badan.
Dia membuka singlet hitam yang sudah basah dengan peluh dan dimencampakkan atas carpet gym. Agak-agak kalau perah singlet tu mahu penuh sebaldi.
Kini terserlah lekuk badan Daniel yang tough. Apa lagi, mulalah ada mata yang mencuri curi ke arahnya. Tapi apa dia hirau. Mata orang bukan boleh kawal kan?
Dia tidak menghiraukan pandangan nakal yang melekat ketubuhnya. Boleh khayal merenung bentuk badannya. Majoriti dari perempuanlah. Kalau lelaki mahu diterajang. Gay ke ape ?!
Daniel menekan button stop dan perlahan-lahan treadmill itu berhenti. Dia meneguk air dengan rakus untuk menghilangkan dahaga dikerongkongnya. Badannya yang berminyak akibat peluh lagi menampakkan bentuk sixpacks yang timbul tersusun cantik.
Ops!
"Aku ada jumpa awek cun. Minggu lepas dekat office kau. Seriously she's so pretty. Tak pasti pulak apa nama minah tu. Staff baru kau kot. Kau kenal tak?" Adam yang sudah habis routine untuk treadmill terus mengajukan soalan kepada Daniel. Sejuk matanya memandang gadis bertudung itu. Manis sungguh raut wajahnya.
Daniel yang termengah kepenatan mengangkat kening. Entah siapa yang dimaksudkan oleh Adam pun dia tidak tahu. Beratus staf yang bekerja dibawah syarikat ayahnya. Takkan dia ingat? Dia mengangkat bahu sebagai jawapan. Malas nak menjawab. Daniel mencapai bajunya dan dia memakai semula.
Mestilah pakai balik baju, takkan nak balik separuh bogel kot. Mahu berdarah hidung semua berada digym ini nanti. Ceh!
YOU ARE READING
T R U E L O V E
Romance[MY FIRST BABY] GEDEBUK 'Aduh! Badan besi bergerak mana pulak langgar aku pagi-pagi ni. Dah la tengah lambat. Alahai lagi satu pulak masalah yang timbul.' omel Elisya dalam hati. "Mata tu letak dekat mana? Kat lutut ke apa? Ishh habis renyuk baju ak...