HALIMUNAN adalah sesuatu yang kita tak nampak, sesuatu yang tak dapat dilihat. Halimunan juga boleh jadi sesuatu yang wujud, tapi kita tak nampak walaupun ia berada di depan mata. Yep, Like me!
Amni Farhana bukanlah seorang yang famous macam Auni Suhada. Kadang-kadang dia rasa seperti dia tak wujud di mata mereka. Macam halimunan!!
Auni Suhada selalu menjadi tumpuan pelajar-pelajar yang lain. Terkenal, ramai peminat, pergi mana-mana saja orang tegur. Amni Farhana? She's not exist!! Macam halimunan!!
Aku pun ada juga perasaan nak kan perhatian, pujian. Buat itu orang suka, buat ini orang suka walaupun benda kecil. Iya, aku akui kadang-kadang aku jelous juga dengan si Auni tu.
Aku ada dua orang kawan rapat, kawan aku tu pun macam aku juga. Ayu dan Rafi nama dia orang. Dia orang selalu cakap "Hei, orang bukan tak nampak kita cuma kita dipinggirkan." Tapi rasanya sama saja.
Ayu dan Rafi selalu juga ajak aku lepak bersama dengan mereka yang lain. Tapi, mereka sekadar mengajak. Yang paling terasanya, nama aku pun ada antara mereka yang tak tahu. Nampak sangat kan?!
Kawan aku selalu suruh aku ikut mereka sekali, tapi aku menolak dengan alasan nak study. So, kawan aku tu terpaksalah ikut aku study sekali.
Mungkin salah aku juga sebab tak menonjolkan diri. Selalu sendiri dan terasa hati, apakah kita tak sehaluan lagi, berat bagiku, berat bagiku... Eh!
Aku ada minat dekat seorang pelajar ni. Dia famous jugalah, hebat dalam pelajaran. Rupa pun boleh tahan. Tapi aku tak yakin yang dia pun akan sukakan aku. Biasalah tu, jarang orang yang kita suka akan suka dekat kita balik.
Tapi Ayu cakap yang dia pun suka dekat aku, cuma aku yang selalu mengelak setiap kali terjumpa. Tapi aku tak percaya apa yang Ayu cakap, sebab dia mungkin nak sedapkan hati aku je.
Suatu hari di perpustakaan, aku membelek buku-buku di atas rak. Teka siapa aku nampak? Ya, Adam Yusuf. Pelajar kacak dan cerdik dari kelas Al-Farabi. Dah lama aku suka dia, tapi yalah.. Aku cuma kelas Al-Jazari.
Kelas bawah dengan kelas atas tak sama standard. Tapi aku satu kelas dengan dia dalam kelas Seni Visual. Tak sangka minat aku sama dengan dia. Kan?
Tapi, budak perempuan selekeh macam aku.. Pfff.. Dia tak pandangnya. Jangan nak mimpilah Amni Farhana!
Jadi aku batalkan niat aku untuk tegur dia. Lalu aku mengambil buku di atas rak itu dan duduk di meja berdekatan. Rafi dan Ayu turut berada di situ. Dia orang sajalah kawan aku yang sering bersama. Walaupun dalam keadaan terpaksa.
"Excuse me." Tegur Adam Yusuf.
Jantung Amni Farhana berdegup laju apabila terdengar suara lelaki idamannya. Rasa macam nak luruh saja jantung ni. Dia tegur aku ke? Fikir Amni.
Dia cakap dengan aku ke? Lagipun aku kan halimunan, takkan dia cakap kat aku kot? Lalu Amni pun menoleh ke arahnya yang sedang berdiri di tepi meja tersebut.
"Hai." Tegur Adam Yusuf.
What the hell? Seriously? Dia tegur akulah! Oh my God! Soraklah sikit wehh.. "Hai." Amni menegur Adam Yusuf balik.
Ops! Itu cuma imaginasinya saja rupanya. What a shame! Dia tegur orang lainlah wehh.. Imaginasi kau melampau Amni Farhana!
Amni Farhana melihat Adam Yusuf duduk di meja di hadapan. Tapi tak apa, dapat tengok juga senyuman dia tu. Walaupun bukan untuk aku tapi hati aku tetap berbunga-bunga. Bayangkan sajalah dia senyum dekat aku.
Namun cepat-cepat Amni hapuskan perasaan tu sebab dia tak nak terlalu berharap. Iyalah, dia bukan siapa-siapa. Bagai langit dengan bumi!
Tak lama selepas itu, Auni Suhada datang. Dia merupakan kembar Amni yang famous. Semua orang tak perasan yang Auni dan Amni merupakan kembar.
Can you imagine that? Muka Auni dan Amni tak jauh beza pun, itupun kalau si Amni pandai bersolek dan pakai pelembab bibirlah!
"Saya adakan parti minggu depan. Datanglah!" Teriak Auni Suhada sambil mengedarkan kad undangan ke majlis tersebut.
Semua pelajar berlumba-lumba untuk dapatkan kad undangan tersebut. Guys! This is library. We must keep quiet.
"Amni nak ikut kita orang keluar tak petang ni? Cari some stuff untuk birthday party tu?" Kata Auni Suhada.
"Err.. Tak kot. Aku nak study sains. Aku tak nak kena marah dengan Encik Hashim lagi." Balas Amni.
Walaupun aku rasa macam nak turut serta tapi.. Ya, aku rasa macam nak menyendiri pula. Aku pun tak faham!"Oh, come on!" Kata Auni memujuk.
"Ya, er.." Seorang kawan Auni bersuara. Dia seperti sedang memikirkan nama perempuan di hadapannya. "Jomlah!" Kata Wawa kawan Auni kepada Amni.
Nama aku pun dia tak tahu. Apahal?! "Tak. Aku kena study." Amni menolak pelawaan itu secara baik.
"Okey, kalau kau ubah fikiran just call me!" Kata Auni. Kemudian mereka beredar dengan segera.
"Aku rasa kita patut sertai mereka. Dia orang famous, orang mesti kenal kita nanti." Kata Ayu.
"Ya, inilah masanya. Takkan kita nak terus macam ni." Kata Rafi sambil membetulkan kaca mata petaknya yang nampak lebih besar dari mukanya.
"Kalau kau orang nak, pergilah. Aku nak study." Kata Amni.
"Okey. Kita orang ikut kau." Kata Rafi. Tak ada pilihan lain.
YOU ARE READING
Aku Halimunan [C]
FantasyHalimunan adalah sesuatu yang kita tak nampak,sesuatu yang tak dapat dilihat. Halimunan juga boleh jadi sesuatu yang wujud,tapi kita tak nampak walaupun ia berada di depan mata. Yep,like me!! Ikuti kisah Amni Farhana, pelajar introvert yang mungki...