Bab 4

246 5 0
                                    

AMNI berjalan dengan begitu confident menuju ke pintu utama sekolah. Dari jauh kelihatan Mira dan Tania sedang berbual-bual dengan group mereka.

"Hai, semua!" Auni menegur mereka sambil melambaikan tangan.

Mereka hanya memandang pelik dengan tingkah laku Auni itu. Dah kenapa dengan mereka tu? Oh ya, aku lupa! Aku Amni sekarang ni. Patutlah dia orang pelik semacam je..

Sedihnya bila tak ada orang layan, hemm.. Eh, itu macam kawan Amni semalam, Ayu dengan Skander Alexender apa benda entah.. Rafi dan Ayu pula sedang memandang aneh ke arahnya.

"Hai." Tegur Auni. "Umm.. Ayu, kan?"

Ayu memandang pelik. Dah kenapa dengan dia ni?

"Skander Alexender.. "Kata Auni teragak-agak. Cuba untuk mengingati nama yang panjang berjela tu.

"Amin Casper Keynes." Kemudian Rafi turut berkata. Mereka menghabiskan ayat serentak.

"Kenapa dengan kau orang ni?" Ayu bersuara setelah melihat kelakuan pelik mereka.

"Oh my God! Macam mana kau tahu nama tu?" Rafi teruja. "Aku cakap kat kembar kau yang itu nama aku. Sebab kalau aku cakap dekat dia nama betul pun dia bukannya ingat."

Auni hanya berdiam. Dikutuknya aku depan-depan...

"Dia memang nampak lagi menarik, famous, ramai kawan tapi.."

"Tapi apa?" Auni memintas.

Rafi terdiam apabila melihat wajah serious Auni. "Um. Tak ada apalah."

"Guys, sudahlah! Kita kena ke bilik seni sekarang." Ayu bersuara "Untunglah partner kau Adam Yusuf!" Katanya dengan teruja.

Dalam keadaan yang tidak bersedia. Langkah Auni tidak stabil kerana ditarik oleh Ayu dengan tiba-tiba. Melayang rasa..

Semasa sedang menaiki tangga menuju ke bilik seni. Mereka bertembung dengan Encik Hashim. "Saya dah daftarkan nama kamu berdua. Umm.." Dia memandang Auni.

"Amni Farhana." Kata Auni.

"Ya. Kamu pun." Kata Encik Hashim. "Jangan lupa dekat dewan malam nanti."

Mereka melihat Encik Hashim beredar dari situ. Kemudian dia menoleh semula. "Ada nampak Auni Suhada?"

Mereka menggeleng.

"Kenapa dia sibuk sangat dengan kembar kau tu?" Kata Rafi. Tetapi tidak diendahkan.

Kemudian datang pula geng-geng budak famous. Auni turut termasuk dalam kumpulan itu. "Hey, loser!" Tegur mereka.

"Loser?" Marah Auni.

"Lepak ah, budak pelik! Aku cuma nak tanya mana kembar kau?" Kata Tania sambil menunjal-nunjal bahu Auni. "Kita orang rasa dia patut ada untuk pertunjukkan fesyen tu, semua orang akan pandang kita orang kalau dia ada."

Tak dapat dibayangkan, begitu rupanya layanan yang diberikan kepada adik kembarnya. Dan yang paling mengejutkan, dia telah dipergunakan oleh ahli kumpulannya sendiri. "Dia tak dapat datang. Demam campak!" Jawab Auni tidak mempedulikan mereka lalu segera berjalan.

Tidak lama selepas itu, dia ternampak teman lelakinya sedang bercakap dengan perempuan lain. Oh.. Itu rupanya yang dia lakukan di belakang aku! Bukan main mesra lagi!

Lelaki itu memandang Auni. Auni segera menuju ke arah teman lelakinya lalu menumbuk tepat ke wajahnya.

Lelaki itu mengaduh kesakitan. "Woi, gila! Apa kau buat?" Teriak lelaki itu.

Aku Halimunan [C]Where stories live. Discover now