AUNI membiarkan Amni menarik lengannya menuju ke bilik gerakan. Dalam perjalanan, mereka terjumpa dengan Rafi.
Kostum kepala cardboard itu telah dipakai oleh Daus, teman lelaki Auni. Opss! Bekas teman lelaki Auni. Daus dan gengnya masuk ke stor kerana sengaja mahu mengambil barang-barang yang menarik untuk mereka simpan.
Sudah banyak kali Rafi meminta kostum tersebut tetapi Daus tidak memberinya. Sebaliknya mereka mengejek dan membuli Rafi.
"Auni, cepat tolong aku!" Teriak Rafi yang sudah terbaring di atas lantai dengan tapak kaki Daus di atas tubuhnya.
Daus segera berpaling. "Mana ada Auni dekat sini. Cuma kembar dia yang hodoh."
"Apa?"
"Ya. Auni pun pernah cakap dia malu bila ada orang kata kau kembar dia." Kata Daus selamba.
Auni terkejut beruk apabila mendengar Daus berkata begitu. "Amni, aku mengaku. Tapi aku tak betul-betul maksudkannya." Kata Auni memandang ke kiri dan kanannya.
Amni hanya berdiam diri. Terkejut juga dia mendengar pengakuan Auni itu. Tapi tak apa, dah biasa.
Daus dan gengnya mengerut dahi. Pelik melihat Auni yang bercakap dengan udara. "Dia gila juga rupanya."
Amni segera bertindak. Dia menolak beberapa geng Daus. Mereka lari lintang-pukang apabila melihat tiada orang lain di sekeliling mereka. Mungkin hantu!
Daus terpinga-pinga melihat rakan seperjuangan berlari meninggalkannya. Kemudian Amni menyilang kedua belah tangannya ke belakang. Daus terketar-ketar ketakutan, benda apa yang menggerakkan tangannya itu?
Dia takut sampai terkencing-kencing. Rafi ketawa teruja melihat Daus berlari sambil meracau memandang sekeliling. Kemudian dia mengambil kepala petak dari cardboard tersebut lalu memberikannya kepada Amni.
"Macam mana kau boleh jatuh cinta dengan lelaki tu?" Soal Rafi kepada Auni.
"Sebab dia handsome." Jawab Auni selamba. "Tapi baru aku tahu, handsome saja tak guna juga." Dia memandang Rafi sambil tersenyum.
Rafi pula membulatkan matanya melihat Auni memandangnya begitu. Dah kenapa pulalah minah ni pandang aku macam tu? Segera dia mengalihkan pandangannya.
Amni segera menyarungkan kepala petak dari cardboard yang diwarnakan dengan warna putih. Terdapat tanda pangkah bagi menandakan sebagai mata. Lubang-lubang kecil di bahagian mulut sebagai ruang udara juga untuk tempat untuk bercakap.
Rafi memberikan jaket berwarna hitam dan putih, sarung tangan dengan seluar dan juga kasut. "Gempaklah!! Kau boleh join Marshmello buat show.." Rafi ketawa.
"What ever." Kata Amni.
"Aku pergi cari Ayu." Kata Rafi. Segera dia beredar.
Amni menarik lengan Auni menuju ke bilik gerakan. Setibanya di luar bilik itu, kelihatan beberapa ahli kelab tersebut sudah berkumpul dalam bulatan.
"Okey, apa yang aku kena buat?" Soal Auni.
"Tak susah pun. Kau hanya perlu cakap perkara-perkara yang positif. Luahkan apa yang kau rasa dekat dia orang."
Auni merenung kepala petak di hadapannya. "Baik. Aku boleh buat." Dia berkata dengan confident lalu segera masuk ke dalam bilik itu.
"Helo, semua!" Seperti biasa Auni dengan semangat menegur mereka. Mereka hanya memandang Auni dengan wajah yang sugul. Kemudian mereka hanya diam melayan perasaan masing-masing.
Auni duduk di kerusi yang disediakan. Dia tak tahu bagaimana mahu memulakannya lalu dia menoleh ke luar bilik. Amni yang berkepala petak itu mengangkat ibu jari ke arahnya.
YOU ARE READING
Aku Halimunan [C]
FantasyHalimunan adalah sesuatu yang kita tak nampak,sesuatu yang tak dapat dilihat. Halimunan juga boleh jadi sesuatu yang wujud,tapi kita tak nampak walaupun ia berada di depan mata. Yep,like me!! Ikuti kisah Amni Farhana, pelajar introvert yang mungki...