"OKEY, pelajar boleh bersurai." Kata Encik Hashim lalu kembali ke mejanya. Buku-buku di atas meja dimasukkan ke dalam begnya.
"Encik Hashim, sekejap!" Amni memanggil Encik Hashim. Mungkin dia lupa tentang perkara semalam. Tentang Penyertaan Projek Sains Mencari Spesies Haiwan Unik. "Semalam saya ada cakap dengan Encik Hashim untuk sertai projek sains tu. Encik dah masukkan nama saya?"
"Oh ya, saya terlupa. Siapa nama kamu?" Soal Encik Hashim.
"Umm. Amni Farhana." Jawabnya. Rasanya dah banyak kali aku beritahu dia pasal benda ni. Takkanlah dia tak ingat kot? Banyak makan semutlah tu...
"Saya tak perasan kamu kelas ni."
Sentap wehh!! Boleh pulak dia tak perasan.. Amni hanya tersengih. Tak tahu nak bagi reaksi yang macam mana. "Dah dekat dua tahun Encik Hashim mengajar saya kat kelas ni."
"Ramai sangat anak murid saya. Sampai saya tak perasan." Kata Encik Hashim. "Kamu ni macam saya pernah tengok. Ada iras-iras Auni Suhada sikit. Kamu ada pertalian darah ke dengan dia?"
"Ya, dia kakak kembar saya. Dia dari kelas.."
"Oh, saya tahu. Saya kenal sangat dia." Pintas Encik Hashim. "Dia pelajar yang bagus, saya suka dia."
Amni tersengih lagi. "Hee.. Ya, jangan lupa masukkan nama saya."
Encik Hashim beredar dari kelas itu. Kemudian Amni, Ayu dan Rafi menuju ke padang sekolah. Orang lain pergi ke kantin, mereka terus dengan projek mencari spesies haiwan unik mereka itu. Maklumlah, nak menanglah katakan. Kita orang akan pastikan group ni takkan terpinggir lagi! Semangat!!
Sedang Amni tertunduk-tunduk mencari sesuatu yang unik, dia tidak sengaja terlanggar seseorang. "Eh.. Maafkan saya."
"It's okay." Kedengaran suara yang menjadi igauan semua perempuan dekat sekolah tu. That's right! Dia terlanggar Adam Yusuf lah wehh.. "Awak buat apa?" Kata Adam Yusuf.
Alamak! Dia cakap dengan aku, sukanya! Control Amni, control! Jangan bagi dia perasan yang kau tengah angau dekat dia. Malu wehh, kalau dia tahu. Amni berlagak seperti biasa. "Umm..tengah cari.. Umm.. Spesies haiwan unik."
Tertunduk-tunduk Amni menjawab soalan itu. Sebab silau, matahari terpacak atas kepala. Apahal? Berjemur ke?
"Oh, awak sertai projek sains tu ya?"
"Ya." Jawab Amni sepatah.
"Well, good luck untuk team awak." Kata Adam Yusuf. "Jumpa kat dalam kelas seni nanti." Lalu dia beredar dengan senyuman menawannya.
What?! Dia perasan aku sama kelas seni dengan dia? Wow! Am I dreaming or what? Amni menampar-nampar mukanya untuk pastikan yang dia tidak berkhayal. Kejadian tadi memang benar-benar berlaku, sukar untuk dipercayai.
"Kau gila ke?" Tanya Ayu yang sudah pun berada di sebelahnya.
Aduh, malunya. Mesti dia dah nampak semua kelakuan pelik aku tadi. "Eh, tak! Nyamuk." Jawab Amni nak cover line. Nyamuk jadi mangsa.
Sekitar padang diteroka demi mencari spesies haiwan pelik yang mungkin mendiami padang tersebut.
Rafi berlari-lari mengejar sesuatu di celah-celah rumput padang. "Hah! Aku dah dapat!" Teriaknya.
"Belalang tu dah bersepahlah kat sini. Tak unik pun." Kata Ayu. Tak ada langsung rasa teruja.
"Dah kau expect apa? Pari-pari Tinkerbell tu ke?" Kata Rafi pula.
"Takdelah. Kata nak unik kan, setakat belalang hijau ni.. Hemm.." Ayu masih dalam nada yang sama.
"Tak apa. Aku ambil je, in case dah tak ada sangat baru guna." Kata Rafi lalu mengisi balang kaca dengan belalang tersebut. "Manalah tahu, belalang ni dari zaman purba." Tambahnya lagi sambil tersengih. Kaca mata petaknya dibetulkan.
"Guys, jangan lupa petang nanti berkumpul kat belakang rumah aku!" Teriak Amni kepada Ayu dan Rafi.
YOU ARE READING
Aku Halimunan [C]
FantasyHalimunan adalah sesuatu yang kita tak nampak,sesuatu yang tak dapat dilihat. Halimunan juga boleh jadi sesuatu yang wujud,tapi kita tak nampak walaupun ia berada di depan mata. Yep,like me!! Ikuti kisah Amni Farhana, pelajar introvert yang mungki...