AYU dan Rafi tergesa-gesa keluar dari makmal sains. Segera kaki melangkah mencari kembar tersebut.
Tidak jauh dari hujung koridor mereka ternampak Auni menuju ke arahnya. "Mana Amni?" Teriak Ayu.
"Ada kat sini." Jawab Amni. "Guys, macam mana? Ia dah semakin teruk. Apa yang aku sentuh akan jadi halimunan."
"Human Headbox aku?" Kata Rafi.
"Dah jadi halimunan sekali." Kata Amni.
"Kita orang dah jumpa Encik Hashim. Dia kata rama-rama tu memang wujud. Kita perlu cari semula rama-rama tu sebelum tengah malam, kalau tak kau akan selamanya halimunan." Kata Rafi.
"Oh, gosh! Kat mana kita nak cari rama-rama tu? Aku tak nak selamanya halimunan." Rengek Amni.
"Kita orang akan tolong kau cari. Encik Hashim kata rama-rama tu ada cuma kita tak nampak. Ia ada di tempat yang sunyi tapi berpenghuni." Kata Ayu.
"Apa maksudnya tu?" Soal Auni.
Ayu dan Rafi mengjongket bahu. Mereka tergesa-gesa ingin beredar. "Wait!" Kata Amni. "Umm.. Aku minta maaf sebab susahkan kau orang. Ayu, Rafi aku tahu kau orang nak menang untuk projek sains tu. Auni, aku minta maaf sebab libatkan kau dalam hal ni, aku tahu kau ada aktiviti lain.. Fashion show, kelab ratu cantik.."
"Syy.. Kau lagi penting dari semua tu. Dia orang tu tak guna! Tikam aku dari belakang. Dan kata kembar aku hodoh."
"Aku memang hodoh." Jawab Amni.
"No, you're not!" Kata Auni. "Kalau ya pun, kita orang tak nampak pun." Mereka ketawa.
"So, kita kena start cari rama-rama tu. Hari pun dah petang." Kata Ayu.
"Amni!" Teriak Jurulatih Yaya. "Kamu ke mana? Semua orang dah berkumpul kat bilik persalinan."
Kedengaran Amni mengeluh. "Tak... Aku lupa pasal pertandingan bola sepak perempuan tu."
"Ohh." Kata Auni.
"Aku tahu kau tak suka. Aku tak paksa kau untuk gantikan aku. Aku boleh cuba lain kali." Kata Amni.
Auni berfikir dua tiga kali. "Aku boleh. Tapi aku tak sure kalau aku boleh skor." Dia mengerut muka.
"Tak apa aku boleh ajar kau kat padang nanti." Kata Amni. "Kau orang cari rama-rama tu kat sekitar tempat malam semalam. Tunggu aku kat situ, kita orang datang lepas habis perlawanan."
"Baik." Jawab Ayu dan Rafi serentak. Mereka bergegas keluar dari kawasan sekolah setelah segala peralatan seperti balang kaca dan jaring untuk menangkap rama-rama itu.
Amni dan Auni segera ke bilik persalinan yang padat dengan ahli pasukan bola sepak perempuan. Boleh nampak yang Auni tidak selesa dengan keadaan itu.
Mereka tiba di lokar. Amni memulas tombol lalu memusingkannya berulang kali untuk membuka kunci tersebut. "Tukar baju. Kau kena pakai baju ni." Lalu dia menghulurkan sepasang baju berserta dengan kasutnya sekali.
"Kau tak ada stokin lain ke?" Soal Auni setelah melihat stokin yang nampak macam tak berapa bersih. Urgh! Biar betul ni?
"Pakai jelah. Nanti dekat padang kau takkan terfikir dah pasal benda tu." Kata Amni.
"Baik. Aku boleh buat." Auni memberi semangat kepada dirinya sendiri.
"Kau bercakap dengan siapa?" Soal salah seorang yang berada di situ setelah melihat Auni seperti bercakap dengan seseorang.
"Ha? Ohh.. Aku cuma beri semangat untuk diri sendiri." Auni tersengih.
"Okey, jom kita keluar. Kita boleh berlatih untuk saat-saat terakhir sebelum pertandingan bermula." Amni menarik baju Auni.

YOU ARE READING
Aku Halimunan [C]
Viễn tưởngHalimunan adalah sesuatu yang kita tak nampak,sesuatu yang tak dapat dilihat. Halimunan juga boleh jadi sesuatu yang wujud,tapi kita tak nampak walaupun ia berada di depan mata. Yep,like me!! Ikuti kisah Amni Farhana, pelajar introvert yang mungki...