"MANA kau rama-rama? Aku tak nampak pun kau." Bebel Rafi. Sambil matanya melilau sekeliling.
"Kau boleh diam tak? Sebab tu dia tak muncul-muncul sebab dengar suara kau." Marah Ayu. Dari tadi dia mendengar suara Rafi yang tak berhenti bercakap.
Kelihatan Auni berlari ke arah mereka. Kali ini dia memang betul-betul Auni. Sempat pula dia balik ke rumah dan menukar pakaian yang selalu dipakainya.
"Amni dengan kau orang?" Soal Auni.
"Takde. Dia takde dengan kau ke?" Tanya Rafi.
"Takde. Puas dah aku panggil dia!" Jawab Auni. Haih.. Kemana pulaklah si Amni ni? Dia tu dahlah tak nampak, halimunan.. payahlah nak cari!
Rama-rama tu masih tidak jumpa, Amni pula tak tahu ke mana. Hari sudah pun beransur senja. Mereka pulang ke rumah sementara untuk bersiap semula ke sekolah pada pukul 8 malam nanti.
Ketika pertandingan sains itu berlangsung mereka di belakang sekolah. Pihak penganjur membatalkan penyertaan mereka kerana tidak memunculkan diri ketika pertandingan dimulakan.
Auni duduk bersendirian sementara Ayu dan Rafi berkeliaran berdekatan, mencari rama-rama ajaib itu. "Amni, aku nak minta maaf kalau selama ni aku layan kau macam sampah. Umm.. aku nak kau tahu yang aku sayang kau. Aku tak nak kehilangan kau. Andai kata perkara ni masih tak selesai, kau tetap kembar aku sampai bila-bila.."
Auni mengeluh. Cakap sorang-sorang! Dia menongkat dagu memandang ke tengah padang. Tiba-tiba terasa angin bertiup di telinganya beberapa kali. "Amni!" Dia memandang sekeliling.
Kemudian kedengaran geseran orang berjalan di atas rumput. "Amni! Kau nak pergi mana?" Tetapi tiada jawapan. "Berhenti, aku boleh nampak kau."
Amni yang berada tidak jauh dari situ berhenti. Dia menoleh memandang Auni yang sedang memandang ke arahnya. "Serius?"
Cahaya dari bulan terang yang menyuluh ke arahnya menampakkan samar-samar bentuk wajahnya. Kelihatan seperti habuk-habuk halus yang terapung di udara.
Auni mengangguk. Dia datang rapat ke arah kembarnya itu. "Aku maksudkannya." Dia menyentuh bahu Amni sambil tersenyum.
Amni hanya berdiam diri. Ayu dan Rafi yang berada berdekatan segera ke arah mereka. "Woo.." Rafi bersorak. Dia kagum melihat habuk-habuk halus yang samar-samar. "Lepak ah! Kau boleh join Avenger." Dia cuba menyentuh tetapi cepat-cepat Amni menampar tangannya.
"Aku rasa ada masa lagi untuk kita cari rama-rama tu." Amni berjalan meninggalkan mereka. Ketika dia berpaling, dia terlihat rama-rama yang di cari terbang tidak jauh dari situ. "Rama-rama tu!!" Lantas dia berlari mengejarnya.
Ayu, Rafi dan Auni saling berpandangan lantas mereka berlari mengikut jejak rama-rama itu. Rama-rama yang terbang itu melayang jauh keluar dari kawasan sekolah. Tanpa di duga rama-rama itu membawa mereka ke satu tempat. Kubur!!
"Kenapa kau orang berhenti?" Amni berteriak.
"Kubur wehh.. Takot ah!" Kata Rafi.
"Takot sangat! Kalau macam tu kau tunggu kat sini." Kata Ayu lalu dia masuk ke dalam kawasan perkuburan itu. Diikuti dengan Auni.
Rafi memandang sekeliling. "Ehh.. Tunggu, tunggu." Dia berlari mengikuti mereka berdua itu.
Amni mengejar rama-rama yang seekor itu. Tiba-tiba saja rama-rama tu hilang entah ke mana. "Tak! Janganlah hilang.." Rengek Amni.
Ayu menarik lengan Auni membawanya ke satu pokok yang besar. Daunnya merimbun segar. Kelihatan rama-rama berdebu emas itu berterbangan. Bukan seekor, tetapi berekor-ekor!!
"Wahh..." Mereka terpegun dengan pemandangan itu. Kelihatan seperti pokok itu sedang mengeluarkan cahaya sehingga terbias ke wajah.
Akhirnya rama-rama itu dapat juga di tangkap. Mereka membawa ke makmal sains untuk diberikan kepada Encik Hashim.
Kusyuk betul Encik Hashim melihat rama-rama di dalam balang kaca itu. Habuk halus yang diambil di atas sayap rama-rama itu dicampurkan di dalam air lalu dikacau sehingga sebati dan beberapa lagi campuran cecair yang tidak dapat dikenalpasti.
Hanya tinggal 5 minit sebelum jam menunjukkan jam 12 tengah malam. "Minum air ni." Kata Encik Hashim.
Amni mengambil cawan yang dihulurkan. Lalu dia meneguk sedikit air tersebut, namun tiada apa-apa perubahan kepada dirinya. Masa sudah semakin suntuk, hanya beberapa saat lagi dah nak masuk tengah malam.
Air di dalam cawan itu diteguk habis. "Macam mana? Aku dah berubah ke?"
"Kitorang still tak nampak kau." Kata Ayu.
Amni terus berlari keluar dari makmal sains tanpa memberitahu ke mana dia pergi. "Amni! Aduhh.." Kata Auni.
"Saya minta maaf. Rasanya cara tu tak berhasil." Kata Encik Hashim.
YOU ARE READING
Aku Halimunan [C]
FantasyHalimunan adalah sesuatu yang kita tak nampak,sesuatu yang tak dapat dilihat. Halimunan juga boleh jadi sesuatu yang wujud,tapi kita tak nampak walaupun ia berada di depan mata. Yep,like me!! Ikuti kisah Amni Farhana, pelajar introvert yang mungki...