Bab 5

213 5 4
                                    

AUNI masuk ke bilik Seni Visual. Dia ternampak Adam Yusuf duduk sendirian di meja lalu dia segera menuju ke sana.

Semasa dalam perjalanan, kakinya tersadung lalu terjatuh meniarap di atas lantai.

Seorang budak lelaki dengan rambut kerinting sengaja menyempat kakinya. Auni bangun dengan rasa marah. "Kau kenapa?"

"Wooo, lepak ah! Kau macam tak biasa pula. Memang selalu aku buat macam tu kan, tapi kali ni kau tak dapat elak." Kata lelaki itu sambil ketawa.

"Razak! Duduk." Kata Cikgu Zila. "Sila ke tempat kamu. Pertandingan akan bermula sekejap lagi."

Auni bangun lalu terus duduk semeja dengan Adam Yusuf. "Hai." Auni menegur lelaki itu sambil tersenyum mesra.

Adam Yusuf kelihatan agak pelik sebenarnya. Belum pernah perempuan itu menegurnya dahulu. Biasanya dia akan menundukkan kepala setiap kali berjumpa dengannya. "Hai." Balasnya.

"Mari mulakan!" Kata Auni teruja.

"Awak nampak exited. Tak macam sebelum ni." Kata Adam Yusuf.

"Umm.. Oh, iye ke?" Auni tersengih. Dia memandang ke arah lain. Kemudian dia memandang Adam Yusuf yang sedang kusyuk melakar corak di atas kain. "Menarik. Pandai awak buat."

Adam Yusuf menggeleng kepala. "Awak perli saya ke?"

"Ha?" Auni mengerut dahi. Aku puji dia kata aku perli? Apa ni..

"Ini idea awak. Awak yang buat corak ni, saya cuma pindahkannya kat atas kain ni." Kata Adam Yusuf.

"Oh." Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Auni. Dia tidak menyangka kembarnya itu pandai mereka corak batik.

Hemm.. Boleh tahan handsome juga si Adam ni. Lagi dekat lagi nampak handsome, haha! Patutlah Amni minat dekat dia. Auni tersenyum sendirian.

Mereka berdua kembali bisu. "Umm.. Memang kita macam ni ke?" Soal Auni tiba-tiba.

"Maksud awak?"

"Ya.. Dari tadi kita diam je. Tak berborak." Kata Auni.

Lagi bertambah curiga Adam Yusuf dengan Amni yang tiba-tiba berubah watak. "Selalunyalah. Tapi hari ni dia pelik sikit. Tiba-tiba ajak berborak."

"Saya harap kita banyak berborak. Saling mengenal..Umm.. Awak ada girlfriend?" Tiba-tiba. Dah apahal?

"Awak semakin pelik." Adam Yusuf gelak yang dibuat-buat. "Tak ada." Jawabnya.

****

Ayu dan Rafi berada di koridor sekolah. Tak lupa juga Amni yang halimunan.

Kelihatan Bob dan gengnya sedang berkeliaran mengawal kawasan. "Nak lalu, bagi aku duit." Dia menolak tubuh Rafi.

"Berapa kau nak?" Soal Rafi.

"Berapa kau ada?"

"Seribu. Tapi dalam bank, aku lupa password. Jadi duit seribu tu tak ada kat aku." Kata Rafi selamba.

"Main-main." Bob menyekak leher baju Rafi kemudian mengangkat lalu menolak Rafi jatuh ke lantai.

"Kau dah kenapa?" Teriak Ayu.

"Kau perempuan, kau diam!"

Amni hanya diam melihat kejadian itu. Kedengaran Rafi berteriak. "Amni, buatlah sesuatu!"

Amni panik. Dia mendekati geng Bob yang lain lalu menampar muka mereka.

Mereka terpinga-pinga. "Siapa tampar muka aku?" Bertanya sesama sendiri. Satu lagi muka ditampar.

Aku Halimunan [C]Where stories live. Discover now