Bab 9

167 7 7
                                    

AMNI berjalan sendirian menuju ke taman tasik. Kelihatan begitu ramai pengunjung sedang bergembira. Yang pastinya tak ada siapa yang menghiraukan kehadirannya di situ.

Tidak jauh dari situ, kelihatan Adam Yusuf sedang duduk bersendirian di bangku. Sekali-sekala dia melihat jam di tangan. Seperti sedang menunggu seseorang.

Iyalahh.. Dia mesti tengah tunggu aku! Amni menampar dahinya. Aduhh.. Macam mana ni? Takkan aku nak jumpa dia dalam keadaan aku yang macam ni? Amni mengintai di sebalik pokok berdekatan. Perlahan-lahan dia mendekati Adam Yusuf yang memang tak tahu akan kehadirannya.

Entah kenapa dia terasa nak terbersin sangat-sangat. Dia cuba menahannya. Huh! Nasib baik! Amni menghela nafas lega kerana dia tidak jadi bersin. "Hachooo!!" Terlepas jugak!!

Adam Yusuf mendengar bunyi bersin tersebut. Lalu dia memusingkan badannya.

Amni tersengih memandang Adam. Dia terasa seperti Adam memang betul-betul memandangnya. Iye dok? Alah dia bukan nampak pun. "Hai, Adam Yusuf." Katanya sambil melambaikan tangan dengan perlahan.

"Umm.. Saya nak beritahu yang saya memang sukakan awak sejak kita sama-sama dalam kelas seni. Sebab dekat situ je saya boleh tengok awak puas-puas. Saya tahu saya tak layak untuk orang hensem macam awak."

"Saya suka bila awak tiba-tiba senyum, kelakar. Maaflah sebab saya selalu perhatikan awak dari jauh. Saya ada perasan, masa tu kat kantin. Awak beli sandwich, tapi sandwich awak terjatuh sebab Razak.. Dia sengaja langgar awak sebenarnya. Lepas tu awak ingat tak ada orang tengok awak, awak ambil sandwich tu balik.. Dan makan macam biasa. Masa tu saya mula suka awak, sebab awak jenis tak kisah. Dan saya rasa awak juga tak kisah kalau saya suka awak… huh!"

"Apa-apa jelah. Awak bukan nampak pun saya."

Adam Yusuf berkerut dahi memandang Amni yang berdiri di hadapannya. Membebel seorang diri macam orang gila. "Wow! Awak sangat jujur."

Amni yang mendengar suara Adam, terus membulatkan mata. Dia cakap dengan aku ke? Amni memandang sekeliling, ternyata cuma ada dia sahaja di situ. Kemudian dia melihat kedua belah tangannya, kemudian dia memandang dirinya pula.

Oh my God! Dia melihat baju flanel petak-petak yang dia pakai semalam juga selipar lembut angry bird di kakinya. Rambutnya yang kusut masai tidak bersikat. Dia mula perasan yang orang di sekeliling memandangnya. Sebenarnya dia tak kisah pun dengan penampilan tu tapi iyalah, kita hidup dalam bermasyarakat. Paham-paham jelah apa orang akan kata.

"Umm.." Terpinga-pinga dia memandang Adam yang memandangnya. "Hai...uhhh." Dia rasa sangat berdebar. Rasa nak pitam, jadi dia cepat-cepat ingin beredar.

Adam keliru dengan kelakuan Amni itu. "Kejap! Awak nak pergi mana? Awak janji nak jumpa kat sini."

Amni berhenti. "Ya, maafkan saya. Saya tak patut ada kat sini." Dia berasa malu sebenarnya. Malu dengan dirinya, malu dengan kata-kata jujurnya tadi. "Dan saya tak patut cakap macam tu. Sangat memalukan." Dia menundukkan kepala menyorokkan wajahnya yang sudah setebal tembok besar China.

"Taklah. Awak berani, saya kagum dengan awak. Adam tersenyum. Senyuman yang mencairkan. "Bukan semua orang boleh luahkan perasaan macam tu termasuk saya."

Adam dan Amni duduk di kerusi. "Awak tahu tak, saya perhatikan awak juga sebenarnya. Saya nak kenal awak, sebab awak nampak bersahaja. Tapi, mereka kata saya tak sesuai dengan awak.. awak tak layak. Jadi, saya biarkan perasaan saya tergantung. Kadang-kadang, bila fikirkan balik.. perasaan tu kita yang rasa bukan orang lain." Adam tersenyum. "Little bit awkward but.. saya suka awak jugak sebenarnya."

Amni turut tersenyum. Oh my God! Adam suka aku jugak!! Mimpi indah aku malam ni.. Oh, wait! Aku tak berkhayalkan?

Kemudian kelihatan beberapa pelajar kelasnya sedang berlari keriangan. Kelihatan Razak sedang berlari ke arahnya, entah macam mana kakinya tersadung lalu terjatuh. Bekas air yang dibawanya tercampak ke muka Amni lalu airnya menyimbah keluar.

"Tak guna kau Razak." Amni memandang serius ke arah Razak yang sedang ketawa.

Ayu, Rafi dan Auni yang mengejar Razak berhenti melihat kejadian itu. Kebetulan mereka bertemu dengan Razak. Razak kata dia ternampak Amni pakai baju tidur kat tasik. Itu yang mereka tergesa-gesa mengekori Razak.

"Amni?" Auni mendekati kembarnya. "Memang kaulah!" Dengan teruja dia memeluk tubuh Amni. "Kau dah kembali ke keadaan asal!"

Ayu dan Rafi turut teruja. Berlainan pula dengan Adam dan Razak yang tidak pasti apa yang dibincangkan mereka. "Pertemuan semula adik-beradik." Kata Rafi.

Ayu dan Auni masih berpeluk dengan Amni ibarat setahun tidak berjumpa. "Kejap." Amni meleraikan pelukannya. Dia menonyoh hidungnya yang terasa gatal. Berkerut-kerut wajahnya menahan dari terbersin.

"Hanchhooo!!" Terlepas juga akhirnya. Huh, lega!!

"Makkk!!! Hanntuuu!" Teriak Razak lalu berlari seperti lipas kudung tak cukup tanah.

Adam pula mengeras seperti batu memandangnya. Jangan kata kena heart attack sudahlah! "Kenapa?" Amni bersuara. Dia turut memandang Ayu, Rafi dan Auni yang membulat mata memandangnya.

"Kau dah jadi halimanan balik." Kata Ayu.

Amni terkejut. Kedua belah tangan sudah kembali tidak kelihatan. Dia memandang Adam yang masih dalam keadaan terkejut.

"Aaa..aa..awak.." Tergagap dia bersuara. Tidak percaya dengan apa yang dilihat. Hanya baju tidur yang bergerak-gerak.

Amni mendekati Adam lalu meletakkan tangan dibahu. "Awak boleh terima kalau saya macam ni?"

Adam takut-takut. Dia tidak dapat mengawal perasaannya, lalu berlari sambil menjerit ketakutan.

"ADAMMMM!!!" Teriak Amni sambil mengejar lelaki idamannya itu. "JANGAN PERGI!! AWAK AKAN TERBIASA NANTII!!"

-TAMAT-

Aku Halimunan [C]Where stories live. Discover now