"SAYA ada sertai projek sains, projek seni dan pasukan bola sepak perempuan." Jawab Amni. "Oh, satu lagi. Saya tercalon untuk ketua kelab.."
Pada masa itu, Auni Suhada masuk ke rumah sambil berteriak, "Mak!! Saya dapat sertai pasukan bola jaring dan ketua pasukan sorak!" Katanya. "Dan saya dapat markah terbaik untuk ujian sains dan ERT."
Kelab kaunseling dan motivasi diri, sambung Amni di dalam hati lalu ke dapur setelah melihat ibunya begitu teruja tentang kembarnya dari dia.
"Ingat mak dan ayah tak ada sampai hari Khamis. Jadi jangan huru-harakan rumah ni." Kata ibunya kepada Auni. "Eh, mana Amni?"
"I'm here!" Teriak Amni dalam hati jelah. Padahal dia ada je dekat situ. Lalu Amni terus memunculkan dirinya. "Ya."
"Lepas parti hari jadi tu, sila kemas balik seperti sediakala. Okey?" Kata ibu. "Selamat Hari Jadi." Lalu dia mencium kembar berdua itu.
Kini rumah sudah pun dipenuhi dengan pelajar-pelajar dari SMKSH untuk sambutan hari jadi Auni.. Dan juga aku sebenarnya. Tapi mungkin mereka tak sedar dengan semua itu.
Walaupun aku berada di tengah keramaian, aku rasa sunyi. Jadi, aku naik ke bilik dan teruskan dengan study.
Sedang mereka berseronok, pintu rumah diketuk berulang kali. Segera Auni membuka pintu itu. Kelihatan Ayu dan Rafi berdiri di luar dengan beberapa buah buku.
"Aku rasa mereka tersalah rumah." Kata Tania yang tiba-tiba lalu di situ dan segera beredar.
"Kita orang kawan Amni." Kata Ayu.
"Oh, um.." Auni mengerut dahi cuba mengingat kawan Amni yang mana satu. Tak pernah pulak nampak mereka berdua ni..
Dia melihat Auni yang serupa Wonder Women. "Ayu." Kata Ayu seteleh melihat Auni seperti sedang bergelut untuk mengingat sesuatu.
"Oh, ya." Auni mengangguk. Walaupun dia tak ingat pun sebenarnya. "Dan awak?"
"Skandar Alexender Amin Casper Keynes." Jawab Rafi dengan senyuman sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Saja nak kelentong nama, kalau beri nama betul pun dia bukannya ingat!
Panjangnya nama dia. Tapi tak kena langsung dengan apa yang dilihat. "Bin?"
Mata Rafi membulat. Alamak bin apa ek? "Benzooloo." Hentam sajalah labuu.. asal ada bunyi sudah.
"Oh.. Masuklah!" Pelawa Auni sambil tersenyum.
Ayu dan Rafi melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Memang sangat meriah dengan makanan dan juga kostum yang mereka pakai. Mungkin hari jadi itu bertemakan adiwira popular.
Gabungan adiwira dari DC Comics dan Marvel Studios dan lain-lain superhero dapat dilihat. Dah macam majlis kesatuan adiwira sedunia dah gayanya..
Ayu dan Rafi terus saja menaiki tangga menuju ke bilik Amni. Banyak juga mata-mata yang memandang mereka tetapi tidak dihiraukan.
Pintu bilik diketuk. Lalu Amni membuka pintu tersebut. "Selamat hari jadi!" Serentak Ayu dan Rafi di luar bilik.
"You must be Susan Storm, right?" Kata Rafi sambil membetulkan kaca matanya. Itu merupakan sindiran sebenarnya. Dia melihat Amni yang berbaju flanel bercorak petak-petak.
"What ever." Jawab Amni lalu kembali ke meja. "So, kau orang ada jumpa tak apa-apa haiwan pelik untuk projek sains tu?"
Mereka menggeleng. "Amni, aku rasa kita patut stop dulu study. Hari ni kan birthday kau. Kau patut enjoy dengan parti ni." Kata Ayu.
"Ya. Susan Storm pun pandai berparti." Rafi tersengih.
"Aku rasa macam sia-sia. Bukannya dia orang nampak pun aku kat situ. Aku nak sambung study."
Beberapa minit kemudian, kedengaran muzik di ruang tamu semakin rancak. Ayu dan Rafi membaca buku sambil menutup telinga dengan tapak tangan. "Macam mana kau boleh tahan dengan bunyi bising ni?" Kata Rafi.
Bunyi sorakan serta muzik yang kuat membuat kepala jadi serabut. Lantas Amni menutup buku lalu keluar dari bilik itu. "Kau nak pergi mana?" Kedengaran suara Ayu. Tetapi tidak diendahkannya.
Amni terus melangkah turun ke ruang tamu.
"Itu dia kembar saya! Bersorak untuk dia!" Teriak Auni setelah melihat Amni yang berdiri di muka ruang tamu itu.
Kedengaran sorakan bergema di dalam telinganya. Sorakan itu membuatkan dia terasa seperti seorang yang terkenal. Macam artis bertemu dengan peminat..
Well, bukan selalu kan dapat sorakan yang macam tu. Jadi aku rasa macam confident nak join parti tu. Niatnya nak keluar dari rumah tu dan lepak dekat luar dibatalkan.
"Mari sini! Semua orang nak dengar ucapan dari birthday girl kita hari ni." Kata Auni.
Amni pun pergilah ke arah mereka. Ketika itu Ayu dan Rafi sudah pun berada di situ.
Amni memandang mereka semua yang berada di sekelilingnya. Semua orang sedang melihatnya, tunggu ucapan darinya. "Umm.."
Belum sempat pun Amni bersuara, mereka sudah kembali kecoh dengan sorakan dan muzik yang kuat. Terasa dipermainkan.. tak guna betul!
Mereka kembali dengan rutin tadi tanpa menghiraukan aku yang terkulat-kulat dekat situ. Sadis sungguh hidup ini.. Lalu aku pun melangkah kaki ke pintu utama.
"Amni!" Teriak Auni. Tapi dia tak hiraukan panggilan kembarnya itu.
Aku keluar dan duduk di bawah pokok di halaman rumah. Sedang duduk-duduk tu, aku terlihat seekor rama-rama yang sangat cantik. Ya, cantik sangat-sangat! Korang takkan percaya, sebab korang tak pernah nampak pun rama-rama yang cantik macam tu.
Amni cuba menangkap rama-rama itu, tapi rama-rama itu terbang semakin jauh. Dia terus mengejarnya sehingga ke simpang jalan tanpa dia sedari.
Disebabkan terlalu asyik dengan kecantikan rama-rama tersebut Amni tidak menyangka yang dia sudahpun jauh dari rumah.
Rama-rama itu masih terlihat di penglihatannya, dengan perlahan dia cuba untuk menangkap rama-rama yang berada di sebalik batang pokok.
Cahaya yang terpantul dari rama-rama itu sangat cantik. Aku dapat menyentuh sayap rama-rama yang berdebu itu. Seperti emas! Ya, korang masih tak percaya sebab korang tak pernah nampak pun rama-rama yang bercahaya macam tu..
Kemudian rama-rama itu terbang di udara. Amni mendongak untuk melihat rama-rama itu terbang. Tiba-tiba rama-rama tu hilang! Sekelip mata saja.
Ehh.. Mana dia dah pergi? Takkan hilang macam tu je? Ini tak boleh jadi... Dia tercari-cari ke mana rama-rama itu menghilang. Tapi tak jumpa! Pelik bin ajaib..
Dari kejauhan kelihatan Ayu dan Rafi berlari menuju ke arahnya. "Aku ingatkan kau dah betul-betul halimunan tadi." Kata Rafi.
"Kau buat apa kat sini?" Soal Ayu pula.
"Aku kejar rama-rama. Cantik sangat rama-rama tu! Kalau dapat untuk projek sains tu kita mungkin boleh menang." Kata Amni bersungguh-sungguh.
"Maksud kau rama-rama tu ke?" Rafi menunjukkan seekor rama-rama berdekatan dengan pokok bunga di tepi laluan pejalan kaki itu.
Lantas dia menoleh. "Bukan! Rama-rama tu cantik sangat! Dia bercahaya, lepas tu ada macam sprinkle dust kat sayap dia."
"Rama-rama yang macam dalam cerita fairytale tu ke?" Soal Ayu.
"Ya, lebih kurang la."
"Aku rasa kau ni tengah berkhayal. Mana ada rama-rama yang macam kau cakap tu. Merepek ah!" Kata Rafi pula tidak percaya. "Tulahh.. Banyak sangat tengok Disney."
"Betul! Aku tak tipu. Aku dapat sentuh dia dengan jari aku ni." Sambil dia menunjukkan jari yang menyentuh sayap rama-rama tersebut. "Lepas tu dia tiba-tiba hilang!"
Tapi mereka masih tidak percaya. "Nanti balik, jangan lupa makan ubat."
"Aku tak gilalah!" Amni mengejar Rafi yang berlari jauh ke hadapan.
Harap-haraplah rama-rama tu muncul lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Aku Halimunan [C]
FantasiaHalimunan adalah sesuatu yang kita tak nampak,sesuatu yang tak dapat dilihat. Halimunan juga boleh jadi sesuatu yang wujud,tapi kita tak nampak walaupun ia berada di depan mata. Yep,like me!! Ikuti kisah Amni Farhana, pelajar introvert yang mungki...