Firasy Adrian menitiskan air mata jantannya . Dia merenung bayi digendongannya dengan bibir yang tersenyum bahagia .
Hana Farella binti Firasy Adrian .
Bentuk kening , mata , hidung mengikutnya . Manakala mulutnya mengikut mamanya .
"Anak papa , besar nanti jadi macam mama ye", bisiknya pada telinga kecil anaknya . Dia mencium pipi halus anaknya . Tersenyum kecil bayi itu .
Selepas itu , dia meletakkan anaknya di sebelah Haura Syazwina . Dia merenung kedua - dua insan yang amat dia sayangi . Lantas dia mengucup dahi isterinya yang sedang nyenyak tidur selepas memerah tenaga untuk melahirkan insan kecil itu ke dunia .
"Abang?", Firasy Adrian tersenyum melihat isterinya yang sedang memandangnya . Dia membantu isterinya duduk.
"Nak air tak ?", soal Firasy Adrian. Haura Syazwina mengangguk lemah. Masih letih. Dia menyambut huluran cawan itu lalu meneguk laju air suam itu. Dia menghulur semula cawan itu selepas air suam sudah dihabiskan.
Haura Syazwina mengambil anaknya dan didukung . Tersenyum kecil melihat wajah anaknya yang mengikut suaminya . Mana aci macam ni ! Dia mencium pipi halus anaknya. Wangi ! Kata orang, bau anak yang baru lahir adalah bau syurga.
"Thank you sayang , bersusah payah mengendong anak kita selama 9 bulan. Insaf terus abang tengok sayang dalam labour room tadi , terus tak jadi nak tengok perempuan lain", Firasy Adrian tersengih. Haura Syazwina menjegilkan mata . Amboi !
"Amboi , ada niat eh ?", dia mencubit peha suaminya. Perlahan je. Sayang kut!
"Abang gurau je sayang , abang sayang sayang sangat - sangat . Tak terlintas langsung untuk abang menduakan sayang. Let a lot of women come , i just saw you because you are the angel of my dunia akhirat. You and Hana , i love both of you. So much !", Haura Syazwina sudah menitiskan air mata selepas mendengar ayat - ayat manis tahap potong kaki dari suaminya .
Firasy Adrian mengelap pipi isterinya yang basah dengan air mata .
"Abang....", Haura Syazwina mencebik - cebik bibir.
"Ye sayang ?"
"Nak peluk", Haura Syazwina mengembungkan pipinya .
"Alololo , meh sini meh", Firasy Adrian memeluk isteri dan anaknya. Mereka berdua tersenyum bahagia. Hana Farella juga tersenyum seakan - akan mengerti .
Ehem !
Tersentak pasangan itu apabila mendengar deheman di muka pintu. Terjegul wajah mama dan ibu mereka. Mereka berdua tersengih - sengih melihat kemesraan anak dan menantu mereka . Firasy Adrian segera mampir ke arah mereka dan menyalami tangan ibu dan mak mentuanya .
"Mama ! Ibu !", Haura Syazwina menjerit teruja . Dia mendepakan tangan seperti mahu memeluk .
"Ya Allah comelnya cucu aku", Pn.Surya menerpa ke arah Hana Farella yang berada digendongan Haura Syazwina .
Haura Syazwina ternganga. Cucu je ? Habistu anak dia ni ? Haura Syazwina mencebik . Firasy Adrian sudah tergelak kecil melihat cebikan di wajah isterinya .
Firasy Adrian bergerak menuju ke arah ibunya . Mahu memberi ruang kepada si isteri untuk bermanja dengan mamanya .
"Ibu sihat?", Firasy Adrian duduk di sebelah ibunya . Pn.Sofea tersenyum melihat anaknya yang nampak bahagia. Syukur alhamdulillah .
"Sihat alhamdulillah, macam ni jela ibu, kamu tu, sihat ke tak ? Awak tu ketua keluarga, sekarang ni dah kena tanggung dua orang", Firasy Adrian tersengih menampakkan lesung pipitnya. Mula dah nak bebel !
"Ye bu , Adrian tahu", terangguk - angguk seperti burung belatuk apabila mendengar bebelan ibunya .
"Jaga isteri dan anak kamu elok - elok, jangan sakiti dia. Perempuan dalam pantang ni emotional sikit", nasihat Pn.Sofea tersemat kemas di dalam ingatan Firasy Adrian.
"Baik bu , dah jom pergi dekat diorang", Firasy Adrian menarik tangan ibunya untuk bergerak ke arah mereka.
Firasy Adrian memberi kerusi untuk ibu dan mak mentuanya duduk.
"Eh takpelah , kami sekejap je ni", tolak Pn.Surya sambil tersenyum ke arah menantunya. Pn.Sofea mengangguk kepalanya tanda setuju .
"Ni nak tanya , Haura berpantang dekat mana ? Rumah mama atau ibu?", soal Pn.Sofea .
"Gilir - gilir boleh ?", Haura Syazwina sudah tersengih . Nak juga merasa ibu mentua menjaganya .
Mereka berdua mengangguk serentak.
"Baiklah , kalau macam tu , mama dengan ibu kamu balik dulu", Pn.Surya meminta diri .
"Alah sekejapnya", Haura Syazwina sudah mencebik . Baru nak manja - manja dengan mama.
"Eh mengada pula budak ni. Nanti kamu berpantang , jumpa juga dengan mama dengan ibu", omel Pn.Surya . Pn.Sofea sudah tersenyum melihat wajah cemberut menantunya.
"Yelah - yelah, nak salam", Haura Syazwina menghulur tangan untuk menyalam.Selesai mereka bersalaman, mereka bergerak ke arah Hana Farella. Mereka mengucup pipi Hana Farella secara bergilir - gilir .
"Tembamnya pipi anak kamu ni Haura, ikut kamulah ni, asyik malas je nak bersenam", Haura Syazwina sudah mencebik untuk kesekian kalinya. Mama ni memang suka perli ke macam mana ? Firasy Adrian sudah gelak besar mendengar perlian mamanya.
Pn.Sofea yang sedang mendukung Hana Farella juga tergelak kecil. Pipi cucunya dicium berkali - kali. Comelnya lahai. Perlahan - lahan dia meletakkan cucunya ke dalam troli(?).
"Okaylah , ibu balik dulu ye", Pn.Sofea mencium dahi menantunya. Dia sudah menganggap Haura Syazwina seperti anaknya sendiri.
"Cium Haura je ? Adrian tak nak cium? Tak nak kawanlah macam ni", soal Firasy Adrian dengan nada berjauh hati. Pn.Sofea membulat mata melihat anaknya yang mengada mengalahkan kanak - kanak tadika . Bergema gelak tawa mereka melihat wajah cemberut Firasy Adrian.
"Dah - dah , kami gerak dulu", pinta Pn.Surya . Firasy Adrian menghantar mereka hingga ke lif . Selepas itu , dia bergerak semula ke bilik isterinya .
"Aik ? Tidur dah ? Cepatnya", gumamnya sewaktu mendengar dengkuran halus. Dikucup bibir isterinya. Menyalurkan rasa kasih sayang kepada isterinya biarpun isterinya sedang tidur.
Firasy Adrian bergerak ke arah sofa dan membaringkan diri . Mahu melelapkan mata. Dia mengambil cuti selama sebulan untuk menjaga isterinya berpantang. Dia hanya membuat kerja di rumah sahaja.
Dia mengerling sekilas ke arah isterinya. Terbit senyuman bahagia. Dia melelapkan mata dan tak lama, terus terbuai ke alam mimpi.
Selamat malam , cinta .
*****
Don't forget to vote and comment ❤
YOU ARE READING
Mr. Hati Beku [C]
Romance[ #1 in Hati Beku - 2019 ] [ #5 in Remaja - 2019 ] [ #1 in Remaja - 2019 ] [ #37 in Random - 2019 ] [ #32 in Random - 2020 ] [ #41 in Romance - 2021 ] Firasy Adrian , muka kacukan Melayu-Belanda . Semestinya menjadi kegilaan ramai . Iris matanya yan...