Bab 2

11.4K 554 4
                                    

"Isk isk", kedengaran seorang budak lelaki dalam lingkungan 9 tahun menangis tersedu-sedu di rumah .

"Adrian kenapa ni?", tanya ibu Adrian, Pn.Sofea .

"Sy-syazw-win d-dah p-pindah", jawab Adrian gagap-gagap kerana menahan air mata .

"Sabar sayang , dia pindah ke Terengganu mama dia cakap", ujar Pn.Sofea sambil mengusap lembut rambut anaknya .

"Terengganu? Kat mana tu mama ? Jauh tak ?", tanya Adrian sambil mengelap air matanya .

"Jauh sayang , kat pantai timur sana , besar nanti dia pindah KL semula", kata Pn.Sofea .

"Yeker ibu ?", tanya Adrian untuk kepastian . Matanya bersinar-sinar .

"Iye sayang, tak lama pun Syazwin pergi", Pn.Sofea tersenyum melihat telatah anak teruna seorangnya itu . Suami sudah meninggal ketika Adrian baru berumur 6 tahun . Dan Adrian adalah satu-satunya harta peninggalan dia dan suaminya .

Adrian sudah membayangkan wajah Syazwina apabila sudah remaja . Mesti cute macam dia sekarang !

"Adrian , bangun sayang , mari solat subuh sama-sama", Adrian yang sedang mimpi itu terjaga akibat usapan ibu di kepalanya .

Kenapa dia sering mimpikan Syazwina ? Aku rindu dia .

"Ibu", panggil Adrian .

"Ye sayang?", tanya Pn.Sofea .

"Bila Syazwina nak pindah KL?", tanya Adrian sambil mata memandang ke arah ibunya .

Ibunya nampak terkejut .

"Dia dah pindah KL lama dah", ujar ibu membuatkan Adrian terbungkam.

"D-dia sekolah mana?", tanyaku lagi .

"Satu sekolah dengan kamu", jawab Pn.Sofea pelik . Terbeliak mata Adrian dengan kenyataan itu .

"Kamu takde jumpa dia ke?", tanya Pn.Sofea sambil menatap wajah anak terunanya .

"Takde pula", balas Adrian sambil menunduk ke bawah .

'Kenapa kau tak munculkan diri?', gumam Adrian dalam hati .

"Eh dah-dah , mari solat Subuh . Karang terlepas tak ke naya", omel Pn.Sofea sambil menarik tangan Adrian untuk berdiri .

Memandangkan hari ini hari cuti , nak ajak ibu berjalanlah dekat Mall . Kesian ibu asyik terperap dekat rumah .
                                _____

"Ibu , jom gi jalan-jalan", ajak Adrian sambil membuat muka sedih .

"Iyelah , ibu nak bersiap ni . Kamu ni dah solat Zohor belum?", tanya ibu .

Adrian mengangguk . Ibu pantas memijak anak tangga .

"Yeay , dah lama tak berjalan dengan ibu memandangkan aku sibuk dengan peperiksaan", omel Adrian seorang diri .

                               ______

Adrian dan Pn.Sofea memasuki pintu automatik itu .

"Okay , ibu nak makan apa?", tanya Adrian sambil memandang wajah ibunya .

"Errrm..Ibu nak makan aiskrim lah"

"Okay, jom", Adrian menarik tangan ibunya ke arah kedai Baskin Robbin.

"Nah", Adrian menyerahkan aiskrim strawberry kepada ibunya . Tau sangat favourite ibu ni .

"Thank you sayang", ucap ibu sambil mengusap pipi Adrian .

Adrian memimpin tangan ibunya untuk duduk di sebuah bangku kosong .

Orang yang memandang hanya tersenyum melihat mereka berdua .

Apa ingat pasangan kekasih je boleh sweet-sweet ? Ibu dan anak pun bolehlah !

"Jap ma , Adrian nak pergi toilet", ujar Adrian kepada ibunya . Pn.Sofea hanya menggangguk .

Selesai mencuci tangan , Adrian melangkah keluar dari tandas .

Sedang dia leka berjalan , dia terdengar seorang perempuan menjerit ,

"Tolong ! Tolong saya ! Beg saya kena ragut", jerit perempuan itu . Perempuan itu membelakangi Adrian jadi Adrian tidak dapat mengecam wajah perempuan itu .

Adrian yang berdekatan dengan perempuan itu , pantas mencari peragut itu .

Ternampak seorang lelaki yang memakai serba hitam sedang berlari dan membawa seutas beg .

Adrian segera berlari mengejar lelaki itu . Semakin hampir...

Buk !

Lelaki itu terjatuh akibat tersandung kaki Adrian .

Adrian mengambil beg tersebut dan menyerahkan lelaki tersebut kepada Security Guard yang sedang menuju ke arah mereka . Security Guard mengucapkan terima kasih dan Adrian membalas .

Beg di tangan Adrian lihat . Beg berjenama Gucci itu ditatap . Patutlah beg kaya . Siapa je taknak curi .

Adrian segera mencari kelibat perempuan itu . Mana dia eh ? Dia pakai baju apa tadi ? Ha yes , dia pakai baju blouse putih dengan tudung bawal warna pink .

Cari punya cari , tak jumpa .

Pasrah jelah . Beg ni bagi jelah dekat information counter .

Adrian menuju ke arah ibunya . Aih , sorry ibu lambat .

Ternampak ibunya dengan seorang perempuan . Pakaian dia sama dengan perempuan yang kena ragut tadi . Takkanlah tu dia ? Apa dia buat dengan ibu ?

Adrian segera mendekati ibunya .

"Ibu!", panggil Adrian .

Serentak kedua-dua perempuan itu menoleh . Terbuntang mata Adrian .

"Haura?!"

"Adrian ?!"

Pn.Sofea hanya tersenyum melihat mereka berdua . Ada rahsia yang dia sorok .

"Err..ni beg kau", ujar Adrian . Lantas beg itu dihulurkan .

"T-terima kasih", ucap Haura . Air matanya menitis .

"Saya ingatkan saya takkan dapat balik beg ni", sambung Haura . Dia mengelap air matanya .

'Malu betul menangis depan lelaki . Dahlah depan crush , dalam beg ni banyak kenangan aku dengan dia' , omel Haura dalam hati .

"A-awak ada buka beg saya?", tanya Haura perlahan . Takut mungkin Adrian ternampak barang privasinya.

Tengok muka Haura yang takut-takut itu , Adrian terasa seperti mahu mengusik .

"Ada", balas Adrian selamba .

Berubah air muka Haura . Mukanya kelihatan seperti gelisah . Ibunya juga seperti Haura .

Eh kenapa ni ?

"B-betul k-ke?", tanya Haura untuk kepastian . Asal dia takut sangat ni ?

"Takdelah , aku gurau je", balas Adrian . Ni buat aku curious ni .

"Ada apa dalam beg kau sampai kau takut sangat?", tanya Adrian .

"Takde apalah", jawab Haura . Mukanya sudah lega .

Ibunya pula asyik tersenyum . Ah sudah . Takkan kena sampuk pula ?

Aku kena siasat ni . Ceh selongkar beg perempuan . Tak tahu malu betul kau ni Adrian .

                              ______

Apakah rahsia yang Pn.Sofea sorokkan ? Ha , wait for the next chapter !

Jangan lupa ;

Vote and Comment ❤






Mr. Hati Beku [C]Where stories live. Discover now