Bab 25

6.6K 310 8
                                    

Jeritan Ammar Firdaus bergema satu bilik ini. Haura Syazwina terkejut melihat tapak tangan Ammar yang berlubang. Darah membuak - buak keluar.

"Siapa tembak tangan aku! Arghh sakittt !", Ammar Firdaus kelihatan berkerut - kerut menahan sakit. Anak - anak buahnya terpinga - pinga mencari gerangan yang menembak tuan mereka.

Prang !

Terdengar bunyi seperti kaca pecah di luar bilik. Kesemua anak buahnya keluar untuk melihat. Apa jadah semua keluar sekali ? Bengap.

Bang ! Bang ! Bang !

Bergema bunyi tembakan di luar sana. Haura Syazwina mendapatkan anaknya. Anaknya sungguh kuat ! Tidak menangis walaupun setitik.

"Hana okay?", soal Haura Syazwina sambil membelek bibir anaknya yang pecah akibat ditampar oleh lelaki dayus tadi.

"Mama jangan risau, Hana okay. Hana kan kuat...", celoteh Hana Farella. Dia mengusap - usap pipi Haura Syazwina.

Segera Haura Syazwina memeluk badan kecil anaknya. Biarpun masih kecil, peristiwa ini pasti akan menjadikannya sedikit trauma.

Terasa seperti badan Haura Syazwina dipeluk dari belakang dengan sepasang tangan kekar. Haura Syazwina segera menyiku kepala orang yang berada di bahunya. Dia takut jika itu Ammar Firdaus.

"Ouch!", lelaki itu berdesis. Haura Syazwina segera berpaling menghadap lelaki itu. Jantungnya bagai berhenti mengepam. Seluruh anggota badannya menjadi kaku.

"Papa ?", panggil Hana Farella. Dia cam muka ini kerana sering lihat di frame gambar di rumah.

"Hana !", lelaki itu segera memeluk badan kecil Hana Farella. Hana Farella kelihatan teresak - esak. Ini baru kali pertama dia melihat ayahnya. Ayahnya sungguh kacak !

"Papa, Hana rindu Papa", Hana Farella mencium bertalu - talu pipi Firasy Adrian.

"Papa rindu Hana juga. Mama juga", Firasy Adrian membalas ciuman anaknya. Pipi anaknya dicium lama.

Firasy Adrian memandang ke arah isterinya yang kaku melihatnya.

"Sayang?", panggil Firasy Adrian. Dia datang hampiri isterinya. Dia tahu isterinya pasti marah akan kehilangannya selama ini. Tapi dia ada sebab.

"Ab..abang?", tangan Haura Syazwina menggeletar mahu memegang pipi suaminya. Dia-..Dia tak mimpi kan?

"Ye sayang"

Segera Haura Syazwina memeluk tubuh tegap suaminya yang amat dia rindui. Dia menangis semahu - mahunya di dada suaminya.

"Awww so sweet both of you", Hana Farella datang memeluk kedua ibu bapanya. Firasy Adrian mendukung anaknya dan meletakkan di atas bahu.

"Papa !", jerit Hana Farella apabila dia ternampak figura lelaki yang sedang mengacu pistol pada kepala Firasy Adrian. Mereka segera berpaling apabila terdengar jeritan anaknya.

"Aku takkan biarkan korang bahagia! Kalau aku tak dapat kau , takde siapa yang boleh dapat kau juga!", seperti orang psiko Ammar Firdaus menjerit. Picu hampir ditekan.

Bang !

Terkulai tubuh Ammar Firdaus apabila ditembak tepat di bahagian jantung.

"Goodjob Hakim", ucap Firasy Adrian. Jari ibunya diangkat.

"Well", Hakim menayangkan muka riak. Ceh.

"Dah, kau settlekan semua ni", arah Firasy Adrian kepada Hakim. Hakim menganggukkan kepala.

"Jom balik", Firasy Adrian memimpin tangan Haura Syazwina. Hana Farella masih berada di bahunya.

"Abang, balik ni abang explain semua. Jangan tinggalkan satu pun", Haura Syazwina mengembungkan pipinya.

Mr. Hati Beku [C]Where stories live. Discover now