Tiga tahun kemudian,
Bang ! bang ! bang !
Tepat pelurunya menembusi patung itu. Haura Syazwina tersenyum sinis apabila tembakannya tepat.
Pak ! Pak ! Pak !
Bunyi tepukan bergema di dalam bilik latihan itu. Haura Syazwina menoleh dan terlihat anak gadisnya yang sedang bersorak. Terlukis segaris senyuman melihat anaknya yang sebiji mengikut wajah suaminya. Mati senyumannya apabila teringat akan suaminya yang sudah 3 tahun hilang.
Flashback
Telefon berdering nyaring. Haura Syazwina yang baru selesai menunaikan solat isyak segera mengangkat apabila tertera nama Pn.Sofea di skrin telefon.
"Assa-",terpotong kata - katanya.
"Adrian hilang!",
Terlepas telefon dari pegangannya. Kakinya terasa lembik. Tak cukup lagi dengan dugaan suaminya koma ditambah pula dengan suaminya diculik. Ya Allah , beratnya dugaanmu.
"Ma!", sergah Hana Farella. Terbang segala memori pahit itu. Tiada khabar berita tentang suaminya dan polis sudah tutup kes tentang ini.
"Mama fikir apa tu ? Kenapa mama menangis ? Rindu papa ye?", celoteh anak gadisnya yang baru berumur 3 tahun tapi sudah fasih bercakap. Haura Syazwina mengelap air matanya sambil tersenyum.
"Takdelah, mata mama masuk habuk tadi"
"Ni Hana dah habis berlatih ke?", soal Haura Syazwina bagi menutup rasa sedih yang datang bertandang. Rambut perang anaknya diusap. Makin kuat rindunya terhadap suaminya.
"Dah mama, Uncle Joe kata Hana dah mahir berlawan", teruja Hana Farella memberitahu. Tersenyum Haura Syazwina melihat anaknya. Dia terpaksa mengajar anaknya untuk mempertahankan diri kerana dia seorang tidak mampu untuk menjaga keselamatan anaknya. Apatah lagi dia perempuan. Jikalau anaknya mahir mempertahankan diri, kurang sedikit risiko itu. Anaknya dilatih oleh Johan, anak buah Firasy Adrian.
Hana Farella tersengih menampakkan gigi kecilnya.
"Mama, jom pergi rumah auntie Airis dengan Uncle Hakim. Nak tengok Iman", ajak Hana Farella sambil mengerdip - ngerdipkan matanya.
Tergelak Haura Syazwina melihat wajah comel anaknya.
"Okay. Jom kita pergi sekarang", dia juga rindu akan bayi kecil itu. Cahaya mata kepada sahabatnya.
Haura Syazwina memanggil salah seorang anak buah Firasy Adrian yang bernama Aqil. Aqil jugalah yang melatih dirinya selama ini.
"Aqil, akak dah habis berlatih harini. akak juga dah mahir berlawan, menembak, memanah, menggunakan senjata apa semua. Akak takkan datang berlatih dah tapi kalau akak rasa mahu berlatih , akak akan inform kamu ye", cukuplah 3 tahun ini dia berlatih. Anaknya juga sudah mahir berlawan. Dia tidak mahu anaknya belajar menggunakan senjata api. Belum cukup umur lagi.
"Terima kasih ye ajar akak selama ni"
"Baik Kak , kalau tiada apa - apa lagi, saya minta diri dulu ye", Haura Syazwina mengangguk. Tangan Hana Farella dicapai dengan berlalu. Kunci kereta Audi R4 di ambil.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Hati Beku [C]
Romance[ #1 in Hati Beku - 2019 ] [ #5 in Remaja - 2019 ] [ #1 in Remaja - 2019 ] [ #37 in Random - 2019 ] [ #32 in Random - 2020 ] [ #41 in Romance - 2021 ] Firasy Adrian , muka kacukan Melayu-Belanda . Semestinya menjadi kegilaan ramai . Iris matanya yan...