Bab 9

8K 386 22
                                    

"Aku terima nikahnya , Haura Syazwina binti Shukri dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai", suara maskulin itu melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz .

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Selepas selesai sesi akad dan membaca doa , sesi pembatalan air sembahyang pula .

Firasy datang mampir ke arahku .

Aku melihat penampilannya .

Berbaju melayu putih , samping songket , seluar putih , bersongkok .

Ya Allah , indahnya perasaan ini .

Di hari sejarah ini , aku ingin meletakkan sepenuh hati aku kepadanya , Firasy Adrian .

Suami aku yang sah .

Firasy menyarungkan cincin berlian di jari runcingku . Aku menyalam tangannya . Firasy mencium dahiku . Lama . Aku mengalirkan air mata . Terharu .

Aku pula menyarungkan cincin di jarinya .

"I love you , sayang", suara garau itu menerpa di gegendang telingaku .

"I love you too , abang", balasku .

Aku menangis semahu-mahunya . Selama ini aku berangan untuk mengahwininya , hari ini impianku tercapai .

Firasy mengelap air mataku .

Tiba-tiba , wajah Firasy bertukar menjadi wajah mama ku .

"Anak dara oii , bangun!"

Terus terjaga aku dari mimpi yang indah dan diakhiri dengan mimpi ngeri . Mimpi je ke tadi ? Tiba-tiba rasa nak nangis .

"Awak ni tidur tersenyum-senyum pastu sebut i love you too abang ni kenapa ? awak mimpi siapa ni ?", tanya mama .

Terbeliak mataku . Aku cakap masa tidur ? Aduhhh . Malu aku !

"Ehehe biasalah , mimpi kahwin dengan Haqiem Rusli", aku tergelak apabila mama menjegilkan matanya .

"Dah-dah , pergi mandi , mentang-mentang dah habis SPM , tidur aje kerja nya", omel mama .

"Alah , 5 tahun Haura sekolah , kali ni bagi la can untuk berehat sepuas-puasnya"

"Habistu awak nak tidur 5 tahun ?", perli mama .

Aku tersengih . Pedih . Menusuk kata-kata mama . Tak pernah tak win ayat mama ni .

"Ini , dari haritu mama nak tanya kat awak ni , kenapa suruh mama panggil kamu Haura , bukan Syazwin?"

"Mama tau kan pasal Firasy ?"

Mama mengganggukkan kepala .

"Hari tu dia ajak Haura kahwin ma", luahku . Kepala terbayang betapa berdebarnya dia pada masa itu .

"Tahu"

"HA?!", jeritku . Mana mama tahu ?

"Eish sakit telinga mama lah ! Sebab tu mama suruh kamu bersiap , pakai cantik-cantik", arah mama . Aku menggaru kepala yang tidak gatal . Ah sudah ! kenapa tiba-tiba ni ?

"Mama suruh tu pergi jela , degil sungguh lah kamu ni", ujar mama sambil bangun menuju ke arah pintu.

"Cepat , mama bagi masa 10 minit je"

Cepat-cepat aku ambil tuala dan lari masuk ke tandas . Creepy bila mama dah tetapkan masa ni .

Selesai mandi , aku ambil baju kurung lace yang berwarna peach .

Aku mencalit sedikit balm di bibir dan menyapu sedikit bedak . Malas lah nak lebih-lebih , aku dah lawa . Uhuk-uhuk .

Siap berdandan ala kadar , aku melilit tudung bawal berwarna cream .

Siap ! aku berpuas hati tengok penampilan diriku . Ceh , bergaya macam nak menikah je aku ni .

Aku tengok jam di dinding . Ada apa orang datang pukul 9 pagi ni ? Nak datang melawat pun , selalunya lepas zohor . Lantaklah , baik turun cepat . Mama mengamuk lagi takut .

"Ha turun pun kamu ni", laung mama apabila melihat kelibatku di anak tangga .

Aku abaikan kata-kata mama sebab aku terkejut nampak kelibat tetamu itu . Apa diorang buat kat sini ?!

"Kami datang ada hajat...."

****

Hello bello readers !

Here the update ! Pagi-pagi buta 😂

Rasa makin merepek je , ahaha takpe , sis tetap nak buat 👻 Thank you for those yang sudi baca cerita sis yang tak seberapa ni .

Pape jangan lupa ;

Vote and comment ❤

Mr. Hati Beku [C]Where stories live. Discover now