Ish, manalah pulak mamat sekor ni? Kata pukul 2.30 petang? Ni dah pukul 3 ni. nasib baiklah aku tak ada kelas today. And, seb baik ibu paksa aku datang. Kalau tak, jangan haraplah aku nak duduk melangut kat sini tunggu kau. Adra membelek-belek majalah hiburan yang dibelinya tadi, untuk mengisi waktu yang terluang. Sudah setengah jam juga dia duduk di Dunkin Donut PAS[Plaza Alam Sentral] itu. Namun, orang yang ditunggu tak kunjung tiba juga.
Adra tertarik membeli majalah HOT di depannya itu, kerana cerita utama isu itu ialah berkenaan dengan singer from Malaysia, menang Grammy Awards baru-baru ini. Hmm.. Orang pergi US, belajar. Kau pula, pergi sana jadi penyanyi.
I'm not insane, I'm not insane
I'm not insane, I'm not -- not insane
(I'm not)
Come back to me, it's almost easy
(Set it off)
Come back again, it's almost easy"Hello, Adra bercakap,"
"Adra Arissa, ni Zarith bercakap. Awak kat mana tu? Saya baru je sampai PAS,"
"Kau lambat. Aku dah tunggu berjam-jam tahu tak?" marah Adra.
"Oh, I think, i found you. Tengoklah depan,"
Adra mengangkat kepala. Kelihatan seorang lelaki bercermin mata hitam, bertopi cantik, berjaket hitam sedang memandang ke arahnya. Lor mamat ni. tengah panas-panas terik gini, pakai jaketlah, topilah, puyus je lebih. Adra melihat semula helaian HOT di depannya. Entah kenapa, hatinya berdebar. Wait! Kenapa mamat depan mata aku ni, macam nak serupa with mamat dalam ni?
"Awak? Itu awakkan yang tengah pegang HOT tu?"
"Heh? Betul ke kau yang kat depan aku ni?"
"Hah! Betullah tu,"
"Wait, betul? Cuba kau buat lompat setempat dulu,"
"Okay,"
Tak sampai seminit, lelaki tadi yang berhadapan dengan Adra itu lompat setempat dan terus meluru ke meja Adra.
"Puas hati?" soal lelaki itu, tersenyum memandang Adra.
"Hah, okay, okay," balas Adra, kehabisan kata.
"So, Adra Arissa. You look pretty,"
"Okay, thanks. And you too. Dah tak ada hingus meleleh dah?"
"Haha! Kisah lama tu. so, jom?"
"Jom pergi mana?"
"Dating. Awak datang sini naik apa?"
"Motor,"
"Okay. jom, saya pun dah lama gila tak naik motor,"
"Wait. Kau gila ke apa? Ada ke nak naik motor aku pula? Kau datang sini naik apa?"
"Oh, saya tumpang kawan saya. jomlah," Zarith terus menarik tangan Adra.
"Heh! Apa tarik-tarik ni? Tak sukalah," marah Adra.
"Okay, sorry. Saya excited jumpa awak ni. sorry, okay?"
"Kan dah jumpa ni? okaylah, dah jumpakan? Aku nak balik,"
"Adra Arissa, please? Jomlah pergi dating dengan saya," Zarith membuat wajah mengada-ngada dengan senyuman manja.
Aduh, mamat sekor ni! seriously, senyuman kau tu memang membunuh. Akhirnya, Adra mengikut sahaja langkah Zarith, tunangnya itu.
"Aku tak ada helmet lebih. Kau pergi ar naik teksi,"
"So? Kita belilah satu. Jom,"
Heh? Mamat ni, memanglah! Betul ke aku nak habiskan hidup aku dengan dia ni? Adra mengikut gerak langkah Zarith. Setelah mendapat helmet yang Zarith suka, mereka berdua menaiki Owly bersama menuju ke Sunway Pyramid[atas permintaan Zarith].
YOU ARE READING
Lakiku Superstar (slow update)
RandomTidak pernah terlintas di fikiran seorang Adra Arissa untuk berkahwin dalam usia yang baru mencecah 20 tahun itu. Apatah lagi mengimpikan untuk berkahwin dengan seorang artis antarabangsa. Adakah mampu dia mengecapi kebahagiannya dalam perkahwinan y...