Seharian Adra mengemas pakaiannya dan buku-bukunya. Sambil dibantu oleh Zarith. Orang lain tak nak tolong. Aiman dan Derick merayap ke KL. Adam pula bermain futsal dengan kawan-kawannya.
"Itulah. Ibu dah suruh kemas awal-awal tak mahu,"
"Tak apalah, ibu. Bukan nak pindah terus hari ini. Bawa masuk barang sikit-sikit je," balas Zarith, membela isterinya.
"Bila lagi? Esok nak pergi kelaslah, apalah. Sibuk nak pergi internship kat overseas bagai," bebel Datin faridah.
"Ibu ni nak bising pasal angah baru mengemas ke sebab angah nak internship kat overseas ni? soal Adra, geram. Apa kaitan kemas barang dengan internship ni?
"Ibu tegur sikit nak marahlah tu?" soal Datin Faridah.
Melihat ketegangan pada saat itu, Zarith hanya memegang tangan Adra sambil mengelengkan kepala. Meminta Adra hanya mendiamkan diri. Adra hanya menarik tangannya lalu menyambung kemas barangnya.
"It's okay, ibu. Don't worry too much," pujuk Zarith.
"Kamu jangan bagi muka sangat dengan Angah ni,"
"Ibu janganlah risau. Everything will be fine,"
Datin Faridah hanya mengelengkan kepala dan terus keluar dari bilik anak perempuannya itu. Dia risau sebenarnya mahu membiarkan Adra terbang ke luar negara tanpa dia. Kerana peristiwa lalu memberikannya trauma.
"Dah, jangan masam-masam lagi. Kemas sikit-sikit pun boleh," ujar Zarith.
"I don't know why. Ibu memang susah sangat nak lepas aku study overseas. Along and adik boleh je," balas Adra.
"Mesti ada sebab. Lagipun, Adra kan sorang je anak perempuan. Mestilah ibu overprotective. Jangan fikir lebih bukan-bukan. Kemas je apa yang boleh kemas. Esok, saya hantar awak pergi kampus, lepas tu saya bawa beg dan kotak yang dah siap kemas," pujuk Zarith, lembut sahaja.
Adra hanya menganggukan kepala. Zarith tahu, dengan Adra dia tidak boleh berkasar. Sejak itu, dari awal dia akan bercakap dengan lembut sahaja. Sememangnya semua barang dan pakaian Adra dibungkus. Yang tinggal hanya beberapa helai sahaja. Buku-buku juga dibungkus elok dalam kotak. Semuanya akan dibawa pindah ke rumahnya bersama Zarith nanti.
Mengetahui dia akan berkahwin dengan Adra, Zarith sudah membeli sebuah rumah di Bukit Jelutong. Lokasi yang strategik untuk dia ke pejabatnya di Kuala Lumpur. Dia tidak mahu tinggal di Kuala Lumpur, mengetahui Adra tidak boleh berpisah jauh dengan ibunya. Antara faktor, dia membina Branch Company papanya di Kuala Lumpur. Dia akan bekerja di situ, pada masa yang sama, dia juga cuba menamatkan kontraknya di LA dan terus bersara sebagai penyanyi.
Zarith membawa turun sekotak demi sekotak yang sudah siap dibungkus. Adra sudah mula berhenti mengemas. Moodnya sudah jatuh merundum sejak disergah oleh ibunya tadi. Akhirnya, dia mengangkat beg bajunya dibawa turun.
"Dah siap kemas ke? Tak apa, saya tolong angkat," soal Zarith.
"Banyak lagi barang kat atas kalau nak angkat. This one paling ringan," jawab Adra.
"Okay,"
"Kalau dah siap angkat, terus jelah bawa masuk rumah sana,"
"Yes, maam," balas Zarith.
Ingatkan tidak serius, rupanya Adra serius untuk ke rumah baru mereka pada hari itu juga. Tau-tau sahaja, Adra sudah siap dengan beg laptopnya. Tak pasal-pasal, Zarith turut bersiap untuk membawa Adra ke rumah mereka di Bukit Jelutong.
"Okay, jom? Beritahu abah and ibu. Kot-kot, nak tengok rumah sekali ke?" soal Zarith.
Adra hanya menganggukan kepala tanpa mengeluarkan suara. Dia hanya mendiamkan diri sahaja ketika Zarith memberitahu kedua-dua ibubapanya perancangan mereka petang itu. Abah mengangguk sahaja. Ibu mestilah mahu membebel. Tahu sangat perangai anak perempuan yang seorang itu. Merajuklah tu.
"Iyelah. Pergilah. Esok baru balik sini pon okay," jawab Dato Aqasha.
"Kalau esok baru nak baliknya, malam ni nak makan apa? Mamak lagi?" soal Datin Faridah.
"Yang, biarlah budak-budak ni. Pandailah budak-budak ni dah besar. Dah bukan tanggungjawab kita dah," tegur Dato Aqasha.
Pelik. Hari itu nak sangat anak perempuannya kahwin. Dah kahwin, nak decide kehidupan sendiri, dipertikaikan pula. Dato Aqasha hanya mengelengkan kepala memandang isterinya itu. Adra terus membawa beg laptopnya keluar ke depan.
"Zarith, hati-hati memandu. Walaupun tak jauh mana, dah sampai beritahu. Kalau tak balik malam ni pun, inform. Tak adalah ibunya tertunggu-tunggu," ujar Dato Aqasha.
"Baik, bah," jawab Zarith.
"Angah?"
"Okay,"
Adra terus masuk ke dalam kereta milik Zarith. Kereta itu katanya akan diberikan pada Adra untuk digunakan sewaktu dirumah mereka. Tetapi, Adra lebih suka menggunakan motornya berbanding kereta. Senang nak menyelit katanya.
Zarith memandu cermat menuju ke Bukit Jelutong. Dari Seksyen 7, Shah Alam ke Bukit Jelutong tidaklah memakan masa yang lama. Hanya 20 minit sahaja dan mungkin lebih cepat jika tiada traffic jam. Adra hanya melihat ke luar tingkap.
"Dah sampai. Jom?"
"Jauhnya dari kampus?" soal Adra, keluar dari kereta.
"Tak adalah jauh manapun. Dalam Shah Alam juga. Saya boleh hantar ambil awak nanti. But, when I outstation, saya izinkan awak tinggal kat rumah abah and ibu,"
Adra hanya menganggukan kepala. Zarith segera membuka pintu rumahnya itu. Segala kelengkapan sudah disediakan. Adra terus melihat keseluruhan itu manakala Zarith mengeluarkan semua kotak-kotak dan beg dari kereta. Ruang dapur sudah lengkap dengan peti ais, mesin basuh baju, bersama kabinet dapur. Pinggan mangkuk juga sudah ada. Adra menarik pintu peti ais, ada beberapa botol air minuman. Yang lain kosong.
"Sorry, tak ada apa," ucap Zarith.
"It's okay. Ak.. Saya nak luar then nak tengok tingkat atas pula,"
"Okay," balas Zarith, tersenyum.
Zarith terus mengangkat barang Adra ke tingkat atas. Manakala Adra meneruskan jelajah keliling rumahnya. Di laman rumah, ada sedikit ruang yang dijadikan taman kecil dengan kolam ikan. Ternyata, Zarith mengupah orang untuk menjaga taman mini itu. Kolam ikan juga kelihatan sangat bersih dan ikan-ikan koi berwarna-warni berenang dengan riang.
Puas melihat laman rumah, dia masuk semula ke dalam naik ke tingkat atas. Kelihatan Zarith sedang menyusun kotak-kotak yang dilabel dengan buku-buku di dalam sebuah bilik yang dijadikan pejabat.
"Is this my room?" soal Adra.
"No. Study room," jawab Zarith.
"My room?"
"Depan tu. Master bedroom,"
Adra terus masuk ke dalam bilik yang ditunjuk oleh Zarith. Mata Adra terbuka luas melihat bagaimana Zarith mengubahsuai bilik itu. Bilik itu mempunyai open wardrobe yang bersambung dengan bilik air. Jadinya, bilik air mereka tidak bersambung terus dengan ruang bilik tidur.
"You like it?" soal Zarith, muncul tiba-tiba di sebelah Adra.
"Biasa je," jawab Adra.
Selepas puas melihat keadaan rumah, barulah dia mengambil beg yang terakhir di depan pintu rumah naik ke biliknya. Dia membuka beg pakaiannya disusun dan diangkut elok di dalam wardrobe. Ternyata Adra sangat suka wardrobe sebegitu. Tak tahu Zarith mengetahui citarasanya.
"Kenapa baju semua warna gelap je?"
Adra hampir tersandung ke tempat sangku baju, terkejut Zarith yang muncul tiba-tiba di sebelahnya itu. Zarith semakin mendekat bila Adra tidak memberikan jawapan.
"Jangan dekat-dekat sangat, boleh tak? Panas,"
"It's okay. Nanti saya pasang kipar or better aircond dalam wardrobe ni. Tak adalah panas kan?"
Adra menoleh memandang Zarith. Kecil besar kecil besar je mata dia memandang mamat seorang ini? Apa kejadahnya nak pasang kipas atau penghawa dingin dalam wardrobe ni? Buang tebiat ke apa?
YOU ARE READING
Lakiku Superstar (slow update)
RandomTidak pernah terlintas di fikiran seorang Adra Arissa untuk berkahwin dalam usia yang baru mencecah 20 tahun itu. Apatah lagi mengimpikan untuk berkahwin dengan seorang artis antarabangsa. Adakah mampu dia mengecapi kebahagiannya dalam perkahwinan y...