Chapter 8

49 1 0
                                    

Puas muka gadis itu sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Muka kekenyangan. Namun, langkah mereka bertiga berhenti di depan pintu, kerana Datin Faridah bercekak pinggang. Dengan Mbah Mah di sebelah, mengelengkan kepala.

"Kok keluar malam-malam ni? Pengantin baru?" soal Mbah Mah.

"Ada orang lapar. Pergi mamak sekejap je," jawab Adam.

"Tak manis keluar malam-malam ni. Ni, angkut sekali pengantin baru ni, kenapa? Ibu tak suka macam ni," tegur Datin Faridah.

"Sorry, ibu. Alongpun sebenarnya terpaksa," ucap Adam buat muka comel.

"Sorry, ibu. Can't promise won't do it again," ujar Adra, terus berjalan menuju ke tangga.

Zarith hanya tersenyum sahaja memandang ibu mentuanya bersama Mbah Mah itu. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Cepat-cepat dia mengikut Adra. Membiarkan Adam seorang diri kena marah. Adam hanya diam sengih-sengih, membiarkan adik dan adik iparnya itu melarikan. Cis, budak-budak ni!

"Dahlah, Long. Naiklah. Mak, masuklah bilik semula. Esok-esoklah baru nak marah," ujar Datin Faridah.

"Aku pun malas nak cakap lebih. As long esok tak ada cucu-cucu masuk berita buat jenayah sudahlah," balas Mbah Mah, terus berjalan masuk ke dalam biliknya.

Datin Faridah hanya mengelengkan kepala memandang Adam. Anak-anaknya sudah sedia maklum, mbah yang seorang itu memang tidak suka jika anak cucu keluar rumah tengah-tengah malam.

Esok paginya, turun-turun dapur je dengar suara kedua-dua Tok Wan dan juga Mbah Mah berborak. Kedua-dua orang besan itu memang kamceng, memandangkan laki masing-masing sudah tiada. Suka bergayut berjam-jam bergosip.

"Morning," ucap Adra.

"Hah. Baru bangun pengantin? Suami mana?" soal Tok Wan. 

"Hmmm.. Entah?" jawab Adra mengaru kepala.

Sebab, dia bangun tadi memang Zarith tak ada kat bawah katil. Iye puan-puan, ada disuruhnya suami tidur kat bawah beralaskan toto. Tak bersedia lagi katanya. Nasib baik suaminya baik. Ikutkan sahaja.

"Hai lah, cucu aku," ujar Tok Wan. 

Adra hanya tersengih sumbing. Dia cuba memandang ibunya meminta bantuan. Hampa. Datin Faridah tidak mahu campur. Adra terselamat sebab kedua-dua Sakinah dan Una muncul di dapur.

"Hah, Kinah. Una. breakfast dululah. Baru balik rumah sana," ujar Datin Faridah. 

"Iyelah. Hari ini banyak program," jawab Sakinah, tersenyum.

Una menganggukan kepala. Sedia maklum dengan aktiviti-aktiviti Sakinah sekirangnya pulang ke Malaysia. Ada beberapa tempat akan dilawati oleh Sakinah kerana menghargai ilmu yang diterima dari situ.

"Oh, Ad! Esok jangan lupa. Pukul 9, kan?" soal Una. 

"Ada apa esok?" soal Tok Wan.

"Some briefing and class. Angah tak dapat fly to Japan sebab geran tak approve. So, will go to Seoul for internship. More to some collaboration research with university situ," jawab Adra. 

"Cuti-cuti ni, kena pergi kampus. Zarith tak cakap apa? Tok ingat ikut Zarith balik Johor, esok?"

"Tak. Tak ikut. And he's fine with it," jawab Adra.

Datin Faridah tak kata apa. Nasib besannya relaks sahaja menangguh majlis di belah sana. Mengikut permintaan Adra yang akan terbang ke Seoul untuk internshipnya. Bukan semua dapat peluang internship ke luar negara. Jadi, selepas Adra menghabiskan lima ke enam bulan di Seoul, dan pada Raya ke lima, majlis di sebelah Zarith akan diadakan.

Lakiku Superstar (slow update)Where stories live. Discover now