"Aku terima nikahnya Adra Arissa binti Aqasha dengan mas kahwinnya, 300 ringgit Malaysia tunai,"
Dengan hanya sekali lafaz sahaja, Zarith dan Adra sah menjadi sepasang suami isteri. Seperti biasa, Adra menunjukkan wajah heartless, tanpa perasaan. Namun, Datin Faridah menitiskan air mata, menjadi saksi anak daranya itu sudah menjadi isteri orang.
"Ad, cuba buat muka cantik sikit. Jangan buat muka heartless kau tu. Nanti semua orang kata apa pula," tegur Una, menyiku lengan Adra.
"Ni muka natural aku lah. Kalau aku senyum menyengih, lagi awkward kot," balas Adra.
Belum sempat Una membalas, semua mata menumpu ke arah Adra kerana Zarith sudah hampir untuk acara menyarungkan cincin. Perlahan, Una menjarakkan dirinya dengan Adra. Memberi ruang untuk pasangan pengantin baru itu. Zarith memberikan senyuman manis tetapi Adra hanya menjadi Adra, heartless and feelingless.
"Ngah, hulur tangan tu. Zarith nak sarung cincin tu," bisik Datin Faridah.
Adra hanya kaku, membuatkan Una yang berada disebelahnya menolak sedikit tangan Adra agar mendekati lelaki yang sudah bergelar suami Adra itu. Perlahan Zarith menyarungkan cincin nikah ke jari Adra. Kemudian, Datin Faridah sekali lagi terpaksa berbisik ke telinga anak perempuan tunggalnya itu supaya menyambut salam dan mencium tangan Zarith. Tanpa rela, Adra melakukan apa yang disuruh oleh ibunya itu.
Detik-detik manis itu diselang seli dengan pancaran flash dari kamera-kamera yang ingin menyimpan kenangan itu di dalam memori mereka. Una juga turut tidak ketinggalan merakam detik manis itu. dan tidak menunggu lama, Una dengan selamba mengupload gambar itu di laman sosial Facebook dan Twitter untuk mengucapkan tahniah kepada Adra. Namun, gambar Zarith hanya ternampak bahagian belakang sahaja, kerana tidak mahu membongkarkan identiti suami Adra itu kepada kawan-kawannya.
Selepas majlis akad nikah itu, majlis diteruskan lagi dengan majlis persandingan Adra dan Zarith yang bertemakan warna biru laut itu. Warna kegemaran Adra selepas warna hitam. Una setia menjadi pengapit di hari bersejarah Adra itu. Tanpa Una disisi, mungkin Adra tidak dapat mengharungi hari itu.
Majlis itu, dihadiri tetamu yang kebanyakannya rakan-rakan ibubapa Adra, kawan-kawan Adam dan Aiman sahaja. Kerana, Adra langsung tidak menjemput kawan-kawannya sekolahnya, matrik mahupun U. Hanya Una sahaja yang setia menemani. Walaupun banyak kali ditanya oleh Datin Faridah, Adra tetap dengan keputusannya untuk tidak menjemput kawan-kawannya, kerana baginya hanya Una sahaja kawan sebenarnya dari matrik yang lain cuma rakan sekelas, se U.
"Along, mana kawan angah? Kenapa semua kawan abah, ibu, along ngan aku je?" soal Aiman, hairan.
"Angah cakap, Una tu dah boleh mewakili semua kawan-kawan dia," jawab Adam.
"Along rasa, angah tu jenis tak suka berkawan ke, apa? macam Una je kawan dia?"
"Angah kau tu, pelik. Dia boleh berkawan dengan orang but tak adalah baik sangat. Just orang terpilih je lebih baik macam Una tu," balas Adam.
"Oh! Yeah! I remembered now! It's because anak Dato' Mustapa tu kan? Kisah tu berapa lama punya kes, sampai sekarang kesannya?"
Adam hanya menganggukkan kepala. Bukannya dia tidak kenal adiknya yang seorang itu. Sekali dikhianati, seumur hidup dia susah untuk menerima yang lain. Aiman juga hanya menganggukkan kepala.
Majlis diteruskan dengan upacara tepuk tawar. Mereka memanggil ibubapa kedua-dua belah mempelai dan juga sanak-saudara. Adam dan Aiman tidak ketinggalan untuk menepuk tawar satu-satunya adikberadik perempuan mereka itu.
"Angah, you're look so pretty lah," ujar Aiman, terkekeh perlahan.
"Ya, ya," balas Adra.
"So, I think I should call you Abang Ngah, right? Please take care of her, ye Abang Ngah?" Aiman tersengih.
Zarith hanya menganggukkan kepala dan tersenyum. dia seronok melihat Aiman mengenakan Adra ketika itu. dengan selamba, Aiman campak sebanyak mungkin air mawar pada Adra.
"Adik..." perlahan suara Datin Faridah memanggil di tepi.
Aiman hanya tersengih. Cepat dia meletakkan bekas air mawar di tempatnya dan dia salam dan memeluk abang iparnya itu dan seterusnya salam kakaknya dan mencium tangan dan ubun-ubun Adra. Terasa lepas sudah bebannya melihat kakaknya yang seorang itu sudah berkahwin dengan pilihan kedua-dua orang ibubapanya.
"Next is your turn, bro," ujar Aiman, tersengih sebaik Adam habis menepuk tawar Adra dan Zarith.
"Ya, ya. And next your turn," balas Adam.
Aiman hanya tersengih. Selang beberapa minit, pasangan pengantin di bawa ke ruang makan untuk makan beradap bersama ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak. Acara diteruskan dengan acara potong kek dan semua benda yang dilakukan dalam majlis kahwin. Adra cuba memaniskan wajahnya berdiri di sebelah Zarith dan melayan tetamu yang hadir.
Menghampiri jam 5 petang, kebanyakan tetamu serta sanak-saudara sudah mula meninggalkan kediaman Dato' Aqasha dan Datin Faridah itu. Hanya tinggal ahli keluarga yang rapat seperti keluarga Maksu Ida (adik Dato' Aqasha) dan juga keluarga Tante Suri (adik Datin Faridah). Sedang mereka mula mengemas apa yang patut, sebuah teksi berhenti di depan pagar kediaman itu.
"Una, your mak is here," ujar Adra.
Una tersenyum riang terus berjalan pantas menyambut kepulangan maknya itu. Sakinah tersenyum membalas pelukan Una. Adra turut menghampiri bersama Datin Faridah.
"Sampaipun. ingat tak sampai," ujar Datin Faridah terus memeluk tubuh Sakinah yang sudah seperti adiknya sendiri.
"Flight delay. maaflah sampai lambat. tetamupun macam dah tak ada?" soal Sakinah.
"Ada je yang tinggal. meh masuk. so, you both bermalam di sini jelah kan? letih nak balik rumah sana," ujar Datin Faridah.
"Terima kasih, kak. By the way, congratulation first menantu," ujar Sakinah, tersenyum.
"Thank you. lepas ni turn Kinah pula,"
"Wait, wait. Maksud Auntie turn mak naik pelamin ke, or turn mak terima menantu?" soal Una, tersengih.
"Alah, korang dua beranak naik pelamin samapun boleh. senang, jimat kos," balas Datin Faridah.
Sakinah hanya ketawa perlahan sambil memeluk bahu Una. Walaupun bukan dari darah dagingnya, kehadiran Una memberikan cahaya baru ke dalam hidupnya. Datin Faridah terus meminta Aiman untuk menghidangkan makanan untuk Sakinah yang baru tiba itu.
"Long tima no see, Mak Kinah. Ingat datang with bakal suami?" soal Aiman, suka mengusik.
"Haha! itu lucu," balas Sakinah.
"Tak lucu lah. Kinahkan muda lagi. Baru 29 tahun. walaupun ada anak setua Una ni, tak semestinya tidak perlu mencari pasangan hidup,"
Sakinah hanya tersenyum sahaja. Tidak mahu berbicara panjang mengenai jodoh atau pasangan. Peristiwa silap masih menghantui dirinya.
YOU ARE READING
Lakiku Superstar (slow update)
RandomTidak pernah terlintas di fikiran seorang Adra Arissa untuk berkahwin dalam usia yang baru mencecah 20 tahun itu. Apatah lagi mengimpikan untuk berkahwin dengan seorang artis antarabangsa. Adakah mampu dia mengecapi kebahagiannya dalam perkahwinan y...