Sehari selepas berjumpa dengan Zarith membuatkan mood Adra jatuh. Sememangnya, dia tidak mahu berkahwin dengan Zarith. Baginya, kahwin dengan Zarith, hanya akan menambahkan masalahnya. Dia dengan studynya yang semakin terumbang-ambing kerana projek yang banyak, dengan masalah praktikalnya, dia buntu.
"Ngah, kau ni kenapa? Muka berkerut je. Termenung je," soal Adam, yang hairan sejak kebelakangan ni, adiknya yang sorang itu tak habis termenung melihat langit.
"Along, kalau angah lari dari rumah, okay tak?" soal Adra, tanpa sedar.
"Gila?! Otak dah tak betul? Nak jadi anak derhaka?!" marah Adam, terus mengoncangkan kepala adiknya itu.
"Sakitlah!! Apa ni, long?!" cepat-cepat Adra tersedar dalam dunia yang nyata, menepis tangan abangnya itu.
"Angahlah. Wayar dalam otak ni dah tak betul. Ni along nak betulkan balik ni," Adam masih lagi mengetuk-ngetuk kepala adiknya itu.
"Along, lagi sekali along ketuk kepala angah, habis calar cooper along tu, angah kerjakan. Lantaklah kereta baru ke apa ke, angah kerjakan gak nanti,"
"Haha! okay, okay. along tak pegang lagi kepala angah. Okay, sekarang ni, tell me, what is your problem? Along risau tengok angah ni, asyik termenung sampai berkerut-kerut dahi ni. lepas tu, asyik berkurung je dalam bilik. Since jumpa Zarithkan? Apa masalah ni?"
"Okay, about him, I never like him. Angah langsung tak suka dia. Macam mana abah and ibu boleh percaya yang dia boleh jaga angah? Then, about my study and my praktical. Tensionlah. Tempat practical still pending lagi ngan my projek. Semuanya in mess lah,"
"Angah tak sukapun, tak bermaksud yang Zarith tu tak boleh jaga angah. And about your study, alah, even sebusy manapon angah, you still can do it, right? And about your practical, bukan ke angah ada apply untuk practical kat Japan?"
"Itulah pasal. Still tak tahu lagi keputusan interview hari tu. And company kat sinipon, macam tak nak reply je surat practical angah. Nak exampun, susah hati,"
"Angah, just relax. Pray to Allah, supaya tenangkan hati angah tu. Just relax and tenang je. Jangan fikir lebih-lebih. Just focus on your study. About the kenduri pon, tak payah fikir sangat. Sebab, ibu and along akan uruskan semua, okay?"
"Hati angah just akan relax and tenang if ibu and abah tak kahwinkan angah dengan laki tu. Sekian,"
Adra terus naik ke biliknya. Pintu bilik cepat-cepat dikunci. Laptop yang memang sudah tersedia on, dicUcopknya dengan speaker usb dan mula menguatkan volume lagu-lagu yang sedang bermain di winamp. Berdentam-dentum lagu-lagu heavy seperti nyanyian Metallica, Avenged Sevenfold dan juga Korn menghiasi bilik anak dara itu.
"Along! Along cakap apa dengan angah tu? Moody je dia?" soal Datin Faridah, apabila melihat Adam masuk ke ruang tamu.
"Biasalah angah tu, ibu. Sikit-sikit nak merajuk, nak moody. Emosi masih tak stabil," jawab Adam, selamba.
"Angah tu, dah nak jadi isteri orangpun, susah betul nak berubah. Cubalah jadi perempuan elok sikit,"
"Alah, ibu. Dia nak tunjuk dia protes lah tu. Ignore je. Ibu macam tak kenal je, anak dara ibu tu,"
"Along, ke angah tu dah ada boyfriend? Itu yang asyik nak protes je tu?"
"Tak ada. Angah tu, manalah ada nak fikir bercinta ni. Lagipun, tak ada siapa nak kat dia, kecuali bakal menantu ibu tu je," jawab Adam, selamba.
"Kau ni, long. Ada ke cakap macam tu. Manalah tahu, diam-diam angah tu ada ke. tapi, kalau ada, kenapa tak nak beritahu?"
"Itulah. Dah tak ada nak beritahu mende? Ibu, tak payah fikir lebih-lebih. Angah tu, memang saja je tu. Don't worry. Ibu teruskanlah ngan persiapan angah tu,"
YOU ARE READING
Lakiku Superstar (slow update)
RandomTidak pernah terlintas di fikiran seorang Adra Arissa untuk berkahwin dalam usia yang baru mencecah 20 tahun itu. Apatah lagi mengimpikan untuk berkahwin dengan seorang artis antarabangsa. Adakah mampu dia mengecapi kebahagiannya dalam perkahwinan y...