Malam itu, di kala orang di bawah menyediakan ruang makan untuk makan malam, Adra hanya mengurung diri di dalam biliknya sambil mengadap laptopnya. Aiman yang ketika itu mahu turun ke bawah, berhenti di depan bilik angahnya lalu mengelengkan kepala.
"Angah, tak nak makan ke?" soal Aiman.
"Nantilah,"
"Ke sudah tidak sabar untuk menempuhi malam pertama? hehe," Aiman ketawa kecil.
"AdiK!"
"Manalah tahu tak nak turun, sebab menanti kehadiran si.."
Belum sempat Aiman menghabiskan ayatnya, Adra sudah berada di depannya sambil tangannya padu menumbuk perut Aiman. Tidak mampu mengelak, Aiman hanya memegang perutnya sambil menjauhkan tubuhnya.
"Sakitlah,"
"Dah, jom turun makan,"
"Aku memang nak turun pun. by the way, kenapa beg Zarith..EH, Abang Ngah ada dalam bilik aku?"
"Mana aku tahu,"
"Bukan apa. Derrick ada dalam bilik aku tu. Aku takut teruna dia terbagi kat orang lain. Bukan dekat kau, Ngah. hahaha!"
Tidak mengendahkan adiknya itu, Adra terus turun ke bawah. Kelihatan semua orang sudah berada di meja makan. Hanya tinggal Tok Wan dan juga Mbah Mah sahaja. Keluarga Maksu dan Tante Suri sudah pulang lepas Maghrib tadi.
"Ngah, cepat duduk. Orang nak start makan ni," tegur Dato' Aqasha.
Adra segera duduk di sebelah Zarith, satu-satunya kerusi yang masih kosong. Mulalah, Mbah Mah dan Tok Wan memulakan kelas ekonomi rumah tangga di situ. Tetapi Adra hanya buat muka selamba sahaja. Tetapi hati keras itu terusik juga bila Aiman dan Adam berpakat mengenakan dia yang tidak pandai masak itu. Makin bising suara dua orang wanita tua itu. Datin Faridah hanya tersengih sahaja.
Tidak berkata apa, Adra hanya makan sedikit sahaja malam itu. Dia bangun dari duduknya membawa pinggan dan cawan kosong terus ke dapur. Diam seribu bahasa, dia terus naik ke biliknya. Mulalah, konsert ROck Metal di bilik pengantin itu. Band favourite, Avenged Sevenfold memenuhi ruang bilik dan Adra mula menarik cadar pengantin baru itu dan ditukar dengan cadar kesukaanya. Cadar berenda-renda itu? Masuk ke dalam bakul sampah. Langsir turut dicabut dan ditukar dengan langsir hitamnya. Ini cara Adra memberontak dalam diam.
Tanpa disedari, kelakuannya itu diperhatikan oleh seseorang di pintu bilik. Zarith hanya mengaru kepala yang tidak gatal itu. Begnya sudah dibawa keluar dari bilik Aiman. Tetapi, dia ragu-ragu nak masuk ke dalam bilik isterinya itu.
"Hah, Zarith. kenapa berdiri je kat depan ni? Masuklah dalam. Angah halau ke?" soal Datin Faridah.
"Eh, tak adalah ibu! Saya baru ambil beg dari bilik Aiman,"
"Aaa.. masuklah. Angah tu memang suka dengar lagu-lagupelik ni. Ibu masuk dalam bilik dulu,"
Zarith hanya menganggukan kepala. Janganlah ibu mentuanya terlihat apa yang Adra sedang lakukan itu. Tak pasal-pasal ada perang dunia nanti. Tidak mahu orang lain nampak, Zarith terus masuk dan menutup pintu dengan perlahan.
"Awak nak saya tolong sangkut balik langsir ni?" soal Zarith.
"Eh, kau! Kenapa kau kat sini?" soal Adra.
"Hm. inikan bilik isteri saya? Cool. Calm down. jangan fikir lebih-lebih apa Tok wan and Mbah cakap tadi," ujar Zarith, lembut sahaja.
"Whatever. Nak tolong sangat kan? Nah, sangkut balik semua ni," ujar Adra menghulurkan langsir yang sudah siap dipasang besi itu.
"Okay. By the way, nice taste of music you have,"
"Yeah, of course.Aku memang tak layan lagu-lagu jiwang karat ni," balas Adra.
Selepas siap menukar apa yang patut, Adra terus baring di atas katil. Malas nak melayan atau melihat lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Lagi best tidur.
Kruk... Kruk.. Kruk... Tidak dapat menahan konsert perutnya yang kembali lapar itu, Adra bangun dari tidurnya. Kelihatan bilik sudah gelap, hanya sinaran dari monitor laptopnya sahaja yang menerangi bilik. Dan Zarith sedang menaip pantas di depan laptop.
"Kau guna laptop aku?" soal Adra.
"Ah.. ye. sorry. I need to reply some important email," jawab Zarith.
"Aaaa.."
Adra hanya mengaru kepalanya sebelum mengosok perutnya yang kelaparan itu. Dia terus turun ke bawah untuk mencari makanan yang tinggal. Di atas meja, bersih tiada apa-apa. Di dalam oven juga kosong. Mulutnya sudah muncung kerana tidak menjumpai apa-apa makanan. Pasti kedua-dua orang neneknya itu sudah membersihkan seluruh dapur. mencuba nasib, Adra membuka peti ais mula.
"Hah! Cari apa?!" suara Adam menyergah telinga Adra.
"Along! terkejutlah!"
"Cari apa?"
"Food. Angah lapar," jawab Adra, cuba meraih simpati.
"Makanan dah habis licin. Derrick and Aiman habiskan semua. Mbah yang suruh," jawab Adam.
"Alah.... Lapar," rengek si adik.
"Dalam bilik kan ada makanan. PErgi jelah naik bilik," ujar Adam, tersengih-sengih.
"Makanan apa dalam bilik?"
"Hai, Zarithlah. Makanan untuk pengantin baru,"
Satu tumbukan padu mengena ke perut Adam. Hampir terduduk jugalah Adam terkena tumbukan Adra itu.
"ORang tengah lapar, tolong jangan buat lawak bodoh okay,"
"Masaklah megi tu. Masak lebih sikit. Boleh along makan sambil tengoh liverpool. Live at 2am,"
"Tak nak masak. Nak makan je,"
"Senang pergi mamak jelah,"
"HAh! Jom? Along tengok Liverfool kat mamak jelah? jomlah?"
"Aduh... Pergi ajak Zarith sekali. Dia kena ada. Dia tak nak ikut, no,"
"Alah, tak payahlah. Kita ajak adik jelah,"
"Zarith tu sekarang laki kau. Kau nak ke mana-mana kena ada izin dia. 5 minutes. Dia tak turun sekali, no,"
Adra mengaru kepala sambil mendaki tangga ke atas. Kelihatan Zarith masih belum tidur lagi. Ralit di hadapan laptop. Kali ini siap dengan headphone lagi. Adra segera mendekati Zarith. Seperti sedang diperhatikan Zarith akhirnya menoleh.
"Along ajak pergi mamak. sekarang," ujar Adra.
"Huh?"
"Along ajak pergi mamak. Tengok Liverpool and makan. Kat bawah tak ada makanan. Along lapar,"
"Oh, tak apalah. Saya tak lapar,"
"Ianya compulsory. You really need to follow,"
Adra terus mencapai hoodienya dan disarung ke tubuh. DIa menjegilkan matanya pada Zarith agar bangun dan segera bersiap. Melihatkan dia tidak mempunyai pilihan lain, Zarith turut bangun dan menukar dari kain pelikat ke jeans.
KElihatan Adam sudah menunggu di sebelah keretanya, menunggu pengantin baru itu. Adra menyanyi riang terus masuk ke dalam kereta. Zarith hanya memandang pelik pada Adam.
"Kenapa nak tengok Liverpool kat mamak? Astro rumah problem ke?" soal Zarith.
"Angah lapar,"
"And she said, along yang lapar,"
"She always used my name. Masuklah"
Zarith hanya mengelengkan kepala. Dia terus mengambil tempat di sebelah Adam, sebab Adra sudah duduk di belakang persisi seorang Maam besar sahaja. JElas kelihatan diwajah Adra sedang membayangkan menu yang akan dipesan nanti.
YOU ARE READING
Lakiku Superstar (slow update)
RandomTidak pernah terlintas di fikiran seorang Adra Arissa untuk berkahwin dalam usia yang baru mencecah 20 tahun itu. Apatah lagi mengimpikan untuk berkahwin dengan seorang artis antarabangsa. Adakah mampu dia mengecapi kebahagiannya dalam perkahwinan y...