Chapter 11

64 1 0
                                    

Sudah seminggu mereka berpindah masuk ke rumah mereka sendiri. Kadang-kadang ibubapa Adra datang melawat, dan Adam juga sering lepak di situ. Satu benda yang mereka rahsiakan, mereka berdua menggunakan bilik yang berbeza kerana Adra masih tidak dapat menyesuaikan diri menjadi seorang isteri. Hanya Adam seorang sahaja yang mengetahui perkara itu dan dia hanya diamkan sahaja. Memberikan masa kepada adik dan adik iparnya itu untuk mengenali satu sama lain dengan lebih dalam.

"Angah, lapar. Masaklah," arah Adam, tiba-tiba. 

"Eh, lapar, masaklah sendiri," balas Adra. 

"Tuan rumah, come one. Masaklah,"

"Suruh Zarith masak. Angah tak pandai masak. Kan along sendiri yang cakap and hebahkan kat semua orang, kan? Malas nak layan! Nak study!" balas Adra. 

"Along call ibu. Kau buli Zarith,"

"Call lah. Tak heran," balas Adra, mencebikkan bibirnya sebelum masuk ke dalam biliknya. 

Adam mengelengkan kepala dan terus mencari Zarith yang sedang memetik gitar di bawah. Sedang dapat ilham buat lagu rasanya. 

"Zarith, bini kau suruh kau masak. Dia lapar," ujar Adam.

"Lauk tadi kan ada lagi? Panaskan, makanlah," jawab Zarith. 

"Come on. Kau suruh tetamu panaskan lauk ke apa?" soal Adam. 

"Sekarang ni, Rara nak makan ke, along nak makan?"

"Aku yang nak makanlah. Aduh. Laki bini sama je. Ada ke suruh tetamu cari makan sendiri kat rumah diorang. Aku report parents masing-masing karang," bebel Adam. 

Zarith hanya ketawa mendengar bebelan Adam. Akhirnya dia meletakkan gitarnya ke tepi dan terus bangun menuju ke dapur. Melihat apakah yang boleh diberikan pada Adam yang kelaparan itu. 

"Nasi ada lagi sikit, ayam ada lagi. Hah, habiskanlah semua ni. Senang nak basuh. Esok pagi, masak benda lain," ujar Zarith. 

"Masak apa esok?" 

"Hmmm... Macam nak pergi pasar?" balas Zarith, teringat perbualannya dengan Adra siang tadi. 

"Pasar stadium ke?"

Zarith menganggukan kepala. Dia terus memeriksa isi kandungan dalam peti ais. Memikirkan apa yang patut dibeli di pasar esok . Yang pasti, Adra ada sebut Pecal Tanjung Karang. Yang itu wajib beli. Kalau tidak, ada yang mengamuk nanti. 

"Sedapnya pecal Tanjung Karang kat stadium wei," ujar Adam. 

Zarith hampir ketawa mendengar ayat yang keluar dari mulut abang iparnya itu. Memang sahlah adik beradik bila kedua-duanya menyebut perkataan yang sama. Adam pula, memang meratah segala lauk yang tinggal ketika itu sambil berceloteh mengenai pecal kegemaran mereka adik beradik. 

"Rugilah adik dah fly pergi Sabah. Kalau dia pun boleh makan pecal," ujar Adam. 

"Soalan, korang adik-beradik memang darah jawa tu kuat yek? Adra pun cakap benda sama bout this pecal Tanjung Karang," soal Zarith. 

"Bab makan, yes. Makanan orang jawa memang favourite kitorang adik beradik. But, bahasa jawa jangan tanyalah. Tak faham. Adik jelah faham," jawab Adam.

"Adik? Oh, Aiman. Aiman fasih berbahasa jawalah kiranya?" 

"Haah. Dia selalu lepak rumah Mbah Mah, Mbah Ti and Tok Mat time kecil dulu. Selalu kena culik ngan Wak Kumar, bawa balik kampung," jawab Adam. 

"Aaa....oookay,"

"Slow-slow. Nanti kau kenallah family belah ibu. Family belah ibu memang complicated sikit compared to family abah. Sebab arwah tok dulu, kahwin then cerai and kahwin. And pasangan masing-masing pun, kahwin cerai and kahwin. Anak masing-masing tu kira adik beradik ibu juga," ujar Adam. 

Rahang Zarith hampir terjatuh terkena lantai. Ini pertama kali dia mendengar kisah adik beradik ibu mentuanya itu. Dia tahu ibu mentuanya itu berdarah jawa. Tetapi, dia tidak mengetahui sangat keluarga adik beradik ibu. 

Adam hanya ketawa melihat wajah Zarith yang berubah mendengar perihal keluarga ibunya. Ini kalau cerita satu malam tidak habis. Padanlah hari itu kenduri, rumah mentuanya sepenuh-penuh alam. Ahli keluarga sahaja sudah penuh. Tidak masuk tetamu yang hadir, sahabat handai.   


Lakiku Superstar (slow update)Where stories live. Discover now