Chapter 10

47 0 0
                                    

Zarith menghantar Adra ke kampus seperti yang diminta oleh Adra. Sempat bersarapan di Hakim Seksyen 7 dulu, baru Adra masuk ke kelas. Kelihatan Una sudah berada dalam kelas. Tersengih-sengih Una memandang Adra. 

"Morning," ucap Una. 

"Morning. Awat tersengih-sengih ni?" soal Adra, mengerutkan dahi. 

"Aiman cakap kau dah masuk rumah baru semalam? Cepatnya? Ingat weekend ni?" soal Una. 

"Dah kenapa Aiman-Tak-Kesah tu, sibuk nak beritahu kau?"

"Haruslah aku yang tanya dia. Tak nak tanya kau. Pengantin baru kan?" jawab Una, sebelah kening terangkat-angkat. 

"Malas nak layan kau,"

"Haruslah rajin layan aku. Kita nak duk serumah selama 6 bulan kat Seoul? Kalau bukan aku tolong, kau kena pergi Daegu,"

"Aaa.. Sepatutnya aku pergi Osaka. Macam manalah boleh tak lepas geran. So sad,"

"Kau pergilah Osaka with Zarith. Hahah!"

Adra hanya buat muka sahaja pada Una. Selang beberapa minit, Puan Noriah masuk ke dalam kelas bersama Mrs. Park. Mereka berdua merupakan pengajar bahasa Korea untuk pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan praktikal di Korea. Di kala pelajar lain seronok bercuti sebelum masuk semester baru, mereka harus masuk ke kelas bahasa untuk praktikal. 

"Lapar. Jom cari makan before balik?" soal Una. 

"Jom. Nanti aku suruh Zarith ambil aku kat rumah kau jelah,"

"Oh? Kau tak naik Owly?"

"Owly kat rumah parents aku,"

Una hanya menganggukan kepala. Mereka berdua terus menuju ke lift untuk turun ke tingkat bawah sekali. Lalu di depan Bengkel Automotif, kelihatan Safwan dan juga Rafiq baru sahaja menyiapkan project kereta mereka. Mereka berdua mewakili UiTM untuk Pertandingan Eco-Shell Marathon. 

"Oit, Una! Ad! Kau buat apa kat sini? Cuti-cuti ni?" soal Rafiq. 

"Kelas bahasa ler. Kitorang kan praktikal kat Seoul," jawab Una. 

"Oh! Wow! Aku lupa!" balas Rafiq. 

"Ni nak pergi mana? Aku ngan Rafiq nak pergi lunch. Jom, sekali?" ajak Safwan. 

"Lunch mana?" soal Una. 

"Barra, jom? Aku teringat-ingat ayam goreng dia?" soal Rafiq. 

Adra hanya menganggukan kepala. Teringat ayam goreng Barra yang sangat sedap itu. Mereka berempat terus ke kereta Rafiq untuk ke Restoran Barra yang terletak di Seksyen 7 itu. 

t.zarith - adra.. da abes kelas?

adra.arissa - da.. nk g mkn ngn una and others... 

t.zarith - xyahlah.. ibu ajak mkn kt umah.. angkut una skali... mbah mah msk ayam kukus...

adra.arissa - hmm... ok? amek ktrg kt fac then... 

t.zarith - 5-10mint smpai...

"Una.. tak jadi..mbah aku panggil makan kat rumah. Ada ayam kukus. Ngan kau sekali," 

"Ayam kukus! Sedapnya,"

"Una je ke? Kitorang?" soal Safwan, cuba nasib. 

"Hmmm.. Tak kot... sorry," balas Adra. 

"Alah, bagilah Wan ikut. Dia teringin nak kenal dengan family kau. Kau asyik jual mahal je," ujar Rafiq. 

Adra hanya mengelengkan kepala sambil menarik Una. Una hanya meminta maaf pada budak berdua itu dan kembali ke bangunan fakulti. Sambil menunggu Zarith, Una siap meminjam surat khabar dari Encik Tolha di Bengkel Automotif itu. 

"Eh, cerita tentang TZ. EHem, ehem," ujar Una, menyiku lengan Adra. 

Penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia, TZ bernikah dengan gadis tempatan dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam... 

TZ married with his childhood lover...

TZ is no longer a single man...

Beberapa gambar memenuhi ruang depan akhbar di bahagian hiburan. Gambar Zarith yang sedang memegang tangan Dato' Aqasha ketika akad nikah turut ada. Tetapi gambar pengantin perempuan malah keluarga mereka tidak ditunjukkan untuk menghormati privasi mereka. Smeemangnya hanya muka TZ sahaja diterangkan dan lain dikaburkan. 

"Penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia, TZ mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang gadis tempatan yang dikenali sejak kecil lagi. Isteri TZ, dipercayai merupakan gadis A yang pernah dilihat bersama TZ di Sunway Pyramid pada dua bulan yang lalu," Una membaca keratan akhbar itu persis pembaca berita. 

"Una, stop read that," ujar Adra. 

"Gadis A? Letak jelah terus Adra Arissa kat sini," 

"Tak perlu kot,"

"By the way. Soalan cepu emas. The cherry already pop?" soal Una, tersengih-sengih. 

"What? What cherry?" soal Adra, mengerutkan dahi. 

"Your cherry la," jawab Una mengangkat sebelah kening berkali-kali. 

"Kau memang tak ada benda lain nak fikirkan? I will never answer that question. Gilos. Dah, tu kereta Zarith. Jom,"

Una hanya ketawa kecil. Sengaja mahu mengusik Adra. Bukan selalu dia mengusik kawan baiknya itu. Una memulangkan semual surat khabar itu ke Bengkel Automotif sebelum mengikut Adra menuju ke kereta Zarith. Zarith keluar dari kereta dan melambai ke arah isterinya itu. 

"Tak payah lambai-lambailah. Bukan ada orangpun," bebel Adra. 

"Saja. How's your class?" soal Zarith.

"Okay je. Are you from ibu's house?"

"Yup,"

Adra hanya menganggukan kepala sambil memasang tali pinggang keledar. Zarith terus memandu laju menuju ke rumah mentuanya.  

Lakiku Superstar (slow update)Where stories live. Discover now