BAB 11

22.4K 831 37
                                    

Hujan yang renyai-renyai mula turun dengan lebat sekali. Suasana dalam kereta mewah itu sunyi sepi sahaja. Hanya kedengaran celoteh DJ radio yang dipasang Tengku Hayden sejak dari awal dia memandu tadi.

Tengku Hayden mengerling sekilas ke arah Dalia. Nampak gadis itu memeluk erat tubuhnya. Lantas senyum sinis terukir dibibirnya. Suhu penghawa dingin sengaja diturunkan lagi.

Dalia yang mula terasa sejuk, semakin memeluk ketat tubuhnya sendiri. Hendak bersuara mulut seakan sudah dikunci pula. Dalam diam Dalia terpaksa menahan rasa sejuk yang mencengkam dirinya.

Tengku Hayden senyum mengejek. Rasakan.

"Sejuk la.." Luah Dalia perlahan.

"Apa dia?" Soal Tengku Hayden berpura-pura tidak mendengar. Dalam diam dia tersengih lebar.

"Tak ada apa lah. Bawak je la kereta tu, sibuk je." Balas Dalia kasar.

Tengku Hayden buat tak endah. Sesekali matanya melirik ke sebelah penumpang. Semakin sinis senyumannya.

Tiba di persimpangan kawasan perumahan yang diduduki Dalia, Tengku Hayden menghentikan keretanya di bahu jalan secara tiba-tiba. Terpinga-pinga Dalia dibuatnya.

"Turun." Arah Tengku Hayden sepatah dengan wajah ketatnya.

"Ha?"

"Kau pekak ke?"

"Turun?"

Tengku Hayden mengangguk.

"Hujan ni.." Bergetar suara Dalia. Dipandang sekeliling kawasan itu dari dalam kereta. Gelap.

"So?"

"Tengku hantar la saya sampai depan rumah. Boleh?" Pinta Dalia.

Terkebil-kebil matanya memandang Tengku Hayden. Berdebar pula jantung Tengku Hayden apabila mata bulat itu menatapnya begitu.

"Banyak cantik muka kau, ingat aku driver kau ke budak?"

Dalia mengetap bibir.

"Turunlah."

"Tengku tak nampak ke hujan ni? Basahlah saya nanti."

"Not my problem." Ringkas balasan Tengku Hayden.

"Tapi dah malam, gelap." Dalia memberi alasan lagi.

"Kenapa, takut?"

Dalia angguk.

Tengku Hayden tergelak.

"Tampar orang tak takut pulak? Kau pijak kaki aku pagi tadi berani sangat kan?" Perli Tengku Hayden.

Dalia diam tak bersuara.

"Keluarlah budak, tunggu apa lagi."

"Gelap Tengku. Hujan lagi ni."

"Kau ni tak korek tahi telinga ke? Tak dengar aku cakap apa? Bukan masalah aku gelap ke hujan ke, aku peduli apa? Kau bukan tanggungjawab aku pun. Turun!"

Dalia tercengang. Memanglah bukan masalah dia, tapi agak-agaklah nak campak kat sini pun. Rungut Dalia dalam hatinya.

"Hujan lebat ni Tengku." Ujar Dalia lagi.

Tengku Hayden berdecit.

"Bukan masalah aku lah, budak. Ishh kau ni.." Bidas Tengku Hayden bersahaja. Tepi kepala Dalia ditunjal agak kuat. Geram.

Dalia menggosok kepalanya. Jari ke kayu? Sakit kepala aku woi!

"Tapi dah malam." Ujar Dalia perlahan.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now