BAB 62

19.6K 663 58
                                    

Kedengaran pintu pejabat diketuk dari luar sebanyak dua kali, Tengku Hayden yang sedang menyemak fail segera memanggung kepala. Melihat Fina muncul dan di tangannya ada lagi fail yang dibawa, dia terus mendengus kecil.

Bertimbun fail di hadapannya yang tersusun cantik. Ada lagi? Penat betul. Rungutannya sekadar di dalam hati. Tengku Hayden kembali menunduk menatap fail yang sedang disemak sebentar tadi.

Fina senyum walaupun Tengku Hayden sudah kembali menjatuhkan kepalanya. Dengan sopan dia duduk di kerusi yang berdepan dengan majikannya itu.

"Ada lagi fail?" Tengku Hayden menyoal malas.

"Yang ni last. Tengku kena semak dan tanda tangan je." Jawab Fina.

Tengku Hayden kembali angkat kepala. Last? Tapi hampir lima buah fail dibawa masuk. Hmm. Okay. 😌

"Tengku ada meeting pukul 2:30 petang nanti. Jangan lupa ya?"

"Hmm. Yelah. Nasib baik awak ingatkan saya. Saya dah lupa dah."

"Sibuk sangat jadual Tengku sekarang.." Ujar Fina.

Tengku Hayden sekadar tersenyum kelat. Memang niatnya mahu menghabiskan kerja-kerja yang belum selesai itu sebelum Dalia melahirkan anak mereka.

"Pukul 5:00 Tengku kena jumpa Mr.Raymond dekat Moca Cafe." Fina berkata lagi.

"Mr.Raymond?" Berkerut dahi Tengku Hayden cuba mengingati nama itu.

"Ye Tengku. Kan dia ada datang sini minggu lepas, bincang pasal pembinaan hotel baru dekat Penang tu."

"Oh ya. Saya terlupa. Sorry."

Fina sengih sedikit.

"Okay lah Tengku saya keluar dulu. Tengku nak minum apa-apa tak?"

"Hmm buatkan saya kopi. Jangan pahit sangat macam hari tu."

Fina tergelak kecil.

"Baiklah Tengku."

"Eh Tengku, saya lupa nak bagitahu."

"Apa lagi Fina?"

Fina tersenyum nipis lalu menghulurkan satu sampul berwarna putih ke arah Tengku Hayden.

"Kad jemputan."

"Awak dengan Haris dah nak kahwin?" Soal Tengku Hayden agak terkejut.

"Bukanlah. Ini jemputan dari Tan Sri Hisham. Ala yang pasal annual dinner yang tak jadi tu."

"Kenapa? Bukan ke dah dibatalkan?"

Fina menggeleng kecil.

"Tak Tengku. Cuma tarikh dan masa je ditukar. Wakil Tan Sri Hisham ada emelkan pada saya semalam tentang jemputan ni. Kad ni pulak baru dihantar tadi." Jelas Fina.

"Awak pergi dengan Zaafeq boleh? Tolong wakilkan syarikat kita."

"Saya pergi dengan Tengku Zaafeq?"

Tengku Hayden angguk.

"Tengku tak pergi?"

"Tak. Boleh kan awak pergi? Nanti saya bagitahu Zaafeq. Pasal baju ke apa jangan risau, saya sponsor la yang tu. Awak cuma tunjuk muka je dekat majlis tu." Ujar Tengku Hayden.

"Emm.. sebenarnya Haris dah minta saya temankan dia pergi majlis tu nanti." Ujar Fina tersengih malu.

"Jadi awak pergi dengan Haris lah ye?"

"Ye Tengku."

"Er, kalau saya tahu dari awal Tengku nak saya wakilkan syarikat, tak ada la saya setuju dengan pelawaan Haris tu.." Sambung Fina lagi. Serba-salah pula dia.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now