BAB 35

30.1K 727 35
                                    

Usai bercakap dalam telefon dengan Maksu Maisarah di balkoni, Dalia terus masuk semula ke dalam bilik. Matanya terus terpandang Tengku Hayden yang nampak sedang bersantai saja di atas katil dalam keadaan berbaring tetapi wajahnya kelihatan tegang dan seperti tiada mood.

"Maksu dengan Paksu kirim salam. Diorang mintak maaf sebab tak dapat datang majlis kita hari ni." Dalia bersuara memecah kesunyian di dalam kamar itu.

"Hm." Hanya itu yang dibalas Tengku Hayden.

Berkerut sedikit dahi licin Dalia mendengar balasan itu. Selalunya ada saja yang ditanya kembali. Tetapi tidak kali ini. Terlalu ringkas jawapannya.

"Maksu tanya kita tak nak pergi Sabah ke melawat diorang? Lambat lagi Paksu nak boleh tukar kerja dekat sini.." Ujar Dalia sambil menyanggul rambut panjangnya yang melepasi bahu. Matanya masih menatap wajah sang suami yang seperti terlalu malas hendak bersuara itu.

Tengku Hayden sekadar menjawab soalannya dengan mengangkat bahu dan menjuihkan sedikit bibirnya.

Dalia mencebik kecil dengan respon yang diberikan suaminya.

"Abang nak mandi dulu ke?" Dalia mengubah topik. Kerana semasa di ruang tamu tadi si suami menggesa dia naik ke bilik. Sekarang diam seperti batu pula. Berat mulut sangat nak menjawab. Bingung Dalia dibuatnya.

Diam. Tengku Hayden tak menjawab pertanyaannya, sebaliknya berpura-pura menatap skrin telefonnya pula.

"Abang.." Panggil Dalia.

"Abang nak mandi dulu ke makan dulu?" Dalia mencuba lagi. Tak suka bila pertanyaan dia tak dilayan.

Senyap juga tanpa balasan. Tengku Hayden nampak khusyuk melayan telefon pintarnya. Apa yang lagi menarik tak tahulah.

Dalia mengeluh. Pantas dia mendekati Tengku Hayden dan duduk di birai katil.

"Abang.." Lengan suaminya disentuh.

Kedengaran Tengku Hayden berdecit dan menarik tangannya. Agak kasar.

Dalia mendongkol dalam hati. Geram. Tak pernah-pernah Tengku Hayden menolak sentuhan dia.

"Abang ni kenapa? Orang tanya tak jawab.. Apa yang tak kena?" Soal Dalia tak puas hati.

Tengku Hayden tetap juga berdiam. Langsung tak dikerling matanya ke arah si isteri. Badan dikalih ke kiri membelakangkan Dalia.

Bercantum kening Dalia dengan reaksi yang diberikan suaminya itu. Pasti ada yang tak kena. Tapi apa?

"Abang ni kenapa...? Dalia ada buat salah ke?" Dalia bersuara lagi. Lembut tuturnya.

Diam juga.

"Abang." Bahu Tengku Hayden disentuh.

Pun diam juga. Belakang badan suaminya yang memakai t-shirt berwarna putih itu ditenung. Tak ada tanda-tanda dia akan berkalih badannya semula.

Hampir lima minit begitu. Dalia mendengus geram, pantas dia angkat kaki dari situ dan keluar dari bilik. Pintu bilik dihempas agak kuat. Geram. Sakit hati dengan layanan Tengku Hayden yang entah apa-apa itu.

Tengku Hayden pula segera berkalih badannya mengadap pintu dengan pandangan kosong.

Boleh pula isterinya bertanya kenapa? Lupakah dia apa yang berlaku petang tadi? Bukan main mesra Dalia berbual dengan Ikmal. Siap bergurau-senda lagi. Dari awal lagi matanya sudah menjalankan tugas memerhati isterinya dengan lelaki itu. Ceria benar raut wajah isteri petang tadi. Kalau dengan dia tak ada pula nak bergurau begitu.

Lima minit kemudian, tiba-tiba pintu bilik dikuak luas. Tengku Hayden pantas kalihkan semula badannya ke kiri bila muncul wajah tegang Dalia di muka pintu. Dalam beberapa saat terasa ruang di sebelahnya diduduki.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now