BAB 66

24.7K 757 190
                                    

"Fina, tolong tengokkan Dalia. Kalau ada apa-apa terus call saya cepat-cepat."

"Baik Tengku."

"Pasal tadi saya minta maaf. Saya tak ada niat nak marah awak macam tu."

"Tak apa la Tengku, saya faham." Balas Fina tersenyum nipis.

"Awak jaga Dalia ya?"

"Ye Tengku, saya akan tengokkan Dalia. Kalau ada apa-apa saya akan terus call Tengku. Tengku jangan risau." Ujar Fina menyakinkan Tengku Hayden yang tak henti-henti berpesan itu.

"Buat masa ni awak tak payah la datang kerja lagi, awak temankan Dalia kat rumah selagi dia tinggal dengan awak."

Fina hanya mengangguk kecil. Tak payah datang kerja? Fuhh... dia rasa nak melompat sekarang juga! Dah lama dia tak cuti panjang.

"Risau sangat kau ni Hayden, tahu la Fina jaga Dalia. Berapa kali nak pesan entah." Celah Haris.

"Diam la kau Haris. Suka hati dia lah nak pesan seribu kali pun, bukan guna air liur kau pun." Seperti biasa Tengku Zaafeq sengaja membidas ungkapan Haris.

Haris segera membuat muka. Meluat.

Tengku Hayden sengih saja.

"Dah, dah sekarang ni kita semua balik dulu. Fina, awak pergi la masuk dulu. Tengokkan Dalia tu. Risau pulak saya dia sorang-sorang je tu kat dalam." Ujar Nurin.

"Yelah. Saya masuk dulu." Ujar Fina meminta diri.

"Kalau nak apa-apa awak call la saya, Fina. Nak makan ke apa ke, nanti saya hantar. Awak tak payah keluar." Pesan Haris pada Fina pula.

Fina angguk lalu beredar dari pagar rumahnya. Lekas-lekas dia masuk ke dalam rumah semula mahu melihat Dalia.

"Balik dulu Ayd." Tengku Zaafeq menepuk bahu sepupunya.

"Pasal Dalia tu kau jangan la risau, esok-esok lembut la hati dia tu." Ujarnya lagi.

"Betul cakap Zaf tu Hayden. Kau doa banyak-banyak biar Allah lembutkan hati Dalia." Haris turut berkata.

Tengku Hayden mengangguk pasrah.


Fina masuk ke dalam rumah. Sambil berjalan memijak anak tangga, tudung yang dipakai terus ditanggalkan dan disangkut pada bahunya. Panas. Mukanya dikibas-kibas dengan tangan. Bilik Dalia terus dituju.

"Tengku Hayden dah balik." Ujar Fina di muka pintu. Dalia yang duduk menyandar di kepala katil mengangkat wajahnya memandang Fina.

"Tengku cakap, Dalia tinggal lah kat sini dulu selama mana yang Dalia nak. Tengku izinkan." Kata Fina lagi setelah duduk di birai katil. Wajah sugul Dalia direnung. Tiada secalit seri pun pada wajah itu.

"Hmm.. Dalia jangan la macam ni, tak baik untuk kandungan Dalia tu."

Dalia yang hanya membisu tertunduk memandang perutnya. Sejak Tengku Hayden muncul tadi, bayi di dalam kandungannya menendang sakan. Jatuh lagi air mata Dalia.

Fina ketap bibir. Dia salah cakap ke?

"Kenapa ni Dalia? Jangan la menangis, tak elok. Kesian baby. Kalau Dalia sedih, baby pun sedih jugak tau."

Dalia menyapu air matanya.

"Dalia tak nak Hayden datang sini lagi." Ujarnya Dalia perlahan.

"Hmm yang tu Kak Fina tak boleh nak buat apa. Tengku Hayden ada hak ke atas Dalia. Dia nak datang bila-bila masa pun boleh, tu hak dia. Kak Fina tak boleh halang."

"Dalia tak nak jumpa dia dah." Ujar Dalia masih diselubungi rasa sedih.

Fina mengeluh. Tangan Dalia diraih.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now