BAB 42

29.1K 741 69
                                    

Dalia merenung tubuh suaminya dari belakang. Rasa nak peluk-peluk tubuh sasa itu. Gigi atas menggigit lembut bibir bawahnya. Tengku Hayden kacak sangat hari ni.

"Astaghfirullahaladzim.." Kepala di geleng-geleng.

"Apa aku mengarut ni Ya Allah.."

Sekali lagi dia mencuri pandang tubuh sasa itu. Tengku Hayden sedang bersiap mahu berangkat ke pejabat sebentar lagi. Kemeja putih disarung ke tubuhnya setelah puas menayang tubuh sadonya yang hanya bersinglet hitam tadi.

"Abang..."

Terhenti kerja membutangkan kemeja, bila terdengar suara lembut yang meleret itu. Tengku Hayden memusing tubuhnya.

Terangkat kening Tengku Hayden melihat Dalia yang tersenyum manja padanya.

"Why?" Sepatah dia menyoal. Butang baju dibutangkan semula.

"Abang nak pergi ofis dah ke?"

"Yes." Jawab Tengku Hayden yang kembali mengadap cermin. Tali leher pula dipakai.

"Tak payah pergi tak boleh ke?" Manja suara Dalia. Dia sudah bangun berjalan menghampiri Tengku Hayden.

"Mana boleh. Dah tiga hari abang tak masuk ofis. Jaga budak tak sihat tu." Ujar Tengku Hayden bersahaja.

Dalia mencebik. Tiga hari yang lalu teruk demamnya. Hari ini baru rasa bertenaga semula tubuhnya. Selama tiga hari itulah Tengku Hayden yang menjaganya. Langsung Dalia tak mahu berengang.

Perlahan-lahan Dalia bangun dan mendekati Tengku Haydem. Terdongak  dia memandang Tengku Hayden yang lebih tinggi darinya itu. Tubuhnya berdiri betul-betul di belakang lelaki itu.

"Tak payah la pergi.." Sekelip mata tubuh sasa itu dipeluk dari belakang. Dalia menyandarkan kepalanya pada badan Tengku Hayden. Pinggang suaminya dirangkul erat.

Tersentak kecil Tengku Hayden. Dah kenapa? Tangan Dalia mula merayap-rayap di sekitar perut berketak Tengku Hayden. Tak tenteram rasanya. Dah mula gelisah nampaknya si suami.

"Sayang.. kenapa ni?" Tengku Hayden membiarkan saja Dalia memeluknya. Tali lehernya diperbetulkan supaya lebih kemas.

"Tak payah la pergi mana-mana.. temankan Dalia."

"Balik nanti abang teman."

"Tak nak. Dah la balik lewat." Cebik Dalia.

Tengku Hayden cuma tersenyum nipis.

"Abang balik awal."

"Tipu."

"Betul lah."

"Tipu!" Kaki dihentak ke lantai. Belakang badan Tengku Hayden disondol dengan kepalanya.

"Sayang, kenapa ni?"

"Jangan pergi mana-mana."

Tengku Hayden sudah geleng kepala.

"Abang pergi kerja la.."

"Tak payah pergi." Rajuk Dalia.

"Sayang ni kenapa?" Badan dipusing mengadap Dalia. Tercengang seketika dia bila melihat Dalia yang sudah mengalirkan air mata.

"Sayang, hey.. kenapa menangis ni?"

"Jangan pergi." Teresak-esak Dalia menangis. Tubuh Tengku Hayden masih dipeluk erat.

Tengku Hayden tersengih hairan. Tu pun nak menangis.

"Tak boleh.." Lembut suara Tengku Hayden. Ibu jarinya naik menyeka air mata Dalia di pipi mulus itu.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now