BAB 28

36.7K 910 99
                                    

"Huhh.. so hot lah Malaysia."

Seorang wanita bertubuh tinggi lampai mengibas-ngibas mukanya dengan tangan. Bagasi miliknya yang berjenama Louis Vuitton ditarik kasar dan dengan penuh lenggok serta cara berjalan seperti model berpengalaman dia melangkah keluar dari pintu utama. Kacamata hitam yang dipakainya diperbetulkan sedikit. Berpeluh wajahnya walaupun baru beberapa minit dia keluar dari pintu utama KLIA tersebut.

Mulutnya tak henti-henti mengomel. Dek kerana cuaca yang sudah semestinya panas terik tika itu, lagi bertambah membara panas di hatinya.

"Mana la orang tua ni. Lambat betul la." Rungutnya. Tak peduli dengan pandangan orang-orang yang berdiri berdekatan dengannya. Rata-rata memberi pandangan jelik. Ada dia kisah? Langsung tak. Jelingan tajam yang dibalasnya membuatkan mereka yang memandangnya mencebik meluat.

18 jam perjalanan cukup membuatkan dia berasa segala urat pinggangnya bersimpul. Lenguh! Telefon pintar yang mempunyai logo buah epal digigit ulat dikeluarkan dari tas tangan berjenama mewah miliknya.

"Tak jawab pulak orang tua ni. Dah la panas ni!" Dia merungut lagi. Rasa terbakar kulit putih melepaknya hasil suntikan vitamin C bulan lepas.

Hampir 15 minit berdiri terpacak bak tiang lampu disitu. Orang yang ditunggu tiba juga. Seperti harimau lapar, tajam dia memerhatikan kenderaan yang semakin menghampirinya itu.

"Maaf Cik Natasya Pak Man lambat. Pak Man baru lepas hantar Datuk ke Cheras."

"Pak Man ni tak faham bahasa ke? Kan I dah cakap ambil I tempat pada masanya. I tak sukalah tunggu lama-lama macam ni. Panas tau tak ? Panas! Sakit kaki I berdiri lama-lama. Pak Man ingat I tunggul ke ?"

Pak Man terkulat-kulat memandang wajah menyingga anak majikannya. Pintu kereta di bahagian penumpang belakang dibuka sopan.

"Tepilah!"

"Ya ya Cik Natasya. Cik masuk lah dulu."

"Cepat la Pak Man. Lembab betul la. Buat kerja pun lambat. Kenapa lah papa tak pecat je orang tua ni. Dah tua pun sibuk lagi nak kerja. Duduk je lah kat rumah tu. Semak betul!" Hambur Natasya bersama amarahnya. Langsung tak menghormati pemandu Datuk Arman itu.

Pak Man terangguk-angguk. Takut bila diherdik begitu.

"Siapa ada kat rumah? Mummy ada?" Natasya menyoal sejurus Pak Man memulakan pemanduannya.

"Datin ada cik. Datin tengah tunggu kepulangan cik." Jawab Pak Man sopan.

Natasya tersenyum pahit. Pasti dia akan dibebel lagi oleh wanita itu. Dia balik ke sini pun gara-gara diugut Datin Suhaila beberapa hari yang lalu. Natasya mendengus geram bila teringatkan hal itu.












"Mummy..... I'm back.....!" Jerit Natasya nyaring. Punggung dilabuh ke sofa empuk di ruang tamu itu. Kacamata hitamnya ditanggalkan lalu disangkut pada leher bajunya yang berbentuk V. Hampir-hampir mendedahkan lurah dadanya. Namun dia peduli apa? Itu fesyen akhir zaman okey. 😬

"Mummy...!" Panggilnya lagi. Mukanya dikipas dengan tangan. Nampaknya suhu penghawa dingin tak mampu menyejukkan dia lagi.

"Panasnya... hishhh.. kenapa la panas sangat Malaysia ni.."

"Mana mummy ni.."

"Hishh pekak ke apa.. suruh I balik cepat-cepat, bila I balik tak ada pun yang sambut." Natasya mengeluh letih. Langsung tak ada kelibat sesiapa di rumah itu. Orang gaji pun tak kelihatan.

"Mak Temah! Mak Temah!" Nama pembantu rumah dipanggil pula. Terpekik-pekik dia memanggil. Pak Man diluar rumah memanjangkan lehernya melihat anak majikannya yang duduk tersandar di sofa dengan muka berkerut-kerut.

DALAM BENCI ADA SAYANGWhere stories live. Discover now