6.

142 7 0
                                    

PART 6

"Kenapa awak buat saya macam ni? Ceraikan saya!"

Dia memegang kejap kedua-dua tanganku.

"Ceraikan kau? Dan sakitkan hati umi aku? Memang tak lah! Aku ni walaupun aku jahat dengan kau, tapi aku sedar syurga aku kat bawah kaki umi.

Kau tu, syurga kau kat bawah tapak kaki aku. Hormat sikit!" Nada suaranya yang meninggi membuatkan aku kecut perut.

"Siapa perempuan tu? Apa hubungan awak dengan dia?"

"Tu kekasih aku! Aku dah rancang nak kahwin dengan dia tapi kau dah musnahkan segalanya. Kau buat dia menangis. Kau tu yang perampas sebenarnya!"
"Habis tu kenapa awak setuju jugak nak kahwin dengan saya?"

"Sebab aku akan buat apa saja untuk membahagiakan umi. Termasuklah kahwin dengan kau. Tapi kau jangan pernah mimpi untuk dapat cinta aku. Cinta dan hati aku hanya untuk Athea sorang."

"Awak dayus!"

"Apa? Kau cakap aku apa? Dayus?!" Sebuah tamparan hinggap di pipiku. Pedih.
Aku betul-betul tidak menyangka Harriz akan mengasariku. Seorang suami yang aku harap untuk melindungiku dan membimbingku sanggup menamparku.

Sedangkan arwah ayah dan emak tak pernah sekalipun menjentikku. Hatiku benar-benar hancur.

"Sekarang ni aku akan buktikan kat kau yang aku ni bukannya lelaki dayus!"

Dia mengheretku masuk ke dalam bilik dan menguncinya dari dalam.

AKU berlari ke tandas. Sudah dua hari aku tak sedap badan. Segala isi perut aku muntahkan. Pening yang makin menggila membuatkan aku tidak dapat mengawal keseimbangan tubuh dan semuanya kelam.

"Kau ni kenapa tak habis-habis menyusahkan aku?!"

Sayup-sayup aku terdengar suara seorang manusia membebel. Siapa lagi kalau bukan Harriz Nazmi. Aku membuka mata perlahan-lahan. Dia sedang bercekak pinggang memandangku.

"Saya kat mana ni?" Mataku meliar memandang keadaan sekeliling yang sangat asing buatku.

"Kat mana lagi, kat hospitallah! Kau tu kalau kau nak mati ke nak apa ke jangan susahkan hidup aku boleh tak?!" Dia mendengus geram.

"Maaf..." tuturku lemah sambil menahan rasa pening dan mual yang masih belum hilang.

"Maaf maaf! Tu je la yang kau tau kan? Kalau bukan sebab umi yang paksa aku bawak kau datang sini, memang aku biar je kau mereput kat dalam tandas tu!"

Aku menelun liur yang kian rasa berpasir. Aku dah puas menangis dan dah cukup rasa sakit. Apa yang aku dengar tadi hanya sekadar masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Telinga ini dah lali dengan kata-kata kesatnya. Aku memicit kepala yang terasa berat.

Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar dan seorang doktor perempuan menghampiriku sambil tersenyum.

"Puan dah sedar? Ni suami puan ke?"

Aku memandang wajah Harriz yang tidak beriak. Malukah dia untuk mengaku bahawa aku ini isterinya? Teragak-agak aku mengangguk mengiakan pertanyaan doktor itu sebentar tadi.

"Tahniah Encik. Puan Iffah disahkan mengandung dua minggu!" Tersenyum doktor itu menyampaikan berita yang sepatutnya menjadi berita gembira untuk pasangan suami isteri yang lain. Tapi kami?

Lelaki berhati batu Where stories live. Discover now