7.

161 7 0
                                    

PART 7

Aku tersentak. Hatiku bergetar hebat. Harriz memandang wajahku tidak percaya.
"Me...mengandung?" Dia bemonolog sendirian tapi cukup kuat untuk didengari kami berdua.

"Alahan yang dialami Puan Iffah tu sebenarnya normal. Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya mintak diri dulu," pamit si doktor dan meninggalkan kami berdua di bilik itu.

Aku melihat wajah Harriz yang masih terkejut. Serta-merta aku menjadi takut. Boleh ke Harriz terima anak ini? Macam mana kalau dia nafikan anak yang aku kandung ni anak dia? Sedangkan kedudukan aku sebagai isterinya pun tak pernah dia iktiraf.

Tiba-tiba Harriz bangun dan keluar meinggalkan aku sendirian.

Aku mengusap perutku yang masih kempis. Semua yang berlaku bukan kerana cinta tapi hanya kerana dia rasa tercabar. Aku tak mahu anak ini merasakan kehadirannya tidak dialu-alukan di dunia ini. Ya Allah, Engkau bukakanlah pintu hati Harriz untuk terima anak ini walaupun dia tidak terima aku dalam hidupnya.

"Walau apa pun yang akan berlaku lepas ni, mama akan lindungi baby dengan nyawa mama," bisikku perlahan.

Umi dan emak meluru masuk dan memelukku erat.

"Tahniah Min! Tak sabarnya umi nak dukung cucu!" Ujar umi dengan nada teruja. Aku hanya tersenyum kelat.

"Mana mak dengan umi tahu? Min tak cakap pape lagi pun." Aku memandang wajah mak dan umi yang tersenyum lebar. Aku rasa mak dan umilah manusia yang paling gembira saat ini.

"Harriz yang bagitau. Dia ada kat depan tu tadi."

"Lepas ni kalau Harriz ada flight, Min datang tidur rumah mak. Boleh lah mak tengok-tengokkan Min," usul emak. Aku tahu cadangan emak tu sebenarnya satu arahan. Tak boleh dibantah.

"Elok jugak tu. Takdelah mak dengan umi risau sangat nanti," kata umi bersetuju dengan cadangan emak. Aku hanya menurut kerana aku tahu aku tak boleh nak harapkan Harriz.

AKU melihat emak yang sedang ligat berperang di dapur. Selepas Harriz berangkat pergi kerja, terus aku memandu ke rumah emak. Hanya emak dan umilah tempat aku bermanja sekarang. Kalau dekat rumah emak atau rumah umi, mesti aku akan dilayan bagai seorang puteri. Satu kerja apa pun mereka tak bagi aku buat. Kalau di rumah, semuanya aku kena buat sendiri. Harriz langsung tak hiraukan aku.

"Saya teringin nak makan sushi," beritahuku pada Harriz yang sedang menenyeh mata.

"Pergi lah makan. Kenapa bagitau aku?"

"Kan dah malam. Awak tolong la belikan."

"Jangan harap!"

Pintu biliknya ditutup kasar. Aku terkesima. Kalau suami orang lain mesti sanggup keluar tengah-tengah malam demi memenuhi keinginan isteri yang mengidam. Tapi aku? Air mata yang hampir mengalir aku kesat. Aku tak boleh lemah. Aku kena kuat demi anakku.

Lelaki berhati batu Where stories live. Discover now