12.

157 10 0
                                    

PART 12

DULANG berisi dua gelas air oren aku letakkan di ruang tamu dan menjemputnya minum.
"Harriz tak ada, dia keluar," beritahuku kepada Athea. Mana mungkin aku lupa pada gadis ini. Athea gadis yang aku jumpa sepuluh bulan lalu di pasaraya dengan Harriz.

"Saya datang sini bukan nak jumpa Harriz, tapi saya nak jumpa awak."
Aku mengerutkan dahi. Dadaku rasa berdebar-debar dengan serta-merta. Adakah dia akan suruh aku tinggalkan Harriz supaya dia dapat bersama Harriz? Adakah dia akan meminta untuk bermadu denganku? Ya Allah, beri aku kekuatan untuk menghadapi wanita ini.

"Saya mintak maaf banyak-banyak. Saya pentingkan diri sendiri. Saya tahu saya banyak sakitkan hati awak. Saya tak patut berhubungan dengan Harriz. Saya tak nak jadi perosak rumah tangga orang," ujarnya sambil tersedu-sedan menangis. Dia menggenggam erat tanganku.

"Maafkan saya. Saya takkan cari Harriz lagi. Saya doakan awak bahagia dengan Harriz. Saya tak nak sebab saya perkahwinan awak dan Harriz hancur."

Hatiku tersentuh. Athea tak jahat. Athea bukan perampas. Tapi akulah yang perampas sebenarnya. Aku yang rampas Harriz dari Athea. Jahatnya aku kerana mempunyai fikiran yang jelik terhadap Athea. Patutlah Harriz sangat cintakan Athea. Patutlah Harriz teguh mempertahankan cintanya terhadap gadis yang bernama Athea ini. Athea sangat baik.

"Sepatutnya saya yang mintak maaf dengan awak. Saya yang hadir antara awak dan Harriz," ujarku tulus.

Athea menggeleng laju. Dia mengambil Faez dari ribaku dan mendukungnya.

"Maafkan aunty ya sayang. Aunty takkan kacau papa Faez lagi. Aunty tak nak sebab aunty mama dengan papa Faez berpisah."

Dia mencium Faez lama sebelum mengembalikan Faez kepadaku.

"Maafkan saya Iffah Yasmin. Saya doakan awak bahagia dengan Harriz. Mungkin memang bukan jodoh dia dengan saya. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum."
Aku menghantar Athea ke muka pintu. Dia memelukku erat sebelum masuk ke dalam kereta. Aku memandang kereta MyVi itu pergi sehingga hilang dari pandangan.

Lelaki berhati batu Where stories live. Discover now