PART 13
Seketika kemudian, Honda Accord milik Harriz masuk ke perkarangan rumah.
Aku membontoti Harriz ke dalam rumah dan mengambil tempat duduk di atas sofa, bersebelahan dengannya."Tadi Athea datang, dia..."
"Aku tahu dan aku dah buat keputusan. Aku nak kahwin dengan dia," ujarnya pantas memintas kata-kataku.
Aku diam dan berfikir panjang. Aku tak mahu jadi penghalang cinta mereka. Lagipun Harriz tak mencintaiku dan aku tak bahagia dengan perkahwinan ini.
Aku tak mahu menjadi seorang perempuan yang pentingkan diri sendiri. Buat apa aku beria-ia mempertahankan perkahwinan ini sedangkan aku tak bahagia.
Biarlah Harriz bahagia dengan orang yang dia sayang. Walaupun terpaksa kehilangan Harriz, tapi aku masih ada Faez. Aku pasti kuat selagi Faez berada di sisiku."Baiklah kalau macam tu, ceraikan saya," pintaku setelah lama berdiam.
"Aku akan ceraikan kau. Tapi aku haramkan kau bawak Faez keluar dari rumah ni. He's my son."Membulat mataku memandang Harriz. Aku sudah rela hati mengundurkan diri tapi mana mungkin aku tega tinggalkan Faez. Aku dah berjanji yang aku akan lindungi Faez dengan nyawaku. Tidak, aku tak akan pergi tanpa Faez.
"Mana boleh macam tu. Faez pun anak saya. Saya yang lahirkan dia. Saya takkan pergi kalau Faez tak ikut."
"Okey kalau itu yang kau nak. Aku akan buat kau pergi dari rumah ni tanpa Faez."
"Saya akan bertahan demi Faez," tegasku. Aku membawa Faez ke dalam pelukan.
"Kita tengok siapa yang akan menang! Dan aku takkan kalah dengan kau,"
ujarnya lantas mengambil Faez dari pelukanku dan menuju ke bilik.Ya Allah, berilah aku kekuatan. Aku harus dan mesti kuat untuk Faez. Kalau Harriz Nazmi takkan kalah, Iffah Yasmin takkan benarkan Harriz Nazmi menang.
Seorang ibu pasti akan kuat selagi anaknya berada di sisi. Aku meyakinkan diri sendiri.
"APA kau makan tu?"
Hampir luruh jantungku apabila mendengar sergahan dari belakang. Kuss semangat. Aku menoleh ke belakang dan melihat Harriz masuk ke dapur sambil memegang botol susu Faez.
"Supplemen," jawabku ringkas.
Aku memandang Harriz yang leka membancuh susu Faez. Adakah aku akan merindui lelaki ini nanti? Walaupun dia banyak sakitkan hati aku dan buat aku terluka, tetapi aku tetap tak boleh tipu diri sendiri bawa aku memang mencintainya.
Dia memegang dan membelek botol MultiVitamin yang aku makan tadi.
"Kau ni makan supplemen tapi tak cantik-cantik pun."
"Orang makan supplemen bukan nak cantik tapi nak sihat."
Dia menjuihkan bibir.
"Pergi sana. Aku bancuh susu Faez pun nak tengok. Menyibuk!"
Aku mengangkat kaki dan menuju ke bilikku.
Harriz Nazmi senyum meleret. Botol MultiVitamin yang dipegang itu dipandang sekali lagi.
"Aku ada cara cepat untuk halau kau dari rumah ni!"
Harriz menuangkan semua isi botol kaca itu ke dalam tong sampah dan mengisi botol itu dengan pil lain.
"Adios amigos Iffah Yasmin."
YOU ARE READING
Lelaki berhati batu
RandomSiapa kata kahwin paksa boleh bahagia? Nope. The truth is not all will have a happy ending.