PART 9
Aku memandang wanita yang sarat mengandung itu berjalan keluar dari bilik doktor sambil dipimpin suaminya. Di sebelahku pula, si suami sedang mengusap perut isterinya yang membuncit. Aku jadi cemburu. Cemburu kerana suamiku tidak seperti mereka. Cemburu kerana aku juga inginkan perhatian dan kasih sayang.
"Min janganlah sedih. Harriz tak dapat temankan Min sebab dia pergi kerja. Cari rezeki untuk Min, untuk baby," ujar emak sambil mengusap perutku penuh kasih.
Aku hanya tersenyum. Emak macam tahu-tahu je apa yang sedang bermain di fikiranku. Kalau Harriz ada pun tak mungkin dia akan temankan aku buat check-up. Kalaulah mak tahu hakikat itu...
HARRIZ mendukung bayi lelaki yang telah selamat dilahirkan dua hari lepas. Walaupun dia tak ada masa aku melahirkan, aku tetap bersyukur kerana dia masih sudi menatap wajah anak yang tidak bersalah itu. Lega hatiku apabila Harriz kelihatan sangat teruja dengan kehadiran anak kami.
"Faez anak papa..." ujar Harriz lalu mencium pipi anak kecil yang masih tidur.
Aku mengerutkan dahi. Betul ke apa aku dengar ni. Faez?
"Siapa Faez?""Faez nama baby lah. Aku dah pilihkan. Aku nak nama Faez Imran," katanya tanpa sedikitpun bertanyakan pendapat aku.
"Tapi saya suka nama Harraz Naufal..."
"Harraz Naufal? Kau nak ke baby ni nanti jadi playboy macam Harraz Naufal tu? Banyak tengok drama lah kau ni."
Banyak tengok drama? Aku rasa dia yang asyik tengok drama Tundukkan Playboy Itu tu sampai sanggup bukak Tonton sebab nak tengok episod yang dia terlepas. Aku suka nama Harraz Naufal sebab macam senada dengan nama Harriz Nazmi. Harraz Naufal bin Harriz Nazmi, ha kan sedap tu.
"Faez Imran, bangunlah main dengan papa ni. Asyik tidur je..." Dia mencubit-cubit pipi anak kecil itu.
Aku senang melihat penerimaanya. Tak kisahlah Harraz Naufal ke Faez Imran ke, yang penting Harriz Nazmi bahagia! Dari reaksinya aku tahu Harriz akan menjadi seorang ayah yang baik buat Faez. Dan aku harap semoga dengan kehadiran Faez dalam hidup kami Harriz dapat menerima aku sebagai isterinya.
AKU jatuh terduduk setelah mendapat perkhabaran perit itu. Lututku menjadi lemah dan longlai saat Harriz memberitahu bahawa emak dan umi meninggal dalam kemalangan. Aku ingin meraung sekuat hati.
Aku sudah tak punya sesiapa. Abah dah lama pergi meninggalkanku sejak aku di bangku sekolah lagi. Dan kini emak dan umi pula pergi. Apa yang harus aku buat? Aku sudah kehilangan tempat bermanja. Tiada lagi tempat untuk aku mengadu nasib. Aku juga kehilangan tempat bergantung. Ada suami pun macam tak ada. Aku cuma ada Faez yang masih kecil.
YOU ARE READING
Lelaki berhati batu
RandomSiapa kata kahwin paksa boleh bahagia? Nope. The truth is not all will have a happy ending.