PART 16 (Akhir)
Beberapa bulan kemudian (sekarang)...
Aku mencium batu nisan kecil bertulis Muhammad Faez Imran bin Harriz Nazmi itu. Kini aku lebih tenang untuk menerima semua yang dah terjadi dalam hidupku. Faez, maafkan mama sebab terpaksa mungkiri janji mama dengan Faez dulu. Mama gagal lindungi Faez. Tunggu mama di pintu syurga ya sayang. Mama akan selalu rindukan Faez, buah hati mama.
Aku bangun dan meninggalkan tanah perkuburan itu. Aku bangkit dan meninggalkan masa laluku yang pahit di belakang. Aku tak mahu bayang-bayang silam terus menghantuiku. Kereta ku pandu ke Hotel Angsana.
Aku menghampiri pasangan merpati dua sejoli yang meriah diraikan di dewan hotel ini. Athea sangat cantik di samping Harriz. Ternyata jodoh memang milik mereka sejak azali lagi. Aku cuma satu persinggahan buat seorang lelaki bernama Harriz.
"Terima kasih sebab sudi datang," kata Athea lantas memelukku erat.
Aku memandang wajah Harriz yang kelihatan serba salah."Saya mintak maaf..."
"Saya dah lupakan semua yang pernah berlaku antara kita. Saya maafkan awak dan saya harap awak pun maafkan saya," pintasku laju. Harriz tersenyum memandangku.
"Terima kasih Iffah Yasmin. Saya doakan awak akan jumpa lelaki yang lebih baik daripada saya," tutur Harriz ikhlas.
Aku tersenyum. Aku tahu Harriz sudah tidak menganggap aku sebagai musuhnya lagi seperti dahulu.
Aku bersyukur kerana Allah mengurniakan aku seorang sahabat yang baik seperti Athea. Dia selalu menemaniku dan memberi kata semangat untukku semasa aku ditahan di hospital sakit jiwa. Harriz juga ada datang melawatku tapi kerana emosiku yang tidak stabil waktu itu, aku selalu hilang kawalan apabila melihat wajahnya. Selepas itu cuma Athea yang datang melawatku sendirian tanpa Harriz.
Harriz Nazmi seorang anak yang baik untuk uminya, seorang ayah yang baik untuk Faez Imran dan seorang pencinta yang setia untuk Athea. Tetapi Harriz Nazmi bukanlah seorang suami yang baik untuk Iffah Yasmin.
Iffah Yasmin gagal mencairkan sekeping hati sekeras batu milik Harriz Nazmi.
Iffah Yasmin tak pernah berjaya menundukkan Harriz Nazmi. Sebaliknya Iffah Yasmin yang jatuh tersungkur.
Siapa kata kahwin paksa boleh bahagia?
YOU ARE READING
Lelaki berhati batu
RandomSiapa kata kahwin paksa boleh bahagia? Nope. The truth is not all will have a happy ending.